Khamis, 12 Ogos 2010

MELAYUKU SUKA BERNIAGA DIPINGGER JALAN


- buat peniaga melayu gerai di bahu pingger jalan -

Nama Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar,
terdapat ramai orang melayu minat berniaga
tetapi sayangnya  nampak semacam terpingger
kerana gerai di bahu jalan yang membahayakan.

Ada tapak niaga tetapi dibiarkan naik hutan,
malah sanggup pula keluar wang dirikan gerai
namun pelihan utama masih di pingger jalanan
bilakah waktunya  melayuku boleh jadi usahawan?

Bila ada MPPP bertindak mengeluarkan notis,
mulalah  mereka rasa gelabah tidak tentu arah
sebenarnya perniagalah yang patut dipersalahkan
kerana telah menghalang perjalanan orang awam.

Malah ada pula yang  suka mengambil kesempatan
menceroboh bahu jalan bina gerai haram untuk niaga
setengah cari untung terpijak bila gerai dibagi sewa
bukan sikit bayarannya ratusan ringgit setiap bulan.

Mengapa agaknya kisah melayuku suka dipingger?
ada wakil rakyat semacam buta mata pekak telinga,
tidak mahu tolong membantu fikir masalah perniaga
cuma dekat mengundi saja barulah nampak biji mata.

Cubalah buka sadikit mata dan peka sedikit minda
adakah  bangsa lain berniaga semacam bangsa kita?
bila ada projek buka satu taman merebut cari tapak
saolah-olah semacam tapak ini bapak mereka punya

Maka tidak hairanlah budaya bina gerai sering berlaku
kerana selama ini telah sebati dengan darah bangsaku
mereka lebih suka pilih berniaga di pingger bahu jalan
dari berniaga di kedai batu jadi usahawan dan hartawan.

Oleh: Nurimanja,
Sudah lama diperhatikan,
tidak ada tindakan sewajarnya.
begitu lemah pemikiran bangsa kita. 11/8/2010.
Bila tiba ramadhan gerai tumbuh macam cendawan.

30 ulasan:

  1. CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 3 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________


    AH GUAT kembali memerhati Swee Lan yang terbaring di sisinya. Swee Lan juga begitu, mereka berpandangan. Akhirnya mereka berpelukkan sekali lagi, malah lebih erat lagi dan memejamkan kedua mata mereka.

    Seolah-olah mereka menanti sesuatu bunyi letupan atau ledakkan hujan peluru yang tidak mempunyai mata,
    menembusi tubuh mereka berdua. Di dalam hati Ah Guat dan Swee Lan termeteri kata “Kalau ditembak mati pun tidak mengapa, asalkan kami mati bersama, mati berdua, mati terkorban kerana cinta,”

    Tetapi ternyata sangkaan keduanya meleset, apa yang mereka nanti tidak pun terlaksana,malah suara ketawa dari seorang yang mungkin jadi ketua dari kumpulan yang bertopeng itu yang memecahi lubang telinga mereka berdua.

    “Bagus! Bagus kawan! Kau orang berdua sungguh berani” ketawa orang itu belum berhenti.

    Ah Guat dan Swee Lan membuka kedua belah mata dan memerhati ke arah orang yang ketawa besar itu. Muncung senapang patah yang hitam itu tidak lagi menghala ke arah mereka berdua.

    “Janjimu tepat sekali kawan! Tetapi siapa pula gadis ini. Hem Hemm Manis yaa?” orang itu ketawa terus di perhatikan pula oleh beberapa orang lagi yang berdiri jauh sadikit dari mereka berdua.

    Ah Guat cuba bangun diikuti oleh Swee Lan , sambil membongkok mereka memperbetulkan baju dan seluar mereka yang ketor sadikit itu.

    “Ingat! Jangan cuba melawan….” Tetapi belum pun sempat Ah Guat bangun, satu tetakkan kerate dengan buntut senapang hinggap di pangkal tengkoknya . Ah Guat pun terhuyung hayang ke hadapan. Swee Lan menjerit cemas. Dengan pantas dia cuba menahan Ah Guat dari terjerumus ke tanah.

    “Siapa kau?” Sergah ketua bertopeng itu lagi.
    “Kekasih Ah Guat,” Jawab Swee Lan sambil terhuyung hayang menahan tubuh Ah Guat dari terjatuh ke tanah. Dia memeluk sekuat hatinya, di antara marah, berani dan takut.

    “Kekasih …. Ha! Ha! Ha! … Bagus!..Bagus!,” kata orang itu semacam sinis.
    Swee Lan memandang ketua bertopeng itu dengan penuh perasaan benci, geram dan marah.

    SAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KISAH DAN TAULADAN CR. SIRI 2 DUSUSUN SEMULA ; OLEH NUIMANJA ; BERSELESIH FAHAM DENGAN ISTERI.
    ___________________________________


    Nabi bila berlaku perselesihan faham dengan isterinya. dia akan pergi ke masjid, mengambil uduk dan mengerjakan solat sunat dua rakaat, setelah selesai hatinya pun tenang barulah dia pulang ke rumahnya.

    Setelah sampai ke rumahnya dia akan memohon maaf kepada isterinya ,jika sekiranya dia bersalah atau tersalah, maka dengan senang hati isterinya akan memaafkannya.

    Nabi juga tidak pernah menghina makanan, jika terasa enak nabi akan makan lebih sadikit,jika
    sebaliknya, nabi cuma makan
    sadikit sahaja, nabi juga makan ketika dia rasa lapar dan akan berhenti sebelum dia kenyang.(kalau boleh amal cara nabi begini, terhendar dari prnyakit darah tinggi)tengah makan sedap nak berhenti, susah agaknya.

    Pengajaran:

    Bolehkah kita mengamal sikap sedemikian jika berlaku perselesehan faham di antara kita sebagai sepasang suami dan isteri? Perlu diingatkan si isteri pula perlulah menyediakan masakan yang sedap sering disukai si suami, dan cubamenjemputnya untuk makan, serta memohon maaf jika salah atau pun tidak bersalah, pasti dimaafkan. Aamin.

    BalasPadam
  3. MELANGKAH KE ALAM LAIN

    Semalam aku melalui satu perjalanan
    Kiri kanan penuh dengan rintangan
    Harus aku lalui untuk ke seberang
    Mencari damai dan ketenangan
    Langkah pertama aku terpijak duri
    Langkah kedua aku terpijak lagi
    Memaksa aku untuk berhenti
    Terasa mahu untuk mengundur diri

    Hinggalah sampai satu persimpangan
    Di kiri jalan yang bersenang senang
    Di sebelah kanan yang terkorban
    Membuat aku jadi tak keruan
    Di hujung sana terpandang cahaya
    Di sana pula tangan yang melambai
    Di sini ada yang memandang sinis
    Di situ seperti tempat yang tenang
    Semalam aku bermimpi...
    Didalam mimipi itu aku melihat aku.
    Berjalan sayu tapi menuju cahaya...


    Qulbai Khaisai
    ketika baru sedar dari koma di hospital
    7pagi


    Ni sajak qulbai dia bagi kat sy suruh hntr kpd en nuri..

    BalasPadam
  4. Sajak daripada Qulbai Khaisai dulu biasa bertugas mengelola blog CR ini, sebelum diganti oleh Maisarah An Nur kini. Ingin megutarakan sajaknya sewaktu koma,yang
    Bertajuk Melangkah Ke Alam Lain.
    (secara kebetulan tajuk sajak ini, menghidupkan kembali ingatan en nuri kepada kisah di Indonesia seorang tua yang telah mati tiga kali. – jika ada masa en nuri akan menutulis semula insyaallah)

    Pengucapan sajak Qulbai ini sekadar mengingatkan semula dan berkongsi satu pengalaman dan
    Pengajaran kepada mereka yang belum merasa. Sebagai satu andaian saya cuba mengulasnya. Mungkin di
    Dalam hidup kita punya banyak simpang perenangnya. Ada senang , ada yang terkorban, ada yang hidup
    bercahaya kembali semula kedunia, melambai para roh orang-orang yang telah meninggal, yang sinis itu pula mungkin syaitan, dan yang tenang itu mungkin syurga. Kerana Quibai menuju ke arah cahaya, maka kini bernafas kembali di dunia fana ini melihat semula mentari.

    Mungkin berkat doa rastu daripada ibu papak, keluarga dan sahabat-sahabat CR , Amin!

    BalasPadam
  5. sajak ni mcm kena kat salam plak??? hehe temasuk awie dgn ana kondo jgk...

    BalasPadam
  6. eh! salam kalau baca sajak ni malu dia? hehehe

    BalasPadam
  7. sokong sajak en nuri ni! klu teluk kumbar boleh dikatakan 90 peratus meniaga di bahu jalan...

    BalasPadam
  8. kt teluk kumbar mmg jd tradisi plak byk yg niaga di tepi jalan...

    BalasPadam
  9. eh! sajak en nuri ni mcm utk salam roti canai jer? hehehe

    BalasPadam
  10. eh! terasa plak sy baca sajak ni sbb sy pun niaga di bahu jalan jgk? hehe

    BalasPadam
  11. eh! ah guat ni bkn kuncu dorg jgk ke?? kenapa dorg pukul ah guat plak?

    BalasPadam
  12. la..ingatkan dorg nk bunuh ah guat td?

    BalasPadam
  13. panjang umur ah guat? ingatkan bersepai dh kepala dia kena tembak? hehe

    BalasPadam
  14. eh! dorg nk buat apa dgn swee lan?? msti nk rogol ni.... hahahha

    BalasPadam
  15. xde sapa tolong ke ah guat??? member2 dia pegi mne?

    BalasPadam
  16. rasanya swee lan msti kena rogol dn ah guat plak rasanya akan diseksa sampai mati....

    BalasPadam
  17. cerita ah guat ni mcm cerita embun yg main kat tv ari tu?

    BalasPadam
  18. mcm mnelah nasib ah guat??? swee lan sah kena rogol nnt...

    BalasPadam
  19. sdih plak cerpen ni? mcm mnelah nasib dorg berdua...

    BalasPadam
  20. aku msih pening jgk sajak ni??? ni zaman jepun ke komunis????

    BalasPadam
  21. alamak! terasa plak baca psl nabi ni??? hehehe sbb aku klu salah ke x salah? tetap xkn minta maaf kat bini aku... hehehehhehe

    BalasPadam
  22. eh! bagus btol nabi minta maaf kat isteri dia plak??

    BalasPadam
  23. mmg nabi lelaki yg solehah btol.. klu aku x sanggup nk minta maaf kat pmpuan...

    BalasPadam
  24. terasa plak baca cerita nabi ni? sbb sy mmg slalu akan melenting bila isteri msak x sedap? nk buat mcm mna? sy cerewet sikit...

    BalasPadam
  25. wah! baik btol nabi... beruntung isteri nabi...

    BalasPadam
  26. smoga kita dpt menjadi mcm nabi jgk slalu pemaaf kpd isterinya....

    BalasPadam
  27. susah jgk nk ikut sifat nabi ni? sy cuma ikut mkn je bila isteri msak? sedap x sedap sy telan je tp klu bab marah mmg sy xkn minta maaf...

    BalasPadam
  28. nabi minta maaf kat isteri dia ke??? wah! mmg rendah diri btol nabi ni...

    BalasPadam
  29. susah jgk nk contohi nabi sy ni klu isteri msak x sedap je sah mmg mengamuk pnyer... hehe

    BalasPadam
  30. bila baca cerita nabi ni? rasanya byk lagi perlu di ubah perangai sy ni? hehe

    BalasPadam