Rabu, 4 Ogos 2010

JAGALAH ANAK-ANAK KECIL KITA



Anak-anak kecil comel ini
yang sering menjadi mangsa
perlulah dijaga dengan rapi
sewaktu mereka permergian
di rumah ataupun ke sekolah
kerana di jalan terlalu banyak
manusia bertopeng binatang
untuk membaham mangsanya.

Anak-anak kecil comel ini
mereka perlu didikan agama
sebelum dapat ilmu kendunian
barulah ada pekerti murni
untuk menjalani kehidupan
melayari alam mayapada ini
dengan cekal dan berani
bagi menilai erti kehidupan.

Anak-anak kecil comel ini
janganlah  dibiarkan jadi liar
berlepak, gam dan berdengung
membuat ibubapa resah gelisah
bila sudah terjebat penyakit ini
menagislah  air mata darah pun
sensaranya terlalu pedeh dan
sedeh melukai hati ibu bapa.

Oleh: Nurimanja,
catatan di akhbar harian, 2/8/2010,
kisah pemamdu van rogol anak kecil



31 ulasan:

  1. CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 3 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
    _______________________________________________________________________


    “Hey! Moniandy apa lagi termenung? Buah kelapa sawit dan penuh dalam lori itu, jalanlah.” Moniandy terkejut daripada lamunannya. Dia segera bangun dan mengabuskan
    Ponggong seluarnya , beberapa pasir halus jatuh berguguran ke tanah.

    “Ya! Ya! Baik! Baik,” kata Moniandy kepada salah seorang pekerja yang telah memasukkan buah kelapa sawit di dalam lorinya. Begitulah keadaannya Moniandy sebelum lorinya penuh di isi buah kelapa sawit dia akan duduk menanti dibawah pokok kelapa sawit yang rungkup itu.

    Kekadang dia tolong juga membantu pekerja-pekerja yang menaikkan buah kelapa sawit itu ke dalam lorinya. Walaupun dia tahu itu bukan kerjanya. Tugasnya hanya seorang pemandu mengangkut buah kelapa sawit sahaja.

    Tetapi hari ini agak lain sadikit tidak seperti hari –hari yang lalu, Moniandy akan bergurau senda dengan pekerja-pekerja pengangkut kelapa sawit itu. Malah berapa orang kawan sekerjanya juga berasa hairan , melihat kelakuan Moniandy banyak bermenung lewat kebelakangan ini.

    Setelah enjin lori dihidupkan, barulah lori yang dipandu oleh Moniandy bergerak menuju kejalan besar yang menghala ke sebuah kilang tempat buah kelapa sawit di longgokkan sebelum diproses peleraian buah dari tangkai dijalankan.

    Satu petang sewaktu Moniandy pulang dari hauspital Parit Buntar, wajahnya begitu muram sekali. Hatinya begitu ketara sekali dipagut resah. kerana penyakit isterinya kian bertambah berat , makan nya tidakberselera, cakapnya pun sudah berkurangan. Senyumnya juga sudah tidak ada lagi untuk Moniandy.

    “Bagaimana dengan kakak?” Tiba-tiba muncul Luckmy dari belakangnya, bertanya hal kakaknya di rumah sakit hauspital Parit Buntar itu.
    “Bertambah berat Luckmy. Aku pun tidak tahu apa hendak kata.” Jawab Moniandy sayu bunyinya. Sesekali nampak dia mengeloh dan termenung panjang

    Cuti kerjanya terlalu banyak, wang di poketnya pun sudah banyak yang habis digunakan untuk membeli apa yang perlu untuk isterinya di rumah sakit. Belanja tambang keenderaan dia berulang alik setiap petang pergi dan balik. Semuanya cukup memeningkan kepalanya.

    Tambah pula hutang di kedai runcit Apek Liew kian meningkat. Makannya juga kadangkala tidak berselera, kerana memikirkan beban hutang yang menimbung, ditambah pula dengan masalah yang mencengkam.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. NEGERI BILA MAJU RAKYAT AKAN RUNTUHKAN KERAJAAN OLEH ; GELETEK PAGI
    _________________________________________________________________________________________________________________

    KENAPA jadi begitu? Kerana terlalu ramai orang terlebih pandai. contoh negeri Selangor, Pulau Pinang,Kedah , Perak dan Kelantan fahaman fanatik. kalau tuk guru kata kambing boleh terbang semua orang pakat percaya.

    Contoh luar negara jiran kita, Banyak dah kerajaan tumbang, Thailand, Indonesia, Phelepino, Austarlia,(kecuali singapore mereka menguasai akhbar) belum pandang yang jauh lagi. Sebenarnya rakyat diperbodohkan, mengundi menyukong mereka yang ada agenda kepenting tak senang hati, ini memang perangai orang melayu buat PHD tak payah masuk Universiti.

    Sebenarnya mereka ini langsung tak ambil ikhtibar dari apa yang berlaku di luar negara jiran kita, Bila berlaku hura hara , masa itu barulah rakyat yang ditarik hidung diperbengungkan ini (dulu beri suara) kini menyesal tak terkira.

    Tengok tulisan mereka,dalam blog? Hai bukan main lagi mengutuk danmenghentam kerajaan, Islam kah ini? (sambung esok)

    BalasPadam
  3. POLIS DAN MENTERI

    wahai polis
    gunalah sedikit bicara budi
    usah turutkan kata hati
    mereka itu tiada mengerti
    hanya untuk sesuap rezeki
    kais pagi makan pagi
    bagi makan anak isteri
    jadi rutin setiap hari
    sekolah mereka tiada tinggi
    jangan dibuat sesuka hati
    mereka ada maruah diri
    kelak hidup tidak diberkati
    pak tua penjual mi
    air mata berlinang ke pipi
    silap diri tiada diketahui
    dicaci dimaki sesedap hati
    cuma menghalang kereta menteri
    singgah seketika minum kopi
    di pekan sepi...


    Pak Ngah But
    sajak lagenda 1990

    BalasPadam
  4. Pak Ngah But ini mesti seorang nelayan pantai, but ini asal perkataan perahu motor air. Sajak kali ini beleh juga dikatan legenda, merakam kembali ingatan yang pernah
    berlaku di depan penulis sendiri : Bertajuk Polis Dan Menteri. Polis mungkin cuma
    menjalankan tugasnya, perniaga ingin mencari sedikit rezeki halal untuk sesuap nasi
    bagi makan anak isteri, Pak Menteri pula dengan tugasan rasminya, untuk segera dan
    merasmikan majlis tertentu, setelah rakyat lama menunggu. Maka berlakulah sadikit
    pertengkaran salah laku, apa yang sedap akan terkeluar. Cuma sempati penulis kini
    kepada Pak tua penjual mee.

    BalasPadam
  5. eh! muniady ni tmpt keja dia x support ker kos pembelanjaan di hospital?

    BalasPadam
  6. sian muniandy mengelamun je dia....

    BalasPadam
  7. eh! bahaya mengelamun msa kerja takut nnt jd lain plak?

    BalasPadam
  8. eh! muniandy ni asyik mengelamun je? nnt kelapa sawit jtuh atas kepala dia kang?

    BalasPadam
  9. bahaya tu dok pikir byk takut menganggu kesihatan dia..

    BalasPadam
  10. tmpt kerja dia x buat kutipan derma ke utk meringan kos peruabatan monacy????

    BalasPadam
  11. eh! x baik2 lagi ke monacy ni?

    BalasPadam
  12. takut nnt muniandy ni minum arak plak sbb dh tension sgt??? jd mcm mahmud plak?

    BalasPadam
  13. cerita muniandy ni mcm sama dgn cerita mahmud yg maninggal minum tody dan ramasamy yg bercakap dgn roh? eh! byk plak cerita india en nuri letak...

    BalasPadam
  14. harap2 muniandy ok tkut nnt dia pikir panjang nnt dia plak mati monacy sihat jer...

    BalasPadam
  15. panjang jgk cerpen ni? ape la kesudahan cerpen ni? sedih ke gembira?

    BalasPadam
  16. sian muniandy sudah jatuh ditimpa tangga...

    BalasPadam
  17. msa keje kalau mengelamun bahaya tu....

    BalasPadam
  18. btol tu sayangilah anak2 anda semua....

    BalasPadam
  19. btol tu en nuri skrg org bkn boleh percaya sgt kdg2 bdk2 kecik pun dorg nk rogol...

    BalasPadam
  20. harap2 anak kita semua terhindar dari ape2 perkara buruk... amin...

    BalasPadam
  21. anak tu anugerah tuhan jagalah ia sebaik-baiknya....

    BalasPadam
  22. moga2 anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah... amin...

    BalasPadam
  23. moga tuhan jauhkan perkara yg negetif kpd anak2 kita semua...

    BalasPadam
  24. hish2... ape nk jd dgn dunia skeg ni? anak2 kecil plak menjadi mangsa...

    BalasPadam
  25. skrg mmg susah nk percayakan org disekeliling... jd jaga anak elok2...

    BalasPadam
  26. eh! geletek pagi pun minat politik ker? ingatkan suara pulau je thu hal2 politik ni...

    BalasPadam
  27. mne ko thu smua pasal ni geletek pagi?

    BalasPadam
  28. eh! selalu isu politik suara pulau je yg letak geletek pagi pun letak jgk?

    BalasPadam
  29. xde cerita lawak2 ke geletek pagi???

    BalasPadam
  30. wah! mcm ahli falsafah plak geletek pagi ni?

    BalasPadam
  31. mmg intenet bergerak btol geletek pagi smua benda ko thu? hehhee

    BalasPadam