Selasa, 10 Ogos 2010

DI GERBANG PINTU RAMADHAN



-dibawah sayap rastumu-


Ya! Ramadhan Al Karime,
kini kau mengjenguk kembali
bulan keramat  seribu bulan
semoga aku bersamamu lagi
menjalani ibadah bulan tarbiah
mencari malam seribu bulan

Ya! Ramadhan Al Mubarak,
aku bermula dengan sunatmu
sebelum diterima puasa wajibmu
kerana setiap keikhlasan puasaku
membersih jasmani dan rohaniku
hanya kau yang dapat menilainya

Ya! Ramadhan Al Rahmah,
agar kerinduan ini dapat terubat
selepas sebelas bulan kau hilang
kini aku sambutmu dengan airmata
semoga kasih berahiku selama ini
terubat bila dapat bermesra semula.

Oleh: Nurimanja,
awal di ambang ramadhan ,
ibadat rukun ketiga 10/8/2010.


40 ulasan:

  1. CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 1 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH : NURIMANJA .
    ______________________________________________________________________


    AIR SUNGAI RAJANG mengalir keruh ke muara, melintasi anak-anak batu yang kaku dan sejuk itu. Sampah sarap berputar dahulu kemudian bertali arus menuju ke kuala. Di atas seketul batu besar pejal di pingger air sungai itu,

    Kelihatan seorang anak muda duduk termenung, memerhati air sungai yang keruh mengalir laju membawa sampah sarap yang bertali arus itu. Seolah-olah dirinya juga dibawa air hanyut bagai tiada lagi tempat pergantungan .

    Petang esok, dia terpaksa meninggalkan daerah tercinta ini. Petang esok juga dia terpaksa meninggalkan seorang ibtua yang selalu sakit dan uzur. Dan petang esok jugadia terpaksa meninggalkan kekasihnya yang tercinta. Dia terpaksa. Terpaksa meninggalkan semua!

    Dia tidak mempunyai jalan lain lagi untuk dipilih. Mungkir janji berarti mati. Lari pun berarti mati. Buat pembayaran , dimana dia mesti mencari wang sebanyak sepuluh ribu ringgit itu sebagai cagaran. Di mana? Dia sememangnya tidak ada jalan lain lagi, kini dia terpaksa berkorban.

    Lima tahun adalah satu jangka waktu yang paling lama untuk tinggal di dalam hutan belantara. Tetepi biarlah. Asalkan selepas lima tahun nanti. Dia bebas. Tidak ada lagi cengkaman dari sesiapa. Begitulah di antara lain bunyi isi surat yang diterimanya dua hari yang lalu.

    Sebelum matahari terbenam di ufuk barat, waktu itulah dia mesti berada di kawasan yang telah dijanjikan. Walaupun kakinya begitu berat sekali hendak menghayun langkah. Untuk meninggalkan daerah tercinta.

    Namun kata putus telah diberikan kepada semua, kepada majikannya tempat bekerja, kepada ibunya tempat bermanja, kepada kekasihnya yang tercinta dan pada kampung tempat bermain, agar merelakan dia pergi untuk memikul tugas yang paling celaka dalam hidupnya.

    “Ah Guat!” Ada suara memanggil namanya. Barangkali ini Cuma satu perasaan. Jangka hati Ah Guat. Dia terus menghayun langkah bersama hatinya yang berat dan malas itu.

    :Ah Guat!!” Suara itu berulang lagi, seperti menahan langkahnya. Terasa suara itu pernah didengarinya. Dia menoleh ke arah suara itu, ternyata ada seorang gadis berdiri tidak jauh
    daripadanya. Hati Ah guat mulai disalut resah dan gelisah.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KISAH PELIPORLARA DONGING RAKYAT : KENTUT BERIRAMA ? ceritan cara bebas Oleh: ANJ.

    Tetiba datang seorang anak muda yang tanpak tanpan juga, kebetulan dia seorang pengembara dari negara asing,Setelah dia memakan segala macam punya makanan yang pasti mengeluarkan agin kentut, lantas dia pun melompat ke atas pentas untuk melepaskan anginnya , tetapi tidak menjadi. Maka berpusu-pusu pula orang lain yang datang ingin
    melepaskan angin kentut yang berirama, tetapi ternyata tidak ada seorang pun yang berjaya.

    Keadaan menjadi kalang kabut bila kawasan sekitar di penuhi angin kentut,ada yang termuntah terberak kerana tidak tahan dengan bau yang begitu kuat menyucuk ke dua lubang hidung. ada juga yang telah jatuh pengsan, muntah mendedarah, kerana telah tertelan angin kentut. malah satu keadaan telah pun bertukar menjadi heruk-pikuk. Pentas tempat pertandingan juga telah runtuh terlalu ramai naik hendak melepas angin kentut berirama. Maka segera pertandingan diarahkan berhenti seketika.

    (Tunggu sehingga diberi tahu kelak, kerana banyak gelak nanti batal puasa)
    Guru anj adalah EN dan GP.

    BalasPadam
  3. TIDAK TAHU BAGAIMANA

    bercakap gunakan mata
    Mendengar gunakan mulut
    Memandang gunakan telinga
    Berfikir gunakan hati
    Hati yang tuli
    Telinga yang pekak
    Mulut yang bisu
    Mata yang kabur
    Segala perjalanan
    kelam tanpa tujuan
    Dan dendam kesumat
    melekat pada jiwa.
    aku menulis yang punya jiwa
    yang punya rasa punya cinta
    tapi yang aku punya
    cuma imaginasi lesu tanpa kamu


    Razak ABu
    sungai ara
    1pagi

    BalasPadam
  4. su punca payu dara tumbuh awal

    2010/08/10 sedutan (BH) dari ANJ.
    BEIJING: Ibu bapa dan doktor di tengah China bimbang hormon dalam susu tepung bayi menyebabkan anak perempuan mereka mengalami pertumbuhan buah dada awal.

    Ujian perubatan menunjukkan tahap hormon tiga bayi perempuan berusia empat hingga 15 bulan dan mereka yang diberikan susu bayi formula sama,melebihi daripada kadar biasa wanita dewasa, lapor China Daily.

    Jadi tidak hairan kenapa banyak anak luar nikah kini, kerana anak
    perempuan mudah teransang kepada
    nafsu sex. (satu petaka dunia kini)

    BalasPadam
  5. Ahli baru,Razak Abu dengan sajak bertajuk: Tidak Tahu Bagaimana? Terasa mengucapannya agak sedikit samar-samar , sebagai anadain saja. Saya kira, mungkin ada rasa sadikit kekeliruan minda. Ada rasa hati ini hendak marah, kesal dan memuakkan bila anda telah sedar dan ketahui kerana anda telah pun dipermainkan selama ini.

    Oleh itu tidak hairan kita rasa mahu marah, dan memenci sikap begitu.Kerana selama ini apa yang Allah kurniakan pada pancaindera yang lima langsung tidak digunakan
    Sepenuhnya dengan lebih sempurna. Cuma khayalan berdasarkan dendam kesumat.Kembalilah pada pemikiran wahyu Allah yang sebenar. Amin.

    BalasPadam
  6. sajak puasa plak? jd selamat berpuasa!!!

    BalasPadam
  7. selamat berpuasa! anak bulan sudah kelihatan! hehe

    BalasPadam
  8. anak bulan telah kelihatan esok raya!!! ops! puasa... hahaha selamat berpuasa smua!

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa kepada nurimanja sekeluarga...

    BalasPadam
  10. menarik sajak puasa ni? selamat berpuasa! x sabar nk berpuasa buat pertama kali... hehehe

    BalasPadam
  11. bdk kecil dh tumbuh payu dara ke??? mmg ajaib!!

    BalasPadam
  12. biar btol bdk kecil klu minum susu boleh tumbuh payu dara ke? alamak! hbis nk suruh bayi minum apa plak?

    BalasPadam
  13. mcm2 berlaku di dunia ni bayi pun ade tetek? hahahhahahahaha

    BalasPadam
  14. mne ko dpt berita ni NJ psl bdk ade payu dara????

    BalasPadam
  15. biar btol!! atau gurauan semata ANJ? xkn kecik2 dh ade payudara?

    BalasPadam
  16. xkn ade tetek plak kecik2 lagi ANJ???? ketumbuhan agaknya?

    BalasPadam
  17. msti makan silap ubat ni xkn minum susu plak bayi tu ade payu dara??

    BalasPadam
  18. dalam beita mana ko dapat cerita ni ANJ??? mcm xpcya je aku bayi plak ade tetek? hahahahha

    BalasPadam
  19. kecik2 lagi dah ada payudara? klu besar nnt jd besar mne entah lah? hahahahahahahhahaha

    BalasPadam
  20. mmg besar kuasa tuhan siapa sangka bdk2 kecik lagi dah ada payudara?

    BalasPadam
  21. bdk2 kecik dh ada payudara???? dia buat pembedahan agaknya? agak2 ada susu x? hahahahahahhahaha

    BalasPadam
  22. cerpenterkorban ni pasal apa plak? suspen jer....

    BalasPadam
  23. huh! mcm cerita kampungku je cerpen terkorban ni...

    BalasPadam
  24. terkorban ke berkorban tajuk cerpen ni?? sbb cerita ni dia byk berkorban,,,

    BalasPadam
  25. cerpen jiwa2 ke ah guat ni???

    BalasPadam
  26. CERPEN TERKORBAN??? KENAPA TAJUK TERKORBAN?? AH GUAT NI NANTI MATI KE????

    BalasPadam
  27. cerpen ni pasal komunis ke?? atau zaman jepun?

    BalasPadam
  28. suspen jgk cerpen terkorban ni??? ape2pun sambung lagi en nuri///

    BalasPadam
  29. eh! cerpen pasal kemerdekaan ke terkorban ni???

    BalasPadam
  30. hahahahaa tu la padan muka buat lagi pertandingan kentut? hahhahaha

    BalasPadam
  31. wakakakaka kat sini lawak! smua pakat muntah plak bau angin kentut! hahahahhaha

    BalasPadam
  32. habis bersurai samua sbb x tahan bau busuk? hahahhaaha

    BalasPadam
  33. xkn hbis mcm tu je cerpen kentut ni????????

    BalasPadam
  34. hahahaha hbis smua dlm istana bau busuk! hahahahahaha

    BalasPadam
  35. sepatutnya dorang sembur minyak wangi dulu sebelum kentut beramai-ramai? hahahahhaha

    BalasPadam
  36. eh! pertandingan tu x jd berlangsung??? hbis apa cerita seterusnya???????

    BalasPadam
  37. xkn dh tamat mcm tu je cerpen kentut???

    BalasPadam
  38. hahahaha mmg lawak hbis! pecah perut aku gelak! hahahahaaha

    BalasPadam
  39. mmg lawak giler cerpen kentut ni!!! hahahah sambung lagi en nuri....

    BalasPadam
  40. cerpen terbaik pnh aku baca!! hahahaha lawak!! sambung lagi x sabar nk thu ni....

    BalasPadam