Rabu, 18 Ogos 2010

CIRI-CIRI NILAI AKHLAK MAHMUDAH



Soal remeh temeh yang tidak pernah diindah,
pahala bagi seorang berakhlak mahmudah
kutip sampah kecil di atas cappet masjid
selamatkan saekor semut kecil jatuh longkang
membuang tahi cicak kering di atas lantai
membersih debu di cermin-tingkap  masjid
menjadi iman yang disukai semua makmum
selalu sahaja menyenangkan hati orang lain
bersikap terbuka berkata ada pernilaiannya
membuat kerja dengan hati yang penuh ikhlas
tidak berkira soal urusan kebajikan masyarakat
tukang azan yang mengazankan waktu solat
memakan rezeki yang tidak meragui halalnya
mereka hidup dari keluarga solleh dan solehah
dan para malaikat seringkali mendoakan dirinya
sehingga mereka masuk ke dalam syurga Allah
sebelum allah mengengam langit dan bumi
digulung keduanya dengan tangan kananNya
kami para malikat memastikan mereka ahli syurga.
 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
dua tiga hari lalu bulan ramadan.
jam 7 .00 setengah pagi bulan 8/2010.


25 ulasan:

  1. KISAH PARA AMBIAK CR. SIRI 8. DISUSUN SECARA BEBAS: O:|LEH ; NURIMANJA . TIADA KASIH SAYANG ANAKNYA.
    ______________________________________________________________________



    Al Iqrah seorang hamba allah yang terasa malu bila melihat nabi bermain dengan cucunya Hasan dan Husian begitu mesra, mendukung dan menciumnya.

    Dia berkata kepada nabi " Saya ada 10 oarng anak, tetapi saya tidak pernah mencurah kasih sayang apa tah lagi untuk bermain dan menciumnya."

    Kata nabi kepadanya," Orang yang tidak pernah memberi kasih sayang kepada anak-anaknya , mereka tidak akan dapat kasih sayang daripada Allah SWT.

    Al Iqrah amat menyesal pada dirinya kerana tidak pernah memberi kasih sayang kepada ana-anaknya 10 orang itu.

    Pengajaran;
    Jika seorang bapak tidak pernah memberi kasih sayang krpada anak-anaknya, bagaimana mungkin anak-anak akan membalas kasih sayang kepada bapaknya.

    BalasPadam
  2. CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 9 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA ._____________________________________________________________________

    DI SUDUT di sebelah kanan kem itu, kelihatan ketua kumpulan itu yang berwajah bengis dan tidak mudah senyum sedang bercakap-bercakap dengan beberapa orang yang sedang mengilinginya.

    Disusuli ramai lagi berlari-lari beberapa orang yang lewat datang menghampirinya. Mereka seolah-olah sedang mendengar taklimat atau pun menunggu arahan dan perentah untuk segera bergerak menyusuli kawasan yang berlaku serangan berdarah.

    Kemudian keluar sesaorang dari sebuah kemah khas untuknya . Dia berjalan terhingut-hingut menuju kepada kompolan yang ramai sedang berhimpun itu, namun keaadaan amat terkawal.Cukup berdislin nampaknya.

    Di tangan orang berpakaian agak gelap dari yang lain ada se cepis kertas kecil seperti lakaran peta, dia lantas melambaikan tangannya ke arah Ah Guat dan Swee Lan. Mereka bingkas bangun menghampiri orang itu.

    Seketika mereka di arah berbaris dengan segera untuk menerima arahan daripada ketua tersebut, sebelum diberi bekalan makan, ubatan dan alat senjata. Mereka dikehendak segera memberi bantuan kepada pasukan kawan yang menerima serangan hebat daripada pasukan tentera pemerentah di kaki Bukit Merudu pagi tadi.

    Kini sudah seminggu Ah Guat dan Swee Lan berada di daerah kawasan hitam di kaki Bukit Merudu itu, inilah satu-satunya kawasan hitam yang amat digeruni oleh kedua belah pihak.

    Kasan ini telah banyak mencatatkan sejarah , kerana di sitilah ramai anggota daripada ke dua belah pihak terkorban dalam pertempuran senget dan dikenali juga kawasan peristiwa hitam itu. Dan disitu jugalah Can Ah Hook, papa kepada Ah Guat terkorban.

    Dalam perjalanan mengharungi hutan rimba dan paya di celah lereng bukit itu,Ah Guat telah beberapa kali menyelamatkan Swee Lan dari tergelincer jatuh ke dalam jurang atau gaung yang dalam di bawah kaki bukit itu,

    Tetapi akhirnya langkah Swee Lan
    tergelincer juga apabila dia gagagl mengawal dirinya, sewaktu melompat di atas seketul batu besar semasa menuruni bukit itu. Dia jatuh tersepit di celah lubang di bawah batu besar itu.

    Kaki kirinya tersepit bagai rasa hendak putus, pergelangan buku lalinya mungkin terseliuk, sendi lutut nya terasa macam mahu tercabut keluar.sakitnya bukan kepalang. Dan dengan pantas Ah Guat menerkam dan segera memberi bantuan.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. AKU MAHU DUDUK DI BUCU BILIK

    Sekarang aku
    Hanya mahu duduk di bucu bilik
    Sambil memegang sebatang pen
    Bersama sehelai kertas putih kosong
    Tulis apa ada dalam jiwa aku.
    Mungkin bersama buku buku
    Yang boleh buat jiwa aku tenang
    Atau mendengar lagu yang sama
    Berulang kali sampai aku rasa aman.
    Jadi sekarang jangan ganggu aku
    Kerana aku mahu berseorangan
    Di penjuru bucu bilik.


    Sarah
    Pahang
    Di asrama sekola

    BalasPadam
  4. Ada jiwa yang ingin meronta untuk menjadi pencatat memori mungkin boleh jadi seorang penulis, jika terus mencatat segala peristiwa yang berlaku dalam hidup ini.
    Begitulah sajak Sarah adek Golo Buta yang masih lagi berada di bangku sekolah Dengan tajuk sajaknya Aku mahu Duduk Di bucu Bilik, mungkin percubaan yang
    Pertama, pengucapannya masih lagi keanak-anakan, namun sudah berani dan patut Terus berusaha, saya kira sajak ini tidak perlu diulas isi atau maksudnya sudah pun
    Jelas dan nyata untuk difahami khalayak. Thahniah usaha lagi!

    BalasPadam
  5. aku xthu plak mcm mne?? harap2 anak2 aku dapat kasih sayang yg sama rata..

    BalasPadam
  6. selamat anak aku ade sorg je senang nk curahkan kasih sayang..

    BalasPadam
  7. susah btol klu ada anak byk sbb kena bagi adil curahkan ksih syg kita...

    BalasPadam
  8. anak sorg atau dua boleh la klu lebih dari 5 susah jgk tu...

    BalasPadam
  9. harap2 bakal anak aku nnt akan dpt ksih syg aku..

    BalasPadam
  10. klu anak 10 byk tu? susah nk bahagikan kasih sayang sama rata...

    BalasPadam
  11. anak 10 pun susah nk bahagikan kasih sayang apatah lagi yg ada anak lebih dari 10???

    BalasPadam
  12. nnt dh kwin xnk la anak byk2 susah nnt nk bagi ksih syg cukup je sorg atau 2...

    BalasPadam
  13. anak byk pun susah xde anak pun susah jgk... harap2 anak aku sorg atau 2 org je...

    BalasPadam
  14. ptutlah byk org2 tua dihantar ke rumah org tua2?? rupanya msa kcik2 dorg xdpt ksih syg,.,

    BalasPadam
  15. swee lan terjatuh dlm gaung ke?? bahaya tu...

    BalasPadam
  16. eh! saat dramatik plak?? swee lan jtuh gaung! ape jd lps tu??

    BalasPadam
  17. wah! semakin menarik cerpen ni... teruskan lagi en nuri...

    BalasPadam
  18. bila baca cerpen ni rasa mcm sy pun ada sekali dgn ah guat??? mmg bila baca cerpen en nuri terasa suasana di sana jgk.. wah! mmg hebat en nurimanja ni...

    BalasPadam
  19. dorg nak ambush balai polis bukit kepong ker???

    BalasPadam
  20. eh! dorg mula nak bertindak?? men askar mlyu plak???

    BalasPadam
  21. agaknya smua akan mati sbb askar british serang balas kot? hehe

    BalasPadam
  22. wah! lps ni msti byk pertempuran?? ni yg best ni...

    BalasPadam
  23. dorg nk serang kat perkampungan org mlyu ker???

    BalasPadam
  24. cerpen ni mcm sarjan hassan plak??? hehe

    BalasPadam
  25. eh! dorg nk serang sapa plak?? askar wataniah melyu ke pihak british???

    BalasPadam