Ahad, 22 Ogos 2010

BURUH KONTRAK




Buruh Kontrak!
kalian datang kerana wang
bukan paksaan tetapi kerelaan
kerana kemiskinan dan kelaparan
yang menghimpit cekek   kehidupan
betapa ditapak binaan dan rumah kongsi
bertahun jiwa kalian gelisah dimamah sepi
kalian tinggal  segala, anak, isteri, keluarga,
dan negara tercinta , kerana wang dan
kehidupan , demi memburu rezeki
menyambung hidup di rantau orang.

Buruh kontrak!.
adakah taqdir telah merancang
usia kehidupan kalian di habiskan begitu
segala hasil kerja kemahiran dan kepakaran
telah pun ditumpahkan segala ke bumi ini
bagi menjayakan  wawasan Malaysia
projek pembangunan mencakar langit
adalah hasil kudrat titik keringat anda
demi memajukan bumi negara Malaysia.

Oleh; Nurimanja ,
Telok Kumbar, 6\10\2001
Terima kasih warga Indonesia.


37 ulasan:

  1. CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 12 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

    “Aku tidak bergura,”
    “Tetapi, apakah maksudmu?”
    “Saat-saat kematian kita telah hampir tiba,”
    “Swee Lan!!!...” Suara Ah Guat terputus lagi.lama terhenti.

    Kesesakkan nafas menguasai tubuhnya. Kedua tangan Ah Guat segera merangkul tubuh Swee Lan. Dia merenung tepat kemata Swee Lan yang masih terdongak sadikit. Dalam kelopak mata Swee Lan
    dipenuh lenangan air mata. Hati Ah Guat kian bertambah resah gelisah.

    “Swee Lan! Oh Swee Lan!! .. Sebenarnya aku juga telah merasai apa yang telah kau rasai itu, tetapi aku sengaja menyembunyikan segala-galanya darimu. Dan sememangnya perjuangan ini perjuangan gila. Perjuangan yang sia-sia…” kata-kata Ah Guat terhenti lagi.

    Mereka berpelukan sambil menangis, seoalan mereka ingin mengkhabarkan cerita hidup mereka pada hutan belantara itu, pada batu dan kayu. Ah Guat menyambung lagi katanya

    “Perjuangan ini menempah maut. Aku juga tidak sanggup membunuh.Sekarang biarlah kita mati dibunuh. Walau tidak ada siapa yang tahu perjuangan kita bukan untuk menentang atau mendurhaka pada pemerentah dan negara yang tercinta…”

    Ah Guat terhenti lagi, dadanya kian sebah. Melihat Swee Lan memeluknya dengan erat.Dia juga tidak dapat menahan lagi kesedihan ini, terasa dirinya terinaya, di atas perjanjian papanya yang gila dengan pengikutnya. Kini dia dan kekasihnya pula menjadi mangsa.

    Ah Guat dan Swee Lan terus mengalirair mata, sambil sebab menahan tangis , Ah Guat terus merentis dan berkata dalam suara sayu, sedih dan pilu di celah lubang batu besar itu.

    “Tetapi perjuangan dan pengorbanan kami, di atas kasih dan cinta suci kami berdua, biarlah kami mati di hutan belantara ini tidak mengapa, .asalkan kami mati bersama, kami bukan pendurhaka pada negara, Merdeka!”

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 12. DISUSUN SECARA BEBAS. OLEH NURIMANJA, BERTAJUK; DIGIGIT KALA JENGKING. (B)
    ___________________________________


    Sewaktu Abu Hanifah membaca hadis nabi SAW yang agak panjang, tiba-tiba dia mengalir air mata, semua yang mendengarnya agak hairan, setelah hadis dibacanya habis, dia pun pengsan.

    Selepas dia sedar mereka pun bertanya hal keadaannya.Dia pun menceritakan, bahawa kakinya di sepit saekor kala jengking,
    sewaktu membaca hadis nabi, kerana dia ingin menghabiskan cerita nabi itu, supaya tidak terputus dia membacanya terus, dia terpaksa menahan sakit, sehinggalah dia pengsan.

    Pengajaran;
    Begitulah cinta dan kasih seorang hamba bernama Iman Abu Hanifah kepada junjungan kita nabi Muhamad SAW. Dia sanggup menahan sakit sehingga pengsan.

    Kita, kalau ayah sakit, bila bawa air kencingnya nak pergi buang dekat tandas di hospital , muntah mentedarah dalam tandas, sampai keluar air hidung dan airmata. bagus punya anak. abang dengan kakak langsung tak mau buang. pengalaman.

    BalasPadam
  3. YANG MENURUT PERINTAH

    jiwa-jiwa suci tersentap
    oleh rakusnya sifat
    oleh ganasnya sikap
    gelora badai tiada terduga
    menderu datang tiada alamat
    meratah segala hati
    merobek setiap perasaan
    tersentap marah geram
    semua bercampur jadi satu
    namun hanya gelodak di dalam
    tak mampu terluah
    tiada kuasa letuskan rasa
    terpendam terdiam terkaku
    telan kan mati anak
    luah kan mati bapak
    tiada kuasa diam sahaja
    turut sahaja perintah...


    Cikgu Zuki
    Penang
    selepas sembahyang subuh

    BalasPadam
  4. Rentihan sedenyutrasa oleh Cikgu Zuki dengan sajaknya bertajuk Yang Menurut Perentah. Mungkin sajak pertama kali agaknya. Cikgu Zuki dulu en nuri ada juga seorang kawan yang bernama Cikgu Marzuki, guru pusat sumber SRK sungai Ara.
    Apa-apa pun biasanya begitulah buat mereka yang bekerja dengan pemerentah kena menurut perentah, tertakluk pada keadaan, dalam islam selagi kerja itu tidak pula bertentangan dengan syariah Allah dan adap sopan budaya ketimuran kita boleh patuh dan diikuti. Kecuali sudah jauh menyelewen mencabar pelembagaan dan adat
    Istiadat raja-raia melayu dan keagamaan, kita mesti tentang dan bangkit, jangan biar apa yang mereka buat betul saja, kita yang berbulu hati tetap salah. Di mana semangat jihat kita? Demi agama, bangsa dan negara Malaysia.

    BalasPadam
  5. Doakan kesejahteraan bukan Islam haram: Mufti

    KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca
    di dalam khutbah Jumaat. [+] (Petekan Akhbar BH)

    Ada yang mengatakan harus doa kepada bukan islam semoga dia masuk Islam, kalau dia tidak masuk
    Islam , kita takut orang yang berdoa dan mengamin pula terkeluar dari Islam. banyak sudah buat kerja
    yang bercanggah dengan ajaran Islam. itu yang kita takut.

    BalasPadam
  6. dah nak mati pun sempat lagi bersembang dulu ah guat ni? hehe

    BalasPadam
  7. panjangnye dialoq dorg ni bila nk mati dorg ni???

    BalasPadam
  8. aduh... panjang btol kisah cinta dorg ni...

    BalasPadam
  9. msih berbual lagi ah guat dgn swee lan ni?? biar aku je la yg tembak dorg...

    BalasPadam
  10. panjangnye swee lan punya nyawa msih hidup lagi dia dh byk episod dh ni..

    BalasPadam
  11. nk tergelak pun ada dorg ni dok sembang psl cinta x hbis2 lagi?? hhehe

    BalasPadam
  12. cerita dorg pendek je tp babak dlm hutan ni panjang plak? hehe

    BalasPadam
  13. rasanya dalam hati msti ah guat kata bila nk mati swee lan ni?? hahhaha

    BalasPadam
  14. cerita btol ke ah guat ni en nuri???

    BalasPadam
  15. panjang lagi ke episod cerita ah guat ni???

    BalasPadam
  16. klu aku rasa pelik je kat kaki mmg lari langkah seribu dh...

    BalasPadam
  17. wa! berani dia! masih tunggu lagi.. aku ni wlpn nama jengking aku takut jgk kala jengking ni..

    BalasPadam
  18. klu la skrg ni jgn kata kala jengking klu lipas tu pak imam dh angkat kaki... mcm terjadi di masjid tmpt sy dulu...

    BalasPadam
  19. kala jengking?? wah! bahaya tu nsib baik x mati...

    BalasPadam
  20. klu la dia mati masa kena sengat jengking?? kira berjihad jgk ker?

    BalasPadam
  21. wah! begitu besar kasih sayang dia pada nabi...

    BalasPadam
  22. kala jengking?? mcm mana dia msuk dlm masjid tu??

    BalasPadam
  23. rasanya kala jengking tu jelmaan agaknya? saja nk menguji Abu Hanifah

    BalasPadam
  24. rasanya klu manusia zaman skrg nmpk kala jengking dari jauh dah lari siap langkah jemaah dihadapan dia...

    BalasPadam
  25. mmg besar kasih syg dia.. klu aku la nmpk je jengking kt masjid?? sah aku xkn pegi dh msjid tu... hahaha

    BalasPadam
  26. pelik manusia zaman skrg ni mcm2 dh terjdi.. terima ksih ANj berkongsi..

    BalasPadam
  27. smoga ahli dlm blog ni x terlibat mengaminkan guan eng plak?

    BalasPadam
  28. mereka ni taksub sgt la smpai org bkn islam pun nk mengagungkan dlm msjid plak?

    BalasPadam
  29. btol tu ANJ harap2 org yg buat mcm tu kena tangkap!

    BalasPadam
  30. ape nk jd dgn imam yg baca khutabah tu? memalukan bangsa mlyu jer..

    BalasPadam
  31. jangan nanti dorg jemput org bkn islam plak pi baca khutbah jumaat? minta simpang malaikat 44.. sah! tu dunia nk kiamat...

    BalasPadam
  32. smoga perkara mcm ni x berulang lagi pd masa akan dtg amat memalukan...

    BalasPadam
  33. eh! kenapa x boleh plak? bukankah mendoakan org tu dibenarkan? maaf tanya saya msih bru dalam hal berdoa ni...

    BalasPadam
  34. sdih plak baca psl buruh kontrak ni>??

    BalasPadam
  35. en nuri dok dekat dgn perumahan ke? msti byk indon sbb tu en nuri tulis sajak kat dorg? hehe

    BalasPadam
  36. sayu je baca nsib buruh kontrak dalam sajak ni..

    BalasPadam
  37. smoga nsib buruh kontrak terbela pd masa akan dtg..

    BalasPadam