Sabtu, 21 Ogos 2010

BUKANKAH KITA DULU TERPASUNG?




Dulu kita pernah terpasung
Ratusan tahun lamanya,
Terikat dan dibelit
Hutang panjang.

Kini mula terungkai
Dan tiada siapa berani
Mengilas tangan  kita lagi
Dan tiada siapa pernah menduga
Bukit Lanjang mengaler arus perdana.

Kini kita telah merdeka
Mengapa mesti sangsi dan
Meragui menjadi warga Malaysia
Tetang syiear Islam dan 1 Malaysia
Yang diakui jagat dan seluruh dunia.

Mengapa di antara kita
ada yang maseh memekek
Diruang  yang sempet
Negara kita bukan Islamic ?
Sebenarnya kita Merdeka  1  Malaysia.

Oleh; Nurimanja,
Sajak legenda Di Malaysia,
Catatan Telok Kumbar, 15\11\2001.



28 ulasan:

  1. CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 12 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

    “Aku tidak bergurau,”
    “Tetapi, apakah maksudmu?”
    “Saat-saat kematian kita telah hampir tiba,”
    “Swee Lan!!!...” Suara Ah Guat terputus lagi.lama terhenti.

    Kesesakkan nafas menguasai seluruh tubuhnya. Kedua tangan Ah Guat segera merangkul tubuh Swee Lan. Dia merenung tepat kemata Swee Lan yang masih terdongak sadikit. Dalam kelopak kedua mata Swee Lan dipenuh lenangan air mata. Hati Ah Guat kian bertambah resah gelisah.

    “Swee Lan! Oh! Swee Lan!! .. Sebenarnya aku juga telah merasai apa yang telah kau rasai itu, tetapi aku sengaja menyembunyikan segala-galanya darimu. Dan aku, akui sememangnya perjuangan ini perjuangan gila. Perjuangan yang sia-sia…” kata-kata Ah Guat itu terhenti lagi.

    Mereka berpelukan sambil menangis, sedih, seolah-olah mereka ingin mengkhabarkan cerita hidup mereka pada hutan belantara itu, pada batu dan kayu. Ah Guat menyambung lagi katanya

    “Perjuangan ini menempah maut. Aku juga tidak sanggup untuk membunuh. Sekarang biarlah kita saja mati dibunuh. Walau tidak ada siapa yang tahu perjuangan kita bukan untuk menentang atau mendurhaka pada pemerentah dan negara yang tercinta Malaysia…”

    Ah Guat terhenti lagi, dadanya kian sebah. Melihat Swee Lan yang memeluknya dengan erat sekali.
    Dia juga tidak dapat menahan lagi kesedihan ini, terasa dirinya cukup terinaya, di atas perjanjian papanya yang gila dengan beberapa orang pengikutnya. Kini dia dan kekasihnya pula menjadi mangsa.

    Ah Guat dan Swee Lan terus mengalirair mata, sambil sebab menahan tangis , Ah Guat terus merentis dan berkata dalam suara sayu, sedih dan pilu di celah lubang batu besar itu.

    “Tetapi perjuangan dan pengorbanan kami, di atas kasih dan cinta suci kami berdua, biarlah kami mati di hutan belantara ini tidak mengapa, .asalkan kami mati bersama, kami bukan pendurhaka pada negara, Merdeka!”

    BERSAMBUNG.(

    BalasPadam
  2. PENSEL KONTOT

    Penselku sudah kontot
    Tidak mampu kupegang lagi
    Tidak mampu kucoret lagi
    Warkah tak tertulis
    Mahu sahaja kubuang
    Tapi terasa sayang
    Sudah lama ia berbakti
    Peneman di kala sunyi
    Penghibur di kala duka
    Pencetus idea di kala buntu
    Aku juga tahu kau juga sama
    Tidak pantas berpisah
    Aku tahu kau menangis
    Ingin lagi berbakti
    Ingin lagi mencoret
    Jangan sedih penselku
    Pergilah kau ke sana
    Ke kotak kitar semula
    Itu jasamu terakhir...


    Pangeran Indera
    Brunei
    12mlm

    BalasPadam
  3. ULASAN:

    Sajak daripada Pengeran Indera bertajuk PENSEL KONTOT. Agak jauh dari Brunei.Terima kasih menyertai blog CR ini untk bersama kita kongsi pengalaman. Dulu en nuri ada seoarng sahabatnya nama pena Hadi Marhain (Lemah Ahmad) pernah bertemu di Tasik Biru Serawak Dia pernah kursus atau belajar di USM. P.Pinang dan bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei lama dulu, kini telah terputus kesemua hubungan. Tiada kad ucap selamat hariraya lagi.

    Sesuatu yang kita saying cukup amat bermakna. Walaupun sebatang pensel kontot dan tidak boleh diguna lagi. Tetapi kalau dinilai jasanya tentu penuh maana, sebatang pensel boleh kita menulis beribu patah perkataan, malah mencorak menceritakan dan mencatatkan apa saja. Mungkin bila keadaan berubah, zaman laptop menguasai dunia Kini. Pensel ketot tidak diguna lagi, malah susah pula hendan dipegang, malin masuk
    Tempat kisar semula. Agar kau PK lahir dengan wajar baru untuk menyambung jasamu dahulu.

    BalasPadam
  4. Masallah solat witer.

    Sebenarnya nabi Muhamad saw. tiap malam solat witer bukan dalam bulan puasa saja selepas solat sunat yang lait. (witer ertinya ganjil atau pun solat penutup - ganjil pada rakaatnya
    penutup selepas witer x ada solat sunat lagi)

    Biasanya dilakukan dhujung malam atau selepas issyak. masallahnya. lepas solat witer tharawih ada
    orang nak buat solat sunat tahajud
    dlln, sebelum syahor, Bagaimana?

    Saya difahamkan boleh buka balik solat witer dengan solat witer satu rakaat semula, kemudian buat solat sunat apa pun, kemudian tutup
    balik dengan sunat witer satu rakaat, campur semua 3 + 2 jadi lima semua ganjillah itu.

    BalasPadam
  5. xphm la pasal solat witer ni....

    BalasPadam
  6. sy cuma buat solat 5 waktu saja psl witer ni xthu plak?

    BalasPadam
  7. solat witer tu wajib ke kena buat en nuri?

    BalasPadam
  8. terima ksih en nuri berkongsi psl solat witer ni...

    BalasPadam
  9. aku kdg2 dh lupa pasal solat witer ni... hehe

    BalasPadam
  10. x buat solat witer xpe ke en nuri???

    BalasPadam
  11. eh! pasal solat witer pun ada? thnkz! sy mmg nk cari info psl ni...

    BalasPadam
  12. solat witer ni kena buat ke? klu x buat xpe ke?

    BalasPadam
  13. pening jgk baca pasal solat witer ni....

    BalasPadam
  14. smoga kita dpat menambah ilmu tentang solat witer

    BalasPadam
  15. ah guat kata sayang malaysia?? bkn masa tu nama malaysia malaya ke?

    BalasPadam
  16. klu dlm islam salah dorg ni terlalu agungkan cinta smpai snggup mati bersama...

    BalasPadam
  17. sdih plak baca kisah ah guat ni>???

    BalasPadam
  18. cerita ah guat ni kalau buat drama ke filem meleleh air mata org tgk... sbb bila baca pun dh sedih...

    BalasPadam
  19. sedih btol baca pergorbana dorg ni....

    BalasPadam
  20. asyik bersembang je dorg dua ni? kena bom bru thu...

    BalasPadam
  21. huh! babak ni agak sedih sikit... apa la jd seterusnya nnt

    BalasPadam
  22. ah guat ni asyik bersembang je bila dorg nk terkorban ni? hehhe

    BalasPadam
  23. teruk sgt la swee lan ni sayang ah guat melebihi segalanya...

    BalasPadam
  24. panjang jugak kisah cinta ah guat ni???

    BalasPadam
  25. agak2 dorg akan mati dalam pelukan la bila kena bom nanti....

    BalasPadam
  26. dorg ni umpama nk bunuh diri je sbb x lari pun...

    BalasPadam
  27. lps hbis cerita ah guat ni en nuri ni siar kisah apa plak???

    BalasPadam
  28. panjang jgk kisah cinta ah guat ni? bila dorg nk mati kena tembak ni?? hehe

    BalasPadam