Ahad, 15 Ogos 2010

BUKAN KERANA NAMA



Aku menulis,
bukan kerana nama
sekadar menjana minda
di ruang waktu usia meniti tua,

Rupa paras,
tidak perlu dikenali
biarkan sepeti dara sunti
sendiri tersembunyi dibilik sepi,

Masa berlalu,
adalah nekmat Allah
terlalu sukar untuk dinilai
kerana perjalanan hampir tamat.

Oleh; Nurimanja,
subuh sepi 2/3 malam
19hn Oktobe,1979


19 ulasan:

  1. KISAH MESTRI siri4. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA
    ___________________________________

    Setelah usia tuk ayah menjangkau ke usia seratus dua puluh, anak dan cucu sulungnya telah lama meninggal dunia, dia cuma tinggal dengan cicit perempuan cucu sulung dari anak keduanya. Ada yang antara mereka dan jenderasinya semua telah meninggal dunia, tidak ingat lagi cerita tuk ayah ini.
    Hanya cicit dan piutnya saja masih
    ada yang sanggup membela dan menjaganya. Mujurlah tuk ayah ini tidak banyak kerenah, mudah dijaga.

    Tetiba dia dikatakan meninggal dunia setelah beberapa hari tidak bergerak, nadinya juga lemah dan nafasnya bagai terhenti. setelah buat laporan dikatakan sakit tua. cucu dan piutnya pun buatlah persediaan untuk acara penkebumian, setelah dimandi , kapan, dibawa ke masjid di sembahyangkan mayat, dan di bawa ke kubur untuk dikebumikan.

    Setelah keranda di turunkan ke dalam lubang, orang ramaipun menhampirinya untuk melihay kali terakhir dan ada diantaranya masih ingat lupa sejarah tuk ayah mengatakan mati dua kali. hidup semula, kali kini mungkinmati
    betul dan sebenarnya. Tetiba belum pun sempat tanah di turunkan, Tuk ayah sekali lagi bangun dan memekek.
    "Aku belum mati lagi..." Orang ramai bertempiaran lari, lentang pukang kerana terkejut, untuk meninggalkan tanah perkuburan itu. ada yang darah tinggi terus pengsan.

    SEKIAN.
    sebab penceramah itu berhenti disitu, anda pun boleh buat berbagai andaian. apa terjadi?

    BalasPadam
  2. NAK LARI DARI BUMI

    Aku mahu pergi ke dari sini
    Dan tinggal di tempat bukan bumi
    Selagi aku di sini
    Hilang semua inspirasi
    Semua lagu kedengaran asing melodi
    Mahu mengurung diri
    Lontar jauh-jauh kunci
    Aku akan kembali
    Tapi bukan menjadi diri sendiri.
    Aku pun tak tahu nak jadi
    Tak tahu nak cakap apa lagi
    Bila semua sering menyakiti hati ni


    Fatima Al zahra
    2pagi
    Kuala Kangsar

    BalasPadam
  3. Satu pengucapan yang agak luar biasa kerana ingin lari atau keluar dari bumi yang nyata bertajuk : Nak Lari Dari Bumi sajak Fatima AL Zahra dari kuala Kangsar ini.Untuk membentuk ayat perlu ada kelogikkannya , agar pentafsir dapat menangkap maksud atau penceritaannya yang tersirat dan tersurat untuk disampaikan kepada khalayak .Mungkin sebagai andaian, anda ingin keluar dari kemelut dunia (keadaan) kehidupan yang mungkin menekan diri anda saban hari. Sebab itulah agaknya segala keindahan membosankan ,lalu ingin membawa diri keluar dari dunia kenyataan untuk masuk ke dunia fantasi. Kerana semua tidak indah lagi dan menyakitkan hati.Semoga anda tidak tergoda dengan dunia yang menyesatkan diri, amin!

    BalasPadam
  4. mcm lagu plak cerpen ni?? aku menulis bukan kerna nama???

    BalasPadam
  5. sajak ni klu buat lagu best ni tjuk pun dh menarik...

    BalasPadam
  6. adoi! la...hidup lagi ker?? hahahahha

    BalasPadam
  7. mmg liat jgk nyawa dia ni??? hahahhahaa

    BalasPadam
  8. pelik btol ingatkan dh mati rupanya hidup balik ke?? haha

    BalasPadam
  9. eh! kena buat andaian sendiri ker??? entahlah x thu nk kata apa..

    BalasPadam
  10. rasanya lps ni dorg xkn kebumikan jenazah dia dh sbb nnt hidup balik...

    BalasPadam
  11. rasanya penceramah tu berhenti sebab jenazah tok ayah berdiri depan dia kot??? hahahha

    BalasPadam
  12. kenapa plak penceramah tu berhenti?? mikrofon rosak ker???

    BalasPadam
  13. boleh hidup balik plak?? bila dia nk mati btol2?? brapa byk kali hidup balik ni? haha

    BalasPadam
  14. penceramah boleh berhenti plak bercerita??? sbb apa?? hmm.. bini dia tel kot???

    BalasPadam
  15. sampai ke piut yg jaga dia??? masih hidup lagi tok ayah ni... dasyat...

    BalasPadam
  16. menulis bkn kerna nama? wah! menarik sajak ni...

    BalasPadam
  17. menarik sajak ni!! mmg best! tjuk dia...

    BalasPadam
  18. mmg merendah diri en nuri sbb menulis bkn kerna nama...

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama nurimanja berkata...

    CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 6 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

    Swee Lan yang dahulunya muka penuh berisi dan tubuh yang montok dan kental itu, kini mulai menurun, mukanya jadi kecut sadikit, matanya cengkung ke dalam lantaran kurang Tidur, kurang mendapat zat makanan yang diperlukan untuk seorang tubuh yang sedang naik dan tumbuh membesar itu.

    Selepas latihan akhir dan makan petang Ah guat berehat sebentar di pangkal tunggul meranti tua yang mati di dalam kem itu, Bintik-bintik peluh penuh tumbuh di ruang gigi rambutnya. Baju yang dipakai kian lembab dibasahi peluh. Tubuhnya berbau hapak tengik, kerana jarang-jarang sekali dapat mandi.

    Kenangan Ah Guat jauh melayang di ketika itu, dia teringatkan ibu tuanya yang telah tua dan selalu uzur itu.

    “Kalau aku mati, siapkaha yang akan menjaganya nanti?” Bisik hati kecil ah Guat. Dia berharap agar jiran sebelah menyebelah rumahnya dapat menjaga ibunya dengan baik. Walaupun pemergiannya dahulu dirahsiakan dari pengetahuan orang kampung,jiran dan kawan-kawan nya.

    Ah Guat juga teringatkan akan mendiang atau aruah bapaknya. Dia salah seorang tokoh dan perjuang laknak dalam kumpulan pengganas komunis itu. Dia tahu sikap bapaknya yang sadikit pun tidak rasa gentar dan takut dari ancaman, dan gerak gempur pihak perentah ke atas kem mereka.

    Hingga kini dia di kenang dan angkat debagai tokoh perjuangan dan lambang kemegahan perjuangan mereka sebagai pertiwi dalam hutan rimba belantara ini. Satu hari bapaknya pernah berpesan kepada ibunya Poh Yeh;

    “Ingat ini Poh Yeh! Sikiranya aku terbunuh dalam perjuangan ini di dalam hutan belantara ini nanti, Aku mahu, Ah Guat, satu-satunya anak lelaki tunggalku, bila dia berusia dua puluh satu tahun, mesti menyambung perjuanganku ini. Kalau dia engkar, ingat Poh yeh! Dia akan diburu kemana saja dia pergi, akhir sekali dia akan dibunuh oleh pengikut-pengikutku,”

    Poh Yeh diam tidak berkata apa, dia terasa ancaman pengganas komunis mulai mengancam kehidupan mereka selama ini.apabila semuanya terlibat dengan pergerakan komunis di dalam hutan.

    BERSAMBUNG.

    2010 Ogos 16 15:03

    BalasPadam