Ahad, 29 Ogos 2010

BICARA SINGKAT




Saudara?
sudahkah kau bersedia
Menuggu satu panggilan
Yang pasti dan mesti
Pada bila masa saja.

Saudara!
Aku Cuma mengingatkan
Jika kau belum sedia
Mulakan dari sekarang
Agar kau tidak menyesal

Saudara!
Jangan kau marah
Kerana kita sesama Islam
Tidak sempurna iman, jika 
tidak berpesan penuh kesabaran.

 Oleh; Nurimanja,
27 Ramadhan,1430
sedutan dari sajak legenda. 


25 ulasan:

  1. INFO AGAMA DERMA KHAIRAT Oleh ; Nurimanja(B)
    ___________________________________

    Saya ingin menambah tentang derma khairat ini bagi apa yang saya faham, sewaktu saya sekolah pondok dahulu, rupanya pondok yang saya duduk itu, bukan sekolah punya, ada hamba Allah yang derma pondok itu dekat sekolah, jadi bila pondok
    itu agak senget kaki tiang pondok tengelam sebelah, saya dapat surat dari tuan yang ampunya, dia kata, saya tak ada apa yang hendak bantu, cuma pondok itulah derma, bagi siapa yang ingin belajar agama, tolong perbetul tiang pondok yang telah senget sebelah. Saya masa itu semput , panggil kawan-kawan tolong angkat, Si punya angkara ini pekerja ambil upah buat kelapa kering, mereka yang sumbat kelapa kering dalam dalam pondok saya.

    Betapa seksa saya kena tidur dengan isi kelapa kering yang belum masuk dalam guna. kekadang sampai bebulan baru habis yang buat kerja ini budak-budak kampung. Bayangkanlah daripada mereka kait himpun, kopek, belah, jemur, kering , ikatjahit masuk dalam guni hingga jual. Jadi mangsa gelabah panas tidur bersama isi kelapa kering, jangan buat main, hampir badan kita bau minyak kelapa kering. tapi sabar, hal ini langsung tak cerita kepada keluarga simpan rahsia sendiri. hari ini terpaksa terbongkar. Pondok yang saya tinggal itu Pak Haji Haron simpang Tiga Kuala Kurau. Terima kasih banyak!

    Lagi derma khairat ini; Jka ada orang derma nak buat sekolah agama, surau atau masjid, jangan lokek bagi seringgit pun dah
    dapat setul bata. Selagi orang belajar atau bersolat di sekolah atau surau/masjid kita derma itu dikira pahala sedekah derma
    khairat. Buat masa ini tanah wakaf mereka buka kebun/ladang kelapa sawit, mereka nak beli anak sawit, dermalah sepokok dua, dapat pahala bonos bila mati bantu kita jalan ke Syurga. tapi biarlah tersembunyi dengan hati yang ikhlas, diam-diam saja.

    BalasPadam
  2. WARIS TANDUK HANTU

    satu ditambah satu
    jawapan kan tetap dua
    tidak mungkinkan jadi tiga
    tapi berduakan jadi tiga
    bila yang berdua lupa seketika
    bila nafsu mula beraja
    bila yang ketiga asyik mencucuk
    bila yang ketiga keluarkan tanduk
    akhirnya yang berdua sama bertanduk
    jadi pengikut kaum bertanduk
    yang bertanduk mula ketawa
    yang bertanduk senyum puas
    yang berdua sudah tewas
    pujuk rayu yang bertanduk
    berjaya menyemai tanduk baru
    benih haram generasi bertanduk
    waris tanduk hantu...


    Raksasa Hijau
    kota kinabalu
    10mlm

    BalasPadam
  3. Sajak bertajuk Waris Tanduk Hantu tambah sikit syaitan . Pengucapan mengenai akan kehidupan anak muda dini hari yang suka berkaper atau berduaan di tempat yang mungkin tersembunyi, lantas akan mengambil kesimpatan jadi orang ketiga iblis yang akan memujuk dan cuba merayu membakar segala urat sarap kejantanan dan kewanitaan, dimana saja tengok semuanya indah dan memberahikan. Lalu tergoda dan tertewas sang manusia yang sudah
    berdarah muda ini. Awas jangan duduk berduaan diantara adam dan hawa kerana ada orang ketiga yang akan mengoda. Cuma peringatan dari Raksasa Hijau. terima kasih! Amin

    BalasPadam
  4. wah! pokok pun boleh derma ke??

    BalasPadam
  5. eh! bukan ke poko tu milik umum???? kenapa ade org pnya plak?

    BalasPadam
  6. ingatkan derma duit dgn pakaian je? pokok pun boleh?

    BalasPadam
  7. derma rm1 dpt seketul bata???? xphm la kat situ....

    BalasPadam
  8. ape2pun derma kena ikhlas nnt xdpat apa2...

    BalasPadam
  9. en nuri diseksa oleh pak haji haron ke??? hehehe

    BalasPadam
  10. eh! sian plak baca cerita en nuri masa skola pondok....

    BalasPadam
  11. eh! derma khairat??? pertama kali sy dgr....

    BalasPadam
  12. derma dgn zakat sama ke en nuri????

    BalasPadam
  13. derma wajib bayar x? klu zakat sy thu wajib......

    BalasPadam
  14. sy msih pening jgk dgn derma khairat ni.....

    BalasPadam
  15. eh! derma kena bayar waktu bile en nuri????

    BalasPadam
  16. eh! klu nk derma duit kt masjid? mcm mne nk thu dorg buat duit utk masjid bkn utk kempen

    BalasPadam
  17. derma pokok??? pelik jgk.. selalu derma duit jer...

    BalasPadam
  18. derma pokok? mngkin pokok tu di kawasan tanah dia agaknya....

    BalasPadam
  19. eh! mcm2 info ade dlm blog ni ingatkan sajak je rupanya ada jgk pasal derma...

    BalasPadam
  20. tahniah en nuri kerana sudi berkongsi info tentang derma ni...

    BalasPadam
  21. ade info pasal derma plak ke? terima kasih...

    BalasPadam
  22. bicara singkat ni seram plak baca sajak ni...

    BalasPadam
  23. semoga kita dpt iktibar dalam sajak bicara singkat ni...

    BalasPadam
  24. bicara singat? ape2pun sajak ni agak menyeramkan....

    BalasPadam
  25. eh! sajak lama plak ke hari ni ne nuri?

    BalasPadam