Rabu, 28 Julai 2010

SERONOK JUGA JADI AYAH IBU



Kalau ada ayah tentu seronok
kerana aku pun jadi ayah
dan isteriku jadi ibu,
kami dipanggil ayah ibu.

Patut ayah seronok bila dipanggil ayah!
kerana aku pun seronok juga.
isteriku lagi bertambah seronok
bila anak anakku memanggil kami
dengan oh ayah, oh ibu.

Siapa yang belum jadi ayah
atau pun belum jadi ibu,
cepat-cepatlah cari jodoh
kalau sudah bertunang
dekat pula hari perkhawinan
seronok juga jadi pengantin.

Khawin sajalah jangan tunggu lagi
cari saja siapa yang berkenan
jangan tunggu lama lama
takut nanti diambil orang
untuk menjadi ayah dan ibu
pastinya kena khawin dahulu.

Oleh: Nurimanja,
waktu dimajlis kenduri,
catat saja apa yang dirasa.
lebuh nipas bayan baharu. 2010.

39 ulasan:

  1. PERHATIAN PENJUAL DAN BEMBELI. ( BULAN PUASA KEDAI KOPI TUTUP )

    MADU YANG EN NURI JUAL MENGANCAM JUGA, KEDAI BUTIK DEPAN MASJID MELAYU ACHEET STREET'
    KEDAI KOPI MASLID SEBERANG JAYA
    .
    KEDAI OLEY BATU LIMA PERAK, ORANG JINGKING PERAK BANYAK MEMBELI MEREKA TAHU ORE. DI KEDAI
    KOPI KARIA SLOW SIKIT DULU BAGUS. ADA YANG TAK SENANG HATI , WAKTU PEMBANTU EN NURI LETAK DULU,
    SEORANG HAMBA ALLAH KATA MADU AIR TEBU (SEBENARNYA MADU INI DARI VETNAM ) ADA JUGA ORANG JUAL
    SAYA LIHAT DEKAT FARMASI AMBAR SEGAR RM 24.90. LAGI CHAIR DARIPADA EN NURI PUNYA, DIA KATA MADU
    TUALANG, SETAHU SAYA MADU TUALANG WARNANYA KEHITAMAN SADIKIT. DI AMBA SEGAR EN NURI SUDAH
    LETAK SUDAH LAMA TAHUN 2002 LAGI. KINI ALHAMDULILLAH MASIH KEKAL HARGA RM8.00 NIAT NAK TOLONG.
    BUKAN NAK JADI ALONG. BOTOL SAMA BENTUK SAMA DENGAN KAWAN YANG JUALA RM24.90 SEN. AMARAN
    JIKA DIDAPATI JUAL LEBIH < EN NURI AMBIL BALIK. SEBAB SEMUA MODAL ATAS EN NURI, PENJUAL DAPAT
    20% TOLONG JUAL. EN NURI 20% SAMA BERPAYUNG SAMA BERUNTUNG. SETELAH DITOLAH MUDAL DLLN KOS.

    BalasPadam
  2. CERPEN SIRI KE 2 : AKU MEMANG TAK TAHU OLEH NURIMANJA PERAK.
    ______________________________________________________________________



    MEREKA ingat senang hendak pikul tugas? Sesenang mengempal pulut untuk disuap ke mulut. Mereka belum kena lagi, mereka belum tahu. Aku rasa lebih senang lagi mengupak sebiji durian tembaga, kalau tersilap kopak, tangan kita yang terluka atau dagu kita yang berdarah. Orang lain cuma dapat merasai kenekmata bau dan isinya saja.

    Itulah sebabnya lebih senang aku kata tak tahu. Aku memang pun tak tahu segala-galanya. Dan tidak sanggup sebenarnya menerima tugas berat ini. Tugas ini memang berat.
    Malah lebih berat lagi dari sebuah stemroller

    Sememangnya dari dulu lagi aku tidak mahu masuk persatuan, aku senang dan bebas bergerak sendiri. Lagi pun aku menulis senyap-senyap sahaja. Tak mahu bagi siapa tahu.
    Lebih-lebih kawan-kawan yang berpelajaran tinggi dari aku.

    Sebab aku memang tak tahu, kata orang buat malu saja. Manalah tahu kalau kawan-kawan datang, masuk ke rumah masuk bilik aku, mereka terjumpa atau membaca karya aku “ Alamak! Malunya aku,” sebab memang aku tak tahu.


    Sebab itu, kalau ada kawan-kawan nak datang ke rumahku bagi tahu dulu, jangan datang mengejut. Aku pun jarang jemput kawan-kawan datang ke rumah. Apatah lagi masuk ke biliku. Kalau mereka hendak masuk juga, awal-awal lagi aku simpan semua karya aku ke dalam almari dan aku kunci.

    Dan senyap-senyap karya tulisan aku menyembunyikan diri di dalam laci meja tulisku. Aku cuma senyum-senyum saja, kalau mereka bertanya “Kenapa kau senyum” aku akan berkata tak ada apa, aku cuma senanghati tengok kawan-kawan datang.

    Macam itulah selalu temberang aku dengan kawan-kawan. Maklumlah aku juga hendak jaga diri, kawan-kawan perli aku “Ada hati nak jadi penulis angkatan baru konon, tulis surat pun, bahasa tongang langang, ejaan, nahu entah kemana, nak jadi penyair agung!”

    Itulah yang aku malu, dari dulu sampai sekarang ejaan akumemanbng banyak salah, malah tak pernah dapat seratus peratus waktu belajar di sekolah, itulah lebih senang aku kata tak tahu, siapa pun tak marah.

    Tetapi ada juga setengah daripada ahli-ahli persatuan penulis di daerah aku ini, satu apa pun haram, tak pernah menulis, masuk juga nak jadi ahli persatuan penulis SEDENYUT NADI ataupun SEDENYUTRASA. Jangan-jangan ada muslihat lain agaknya. Entahlah.
    kebanyakkan persatuan macam itulah.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. AKU SEMAKIN BERCELARU

    kesesakan lalu lintas
    nafasku menjadi pantas
    bertambah laju masa dan waktu
    hingga aku menjadi keliru
    aku perlu mencuri masa
    untuk melihat di luar sana
    bimbang otakku menjadi tepu
    fikiran buntu jadi celaru
    yang mana satu betul
    yang mana satu tipu
    atau semuanya dusta sahaja


    Penyajak Istana
    Kuala Lumpur
    1.7.2010

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sebaik penilaian perlu pemikiran yang matang dan perlu duduk diluar lengkungan. Begitulah sesikit sinopsis sajak Penyajak Istana kawan Penyair Agung kalau tak silap.Sajak kali ini menceritakan tentang kecelaruan yang semankin tenat buat si penulis, seumpama menilai kesesakan lalu lentas yang datang dan pergi, kian bertambah cepat dan laju. Untuk otak tidak menjadi tepu dan celaru. Nilai saja hal anak dan babak pun irama tidak sama.Betapa hancurnya hati si bapak tidak seperti penyokong atau pengikutnnya. Seperti orang tua bagaimana gedang begitulah tarinya,tetapi bertentangan dengan
    kata pepatah bagaimana kepala patuk begitulah ekor memukulnya.

    Tetapi hari ini tidak ada siapa pun
    menyanggah dan tidak ada siapa pun menyangka kewibawaannya tercabar oleh ekornya sendiri.sebab engan memukul.apa yang telah dipatuk oleh kepala. Malah menyalah pula kepada orang yang ingin membawa kebaikan yang diajar oleh agama. Nilaikanlah.

    BalasPadam
  5. btol tu en nuri sronok jd ayah!!! hahaha

    BalasPadam
  6. btol mmg seronok jd ayah tp tanggungjawab besar jgk tu...

    BalasPadam
  7. aku bru je berasa buat pertama kali dalam hidup jd ayah masa thn lps.. hmm.. mmg seronok bkn smua org dpt merasa ni.. hehe

    BalasPadam
  8. best sgt ke jadi ayah?? aku teringin nk jd ayah tp nk buat macam mana umur dh msuk 30 masih xde jodoh lagi...

    BalasPadam
  9. mmg jd ayah adalah pengalaman yg paling indah dlm hidup... syukur...

    BalasPadam
  10. jd ayah saja ke en nuri? jd datuk xde ker? hehehe

    BalasPadam
  11. jd ayah best ker? entahlah aku xthu plak? hehe nnt nk tnye ayah aku...

    BalasPadam
  12. eh! jadi ayah saja ke en nuri?? jd ibu xde?? sy dh jd ibu ni... hehe

    BalasPadam
  13. JD AYAH MEMANG SERONOK TAPI YANG TAK SERONOKNYA BILA ANAK DAH BESAR SEMUA IKUT HALUAN MASING-MASING SEBAB ANAK SAYA 3ORANG SEMUA DAH BERKELUARGA SEMUA KAWIN MUDA... YANG TU YANG AGAK MENYEDIHKAN TU...

    BalasPadam
  14. btol tu en nuri harap2 smoga anak yg kita didik thu mengenang budi..

    BalasPadam
  15. memang seronok perngalaman jd ayah buat pertama kalinya? rindu btol kenangan masa tu... tp skrg sy jd ayah mertua plak? hehe

    BalasPadam
  16. aku xthu plak mcm mne la pengalaman jd ayah? sbb semua adik bradik aku x kwin lagi.. hehe

    BalasPadam
  17. baik jd ayah? jadi bapa mertua? atau datuk semua pengalaman yg indah itulah namanya kehidupan....

    BalasPadam
  18. eh! geletek pagi en nuri x letak madu ke masa bln puasa??

    BalasPadam
  19. eh! madu en nuri dari vietnam?? mcm mne boleh dapat tu??? anak en nuri keje sana ker?

    BalasPadam
  20. sampai vietnam en nuri ambik madu!!! jauh merantau.... hehe

    BalasPadam
  21. kenapa sampai vietnam plak?? kat pahang ade jgk pembekal madu ni...

    BalasPadam
  22. vietnam??? bini en nuri org sana ke?

    BalasPadam
  23. en nuri ambik dari vietnam???? mcm mne dapat??? ade kaki agaknyer...

    BalasPadam
  24. harap2 en nuri ambik madu dari vietnam dgn pembekal yg betol jgn plak pembekal tu smuggle dari vietnam jual kt en nuri? hehe

    BalasPadam
  25. ambar segar ade jual madu en nuri ker??? x perasan plak yg aku thu kat kedai sina kuey toew jer...

    BalasPadam
  26. dari 2002 en nuri niaga madu!!!!! lama btol sampai skrg masih bertahan... wah!!!

    BalasPadam
  27. rm8 je en nuri jual?? mmg x msuk akal! murah sgt tu!!! seumur hidup saya xpnh sy beli madu bawah dari rm20....

    BalasPadam
  28. merata jgk en nuri letak madu ni?? lps tu dari 2002 plak!! wah! mmg respeklah en nuri...

    BalasPadam
  29. NAK JADI SEPERTI PENYAIR AGUNG??? EH! NAMA SAYA ADA JUGA DALAM CERPEN EN NURI NI... WAH! KALI NI SETIAP CERPEN EN NURI MESTI SELITKAN NAMA CITRA RASA YE? SYABAS! EN NURI MMG PANDAI MENGAMBIL HATI PEMBACA...

    BalasPadam
  30. kenapa en nuri nk malu plak? klu sy la mmg bangga sbb org sanjung saya mcm tu...

    BalasPadam
  31. sampai sorok hasil karya en nuri plak? hehehhe ape salahnya tunjukkan kwan2....

    BalasPadam
  32. setakat ni semua sajak2 dan cerpen en nuri ok je saya baca? kenapa nak malu plak?

    BalasPadam
  33. wah! en nuri mmg humble la klu sy mmg riak hbis! hahaha

    BalasPadam
  34. eh! dorg lantik en nuri jd ketua pengarang di persatuan ke????

    BalasPadam
  35. kenapa plak en nuri xnk ambik jd ketua???? sbb xde gaji agaknyer??? hehe gurau saja...

    BalasPadam
  36. ok la tu bkn snang nk org pecayakan kita jd ketua ni...

    BalasPadam
  37. bestnya en nuri wlpn bru lagi trus org angkat jd ketua!!! tabik en nuri....

    BalasPadam
  38. en nuri jd ketua? menang tanpa bertanding ker?

    BalasPadam
  39. Ralat: Perniagaan kecilan madu mulai
    tahun 2005 bukan 2002 silap. kerana
    selalu mimpi anak kecil baby datang
    ke rumah.Rupanya hendak tukar gaya profession kita.

    Berarti anda akan buat kerja lain
    luar bidang kemahiran anda. daripada
    seorang pendidik jadi perniaga pula.

    BalasPadam