Ahad, 11 Julai 2010

PENANTIAN TIADA PENHUJUNGNYA


-buat sahabat kawasan sibu serawak-

B E T A P A P U N  !
kalau kalian telah membicarakan
sesiapa pun tidak akan mengerti
tentang perjuagan yang belum pasti, 
kerana tiap janji tidak pun ditepati
terasa bagai dibuai mimpi-mimpi ngeri,

G E M P U R N Y A !
cuma canang sahaja seluruh rantau
tetapi hasil perjuangnya bagai tiada
selogan penuh serangan tampa sempadan
hala perjuangannya pula entah dimana,
langkah perjalanan juga tidak terarah,

G E R T A K N Y A !
Jika didengar memang cukup terpesona
angin perubahan tegakan kesaksamaan
janganlah kalian harap boleh membela
kerana haluan kalian berbeza agenda
ingat demi bangsa agama dan  negara

A K H I R  N Y A !
hentikan kekalutan yang merosak minda
jangan biarkan petualang mengapai cita.
jika dibiarkan negara jadi purak peranda
kalian telah menekmati rasa kemerdekaan
berjuang demi bangsa, agama dan negara
usahlah kalian tertipu dan teperangkap
dengan penantian yang tiada penghujungnya...

OLeh; Nurimanja,
Kedai Mara, Bagan Serai,
jam 12.00 tngahari. 2010.
.

32 ulasan:

  1. BERMAIN PEMAINAN

    Hidup kita manusia ini
    memang mesti jadi pemain
    atas panggung alam
    dunia mempermainkan kita
    kitapun bermain.
    kerna hidup satu permainan
    maka bumipun adalah sebiji bola
    kitapun hidup dalam sebiji bola
    yang ditendang, ditimang, ditanduk
    dan disepak sesuka hati
    kitapun bergolek dan berputar
    pada orbit yang menerbit
    pastinya rasa kemanusiaan itu
    jadi bola yang dipermainkan.
    lalu muncul Sang Juara dan Tertewas
    Sang Juara itu
    terus hidup dalam permainan
    dan yang tertewas itu
    akan terkeluar dari permainan
    untuk hidup dalam kehidupan
    bukan dalam permainan.


    PENYAIR AGUNG
    Pahang
    5pagi

    BalasPadam
  2. ULASAN:

    Penyair Agung dengan sajaknya yang bertajuk: Bermain Permainan, dalam al Quran pun ada juga menyatakan ; "Dunia ini tempat bermain dan suka-suka," pentasnya alam ini , manusia pelakunnya, penuntun pula mungkin para malaikat yang akan cuba mencatat segala lakunan dan permainan kita selama ini.

    Sajak perbandingan yang mempunyai sinis yang tajam buat renungan mereka yang masih belum megerti. Daripada Penyair Agong . Syabas!

    BalasPadam
  3. CERPENSIRI6 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
    ____________________________________________________________________


    Selepas solat issyak, kelihatan di rumah Tuk ketua kampong Nibung Hangus lampu gaslen dipasang terang berderang. Ada dua tiga orang sudah pun hadir, ada juga yang balik dahulu ke rumah. Kemuian datang semula mesyuarat akan di adakan jam 9.30 malam ini. Semua ahli dan AJKK di jemput hadir.

    Semalam mesyurat AJKK sahaja, mala mini diminta sokongan ahli qariah pula masalah kampong kita yang dicemar kemaksiatan. Keputusan malam ini mutamat, kita akan tangkap saja Mail gila malam ini. Begitu bunyi cadangan Tuk ketua kampong.

    “Kalau boleh saya tak mahu melihat anak buah kampong ini membuat cemar. Kalau nak merantau merantau saja, jangan pula nak tunjuk jantan , bawa balik anak gadis orang di kampong ini, saya banyak kerja lain lagi yang belum selesai.” Runggut Tuk Ketua kampong Nibung Hangus.

    Orang-orang kampong yang hadir berpandangan sama sendiri, salah seorang daripadanya pun bertanya; “Apa tujuan Tuk ketua panggil kami mala mini? Ada mesyuarat tergempar ke?” Sampok Mat Isa tok mek.

    “Engkau tak tahu, Mail gila dah buat hal lagi, dah dua malam dia bawa balik betina, malam tadi kami tengok dia tambah seorang lagi, Nampak macam berumur tetapi seksi, teruk Mail ini, habis anak bini orang dia angkut,” tampah usof prek pula.

    “Apa Mail gila buat hal lagi? Bawa balik dua orang betina di kampong ini? Ahh! Ini tak boleh jadi. Kita mesti bertindak. Nanti Nampak sangat orang di kampong kita ini dayus sangat ! “ sinis geram nampaknya Sani mat yunus.

    “Itulah tujuan aku panggil kamu semua berkumpul mala mini, kita bincang bersama, apa yang patut kita buat. Nak bagi tahu pejabat agama kea tau kita saja bertindak, nak tangkap bagi kawin , tangkap basah. Ha ha “ kata Tuk ketua sambil ketawa dan dikuti pula oleh orang ramai.

    “Bila lagi nak mulakan mesyuarat dah pukul 9.30 malam ini, orang pun dah ramai ini,?” kata Hasim Aak.

    “Semuanya dah datang, tetapi mana pula pergi Tuk Iman Pak Ngah Halim ini? Dia kata tadi nak balk sekejap. Tak Nampak batang hidung pun.Tak mengapa , kita tunggu sekejap, nanti dia datanglah tuu,” Tuk ketua kampong Nibung Hangus minta anak-anak buahnya bertenang.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  4. INFOSEMASA KEKALAHAN YANG SEMACAM DISENGAJA .


    jerman sebenarnya boleh sahaja membelasahkan Spain dalam pelawan separuh akhir tetapi nyata mereka sengaja untuk memberi kebenaran agar ramalan sotong korita digelar Paul itu jadi kenyataan, seolah telah dirancangan bagai satiu perjanjian.

    Jerman langsung tidak mengunakan tiga sentaja pemusnah mereka sewaktu bermain; 1 rembuk jauh 2. bola caver 3. counter atteck :
    sama ada dengan kaki atau kepala.
    lari serentak beriringan.TIDAK ADA
    mungkin ada orang yang menangis sebab tidak tahu ada agenda sotong korita.

    Bermain hantar kebelakang, banyak berjalan dari belari, seperti sengaja untuk cuba menghabiskan masa. Semangat sebenar sengaja tidak dijelmakan,membuat penyokong marah dan amat menjijikan. (cuma satu andaian saja)

    Jika benarlah sotong pandai buat andaian mengapa pada ramalan bola sahaja? kita pun boleh buat.

    Ajarkan sotong korita itu dengan bekas yang mungkin diletakan bau pewangi pada bekas kekotak makannya. kemudian kita masuk bendera negeri yang akan kita tentukan kalah atau menangnya.

    Bila sotong itu diminta menyelam dia akan mencari kotak yang berbau wangi itu. (cuma satu andaian saja)

    Dan bookei-bookei ini akan cuba mengatur semua strategi dan mungkin ada sadikit habuan untuk kuncu-kuncu ini. Dan yang telah diperbodohkan adalah kaki judi
    yang menyokong kemenangan yang sengaja diberi kalah. (cuma satu andaian saja)

    BalasPadam
  5. wah! x hbis lagi ke cte mail ni? panjangnyer...

    BalasPadam
  6. eh! dorg buat mesyuarat nk cekup mail ker??? wah! semakin dramatik cerpan ni...

    BalasPadam
  7. eh dorng nk serbu mail ke? kantoilah mail nnt...

    BalasPadam
  8. pak ngah hali xdtg plak? dia pun berpakat dgn mail ape?

    BalasPadam
  9. mampus mail! kena cekup la nnt...

    BalasPadam
  10. eh! ape jd agak2 mail ni boleh selamatkan diri x nnt?

    BalasPadam
  11. rasanya kena tangkap basah mail ni.... hehehe

    BalasPadam
  12. mcm cerita wak plak? hehe rasanya bila kena tangkap nnt semua org mail bunuh ape????

    BalasPadam
  13. ape la jd kat mail ni? kena pkul dgn org kmpung nnt ni...

    BalasPadam
  14. eh! kurang ajaq jgk mail ni slumer je bawak balik pmpuan...

    BalasPadam
  15. mmg cari penyakit la mail ni.... hahaha

    BalasPadam
  16. cis! semua kena tipu oleh sotong!

    BalasPadam
  17. patutlah pelik kenapa ramalan sotong asyik btol jer...

    BalasPadam
  18. semua kena tipu oleh sotong! pandai org buat akal...

    BalasPadam
  19. nmpknyer sotong ni dh ada agenda dari mula lagi...

    BalasPadam
  20. pendapat en nuri ni kalau bagi kat penyokong pasukan yg kalah sah kena belasah pemilik sotong ni....

    BalasPadam
  21. wah! logik jgk pendapat en nuri ni... hebat!

    BalasPadam
  22. nmpknye 1 dunia ditipu oleh sotong!!!

    BalasPadam
  23. patut tgk ari tu perlawanan serperti di rancang jer...

    BalasPadam
  24. rupanya dari mula sudah dirancang! untung bookie2...

    BalasPadam
  25. en nuri dapat mne psl info sotong ni? dlm paper xde pun?

    BalasPadam
  26. pelik jgk kenapa germany yg kuat boleh kalah??? rupanya dsorg dh pakat...

    BalasPadam
  27. ape2pun mmg perlawanan mcm diibeli jer....

    BalasPadam
  28. en nuri kaji semua rupanya x terpikir plak sy sebelum ni....

    BalasPadam
  29. 1 dunia kena tipu helah oleh sotong!

    BalasPadam
  30. pelik jgk di mana pak ngah halim?? mail bunuh ker?

    BalasPadam
  31. mail bwk sekali 2 pmpuan! giler gatal mail ni...

    BalasPadam
  32. PATUNYA ORG KMPUNG TAK BOLEH TERBURU2 SEPATUTNYA TANYA DULU SAPA PMPUAN TU???? MANA TAHU TU BINI DAN ANAK TIRI DIA????

    BalasPadam