Selasa, 20 Julai 2010

KECUNDANGNYA SEORANG PENDEKAR TUA




Silat cekak yang aku belajar dahulu kecewa,
letih aku mennyakal dari sasaran keberibadian
semua bunga silat yang diajar gagal dan sia-sia
menumbuk, menendang, megelak dan menipis
namun sasaran masih juga datang menyerang
melenyapkan segala ketangkasan silat sebenar
setelah hilang bengkak, kini benjul tumbuh pula
inilah cerita kecundang seorang pendekar tua.

Begitulah satu gambaran kehidupan dini hari
tiap bulan aku diburu dengan bil-bil pembayaran
sedangkan punca pendapatan masih juga setatik
semuanya memerlukan wang untuk melunaskan
warga emas yang tua pasti cemas dan terseksa
buat menyambung kehidupan esok atau pun lusa
masa depan pun kabur bila merenung kehadapan
hari pun bagai menanti buat penyudah kehidupan.

Oleh' Nurimanja,
waktu melunaskan bil-bil kegunaan
dikantor pembayaran yang x pernah kasihan.
setelah anda sedar kini 2010 anda miskin tegar . 


25 ulasan:

  1. CERPEN RUMAJA SIRI KE 2 : MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORANG.
    ___________________________________


    MAISARAH masih ingat lagi semasa dia bekerja di salah sebuah kedai puku Pustaka Abadi ) di pekan kecil Bagan Serai dahulu. Di situlah titik permulaan Maisarah dapat berkenalan dengan seorang guru muda yang kacak dan tampan itu.


    Pada mulanya maisarah berasa semacam ada suatu kuasa keanihan yang berlaku pada dirinya, setiap kali dia bertentangan mata dengan guru muda itu. Terlalu sukar untuk dia mentafsirkannya, tetapi dia Cuma simpan dalam hati.


    Lebih-lebih lagi melihat cahaya mata guru muda itu, warna hitam dan jernih itu cukup menikam ke jantung hatinya. Kemudian tubuhnya menjadi gementar dan gugup. Bagai ada sesuatu kuasa yang sukar hendak digambarkannya.


    “Kenapa aku jadi begini?” Bisik hati kecil Maisarah.Diabenar-benar berasa hairan. Dan sering kali bertanya pada dirinya kenapa dia tidak dapat melayani guru muda itu seperti dia melayani pelangan-pelangan yang lain.


    Guru muda itu seorang pelaangan tetap di kedai buku (Pustaka Abadi Abu Hassan) saban hari dia akan memberhentikan vispanyabetul-betul dihadapan kedai itu, kemudian dia akan berkata dan memberi senyum.

    “Hello saudari! Apa khabar?”
    Maisarah benar-benar sudah faham dengan keadaan itu. Tetapi satu yang paling mengelisahkan hatinya. Sikap guru muda itu yang sengaja tidak mahu turun dari vispanya.


    Malah guru muda itu sengaja meminta Maisarah supaya datang menghulurkan surat khabar itu kepanya. Dialah seorang pelangan yang agak anih dan melucukan. Malah disinilah satu kesempatan yang Maisarah tidak dapat mengelak atau melarikan diri daripadanya.


    Kadang-kadang ada juga rasa geram dan hendak marah kepada guru muda itu, tetapi bila melihat saja mukanya dengan vispa kelabunya , hati Maisarah menjadi cair, rasa marah hilang, malah jantung pula yang berdegak degut jadinya.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SETAN

    persetankan setan itu
    mengapa perlu kau menyetan
    mengapa perlu puja setan itu
    mengapa perlu kau dipersetankan
    mengapa menyetan di situ
    itu tempat setan berumah
    itu air setan kau hirup
    itu makanan setan kau lahap
    buangkan segera!
    buangkan topeng setan itu
    tanggalkan tanduk setan itu
    aku silap rupanya
    kau bukan bertopeng setan
    kau bukan bertanduk setan
    kau lebih setan daripada setan
    kau bapak segala setan
    kau iblis rupanya!...

    Ezad Emir
    Pahang
    18.7.2010

    BalasPadam
  3. ULASAN:

    SETAN , tajuk menarik untuk renungan sahabat oleh Ezad Emir. Mengambarkan rasa kurang enang hati penulis tentang mungkin dulu orang yang menjadi idolanya,
    kini banyak yang diharap (dengar boleh percaya jangan)sepatutnyalah layak di gelar SETAN atau Syaitan bila tembelang banyak yang pecah. Dulupun dia pernah gelar Tuk guru : Ulama trompah (kasut kayu) hari ini dia pula jadi SESUMPAH. Suara Pulau Ada hantar sajak sesumpah .en nuri x benar siar. Klau ada pemintaan ramai. mungkin anak nuri akan siar. Syabas! Bapak segala setan , atuk, nenek punya setan!!

    BalasPadam
  4. sama la kita en nuri sy pun katogori miskin tegar jgk skrg...

    BalasPadam
  5. eh! en nuri warga emas ker???? ingatkan en nuri 40an...

    BalasPadam
  6. wa! sajak perbandingan plak? hahaha lawak la...

    BalasPadam
  7. eh! sdih plak baca sajak en nuri ni...

    BalasPadam
  8. sy nnt x lama jd mcm en nuri jgk la agaknya? hehe

    BalasPadam
  9. sama la kita en nuri tp selamat sy ada cucu2 boleh jgk teman nk harapkan anak2? smua sibuk saja memanjang...

    BalasPadam
  10. wah! mcm belajar silat plak kehidupan en nuri skrg??/

    BalasPadam
  11. hahaha adoi... ade silat mula2 ingatkan sajak pasal silat rupanya pasal lain..

    BalasPadam
  12. masa nk tunggu bayar bil pun en nuri boleh ade ilham buat sajak! hebat!

    BalasPadam
  13. harap2 thn ni ada bonus klu xde? mngkin dorg lompat masuk pmbangkang balik...

    BalasPadam
  14. harap2 najib prihatin kepada warga emas jgn dok naikan gaji polis saja....

    BalasPadam
  15. tu la bil skrg byk plak? tp pencen/gaji tetap sama?? apa kes?

    BalasPadam
  16. smoga kerajaan beri perhatian kpd warga emas di malasyia....

    BalasPadam
  17. cerpen ni mcm cerita di matanya ada sinar keimanan jer???

    BalasPadam
  18. eh! ni bkn ke cerita yg cikgu muda hntr surat kat mak dia psl dia jatuh hati kat cikgu laki skola dia ker?? atau ni sambungan????

    BalasPadam
  19. maisarah ni dok jiwa2 jer... hehehhee

    BalasPadam
  20. maisarah ni berangan kuat la... hahaha

    BalasPadam
  21. mcm cerita tukang sapu jer??? dok berangan nak kwin dgn janda sebelah last2 x jd plak? hehe

    BalasPadam
  22. cerita ni pasal apa?? msti pasal maisarah yg kuat berangan ni...

    BalasPadam
  23. rasanya akhir sekali msti cikgu muda tu kawin dgn org lain... hehhee

    BalasPadam
  24. maisarah ni perasan lebih la... entah2 cikgu muda tu x syok pun kt dia? hahhaha

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama Qalam Mutiara berkata...

    ULASAN:

    sajak en nuri kali terlalu biasa saja. kisah kehidupan dua makhluk,
    ciptaan Allah swt.tetapi cuma pada perbandingannya sahaja berbeza;

    Rerama lemah kejadiannya, tetapi mamputerbang beratus batu jauhnya demi menyambung zuriatnya dan mencatikkan alam maya ini di kebun-kebun bunga.

    Manusia lebih kuat, tetapi sering merosakan alam ini dengan tangan rangkusnya, korek pasir, tebang hutan, sesuka hati mereka, ini menumbulkan bincana alam. SEKIAN

    2010 Julai 20 10:30

    BalasPadam