Khamis, 15 Julai 2010

IKAN-IKAN DI KACA TERKURUNG DAN TERSEKSA



Ikan-ikan di aquarium kaca!
kelihatan terkurung dan murung
betapa pun makan minum diberi percuma
tetapi di dalam hati amat terseksa dan menderita

Ikan-ikan di aquarium kaca!
kalian terpisah dengan anak bini
hukuman kejam apakah dikurung tiap hari
pastinyalah dirimu  cukup gelisah diruang kaca ini.

Ikan-ikan di aquarium kaca!
menerima kekejaman dari manusia
tidak rasa berdosakah kegemaran begini
bagaimana pula kalau kita yang dipaksa tinggal
dalam  ruang aquarium  kaca yang  kecil sesempit ini?

Oleh: Nurimanja,
Di rumah anak saudara,
jam 8 pagi 12hb, Julai, 2010.


27 ulasan:

  1. CERPEN KANAK-KANAK: SIRI 3 . BERTAJUK: KERANA KAMPUNGKU
    ___________________________________


    MALAM itu aku telah membuat keputusan nekad , dan tidak siapa yang ketahui,Termasuk bapa yang sedang sakit terbaring di bilik tidur. Pelahan-lahan aku turun ke tanah menuju ke tebing sungai. Aku melihat kiri dan kanan, kemudian aku berenang ke tengah sungai di tengah malam buta itu.

    Dengan mengunakan sebatang pokok pisang besar yang aku tebang petang tadi, Aku memeluk batang pisang itu,kemudian mengikut arus sungai menuju ke kuala Sungai semak itu.

    Aku tidak lagi merasa takut kepada buaya atau ular sawa yang mungkin sedang menyeberangi sungai di tengah malam buta yang hitam gelap itu. Apa yang aku Ingat untuk segera sampai ke kuala sungai dan memberi tahu pihak yang berkuasa
    bagi membantu kempungku.

    Selepas beberapa lama aku berenang bersama batang pisang itu, sampai di satu selekoh kelihatan se buah botperonda pihak pengganas komunis menyuluh apinya Kepermukaan air sungai itu, aku segera menyelam ke dalam air, nasib aku agak baik, jika tidak habislah riwayat hidupku.

    Akhirnya aku kembali terkapuk di atas sebatang pokok pisang itu, terkapai-kapai aku menguak air dalam gelap malam bersama sampah sarap yang hanyut dibawa arus menuju ke kuala sungai.

    Hampir waktu subuh air yang suruh mulai berhenti, sebak dan lemah tidak bergerak lagi, aku segera berenang ke tebing , kemudian memanjat naik keatas darat, aku berlari menuju ke pekan kecil yang berada di kuala sungai semak itu.

    Sesampainya aku di hadapan balai polis , napas aku semacam tidak mahu berhenti dari turun naik rasa kepenatan, bagai hendak pengsan mahu rasanya aku rebah di hadap pintu masuk balai polis itu.

    “Hai! Ada apa ini penat tercungap-cungap? Duduk dulu, bertenang, nampak cemas ini?” kata salah seorang pengawal polis yang ada berdiri di depan pintu masuk itu.
    Belum pun sempat aku bersuara, aku dengar dia memekek dengan kuatnya.

    “Tuan ! Ada seorang budak nampak cemas datang ke balai kita.” Kata pula seorang lagi yang berpakain lebih kemas sadikit, mungkin dia seorang sarjan agaknya. Dia memberi tahu seorang lagi yang ada di dalam kamar kecil, mungkin itu seorang Inspektor agaknya.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. MALASNYA

    Berbaring lunjur di beranda
    kala langit kian pudar benderang
    pulut durian santapan
    manis tersapu angin tenggara
    kusut sebentar rambut
    namun nyaman jiwa

    Berbaring lunjur di beranda
    kadang rimas tetangga mundar mandir
    tadi pergi sekarang mari
    tangan lipat baju
    tak lama lagi raya
    anak Ramadhan tak nampak bayang

    Berbaring lunjur di beranda
    bermacam cerita hari-hari
    lalu lalang entah ke mana pergi
    pedulikan aku kerana enaknya terulit bermalasan


    Penyajak Istana
    14.7.2010
    10malam

    BalasPadam
  3. sajak dan cerpen dua sedih plak? sama mcm semalam jgk....

    BalasPadam
  4. alamak! berdosa ke simpan ikan dalam aquarium??? erkk... sy ada simpan ni... ayah pnye xkn nk buang plak?

    BalasPadam
  5. sian ikan2 ni apa la nk jd dgn manusia skrg ni...

    BalasPadam
  6. eh! kan diberi makan percuma? xkn salah jgk en nuri??? syg plak nk buang ikan kt umah sy ni...

    BalasPadam
  7. sian ikan ni... apa2pun x baik simpan binatang dlm rumah sbb kita umpama kurung dia.,,

    BalasPadam
  8. menarik sajak en nuri.... ape2pun sayangilah haiwan...

    BalasPadam
  9. SAJAK EN NURI BERKENAAN IKAN NI ADAKAH IA MEMANG SAJAK TENTANG KEHIDUPAN IKAN? ATAU ADA MAKSUD LAIN DISEBALIK SAJAK NI??????

    BalasPadam
  10. ape la kejam sgt manusia ni xleh pikir ke? ape2pun sian ikan....

    BalasPadam
  11. ikan pun makhluk Allah biarlah dia nk hidup bebas jgk....

    BalasPadam
  12. hmm...sian ikan x dpt bebas berenang...

    BalasPadam
  13. sdih2 plak sajak en nuri kali ni....

    BalasPadam
  14. wah! en nuri yg jd hero dlm cerita ni? hehe

    BalasPadam
  15. agak2 boleh ke polis selesaikan masalah di kmpung tu...

    BalasPadam
  16. wah! mmg berani semua en nuri redah klu sy malam2 tkut jgk ade ular ke buaya?

    BalasPadam
  17. smoga usaha en nuri berhasil semoga budak penyu tu ditangkap polis...

    BalasPadam
  18. suspen plak? ape jd agaknyer.... cepat sambung en nuri...

    BalasPadam
  19. wah! mmg hero btol en nuri walaupun masih kecik tp berani...

    BalasPadam
  20. harap2 polis dapat ambil tindakan segera....

    BalasPadam
  21. eh! rasanya polis pun bersubahat sama ape????

    BalasPadam
  22. wah! makin lama makin dramatik cerpen en nuri ni....

    BalasPadam
  23. smoga pihak polis spt meberkas lelaki penyu gemuk tu... dan semoga kampung en nuri aman kembali...

    BalasPadam
  24. eh! xkn salah kot en nuri simpan ikan? lgpn kita beri makan sekali ape?

    BalasPadam
  25. eh! ape jd? agak2 polis percaya x cerita en nuri? tkut nnt polis anggap main2 jer...

    BalasPadam
  26. makin berdebar plak cerite en nuri ni... menarik jgk selepas cerita mail gila...

    BalasPadam
  27. ULASAN;

    Kemalasan dan kejelekan pada berita dan cerita yang tidak sudah dan tidak ada pula penghujungnya ,membuat kita jadi jemu , muak dan malas. Penyajak Istana sahabat
    karib Penyair Agong. Beliau ingin menceritkan tentang rasa tak kuasa lagi untuk turut serta dalam
    cerita tepi kain orang, kutuk mengutuk, fitnah mempitnah, yang mana satu yang betul dan salah,
    belum tahu. Hanya Allah yang tahu.

    Bila hal keadaan begini kita serah sahaja kepada Allah, adalah lebih baik kita nekmati pulut durian, setelah kenyang , hulurkan kaki
    berlunjur dan berbaring kena angin petang tenggara lalu kita pun terus lena, otak pun tidak berat rasanya untuk memekirkan masalah dunia. Begitu pandangan Penyajak Istana.

    Walaubagaimana pun kita kena berfikir juga sebelum Negara jadi fakir, kerana berfikir juga satu ibadah, pada perkara yang baik. Menilai kehidupan kita, kampong kita dan daerah, negeri dan Negara kita. Perlu kita nilai juga apakah pemerentah telah buat, dan apakah pembangkang telah lakukan, yang mana lebih memberi mamfaat kepada rakyat, jangan hentam bercakap satu kerja pun tidak nampak dibuat untuk negara dan rakyat.

    BalasPadam