Rabu, 21 Julai 2010

DIGELAR KETUA KURANG MEJORITI







Dulu mereka bisa diluar kelumpok,
mahu saja berlaku cakar mencakar
kutuk mengutuk, hentam menghentam,
gelar mengegelar dan caci mencaci
malah maki hamun sumpah seranah
putarbelit, merakah, fitnah dan tohmah.

Kini ada kerjasama, tiada lagi istilah;
langkah mayat, ulama trompah, kapir mengapir.
meletak hukum ikut kepentingan sendiri,
orang cina kata; cakap tatak selupa bikin.
India kata; dengar boleh percaya jangan,
Melayu pula; jangan jadi munafik tulen.

Oleh; Nurimanja,
catatan dari blog seteru BN
beberapa bulan yang lalu julai, 2010.
 


20 ulasan:

  1. CERPEN RUMAJA SIRI KE 3 : MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORANG.
    ________________________________________________________________________


    KERAPKALI bila Maisarah cuba menghulurkan akhbar yang dilangan oleh cikgu muda itu, sengaja dia tidak mahu menyambutnya. Malah dia cuba merenung muka Maisarah lama-lama membuat Maisarah jadi resah.

    Dan daripada renungan itulah maisarah rasa tidak tertahan dibuat begitu. Dan dari rasa tidak tertahan itulah Maisarah terpaksa menguntum senyum kepada cikgu muda itu. Inilah yang menjadikan Maisarah geram tetapi suka.

    Bila senyuman itu diterima dari Maisarah, barulah guru muda itu menyambut akhbar harian yang dilanggannya dan mengucapkannya terima kasih, kemudian barulah dia mengerakkan vispanya berlalu pergi.

    “Nakil betul guru muda ini,” bisik hati kecil Maisarah. Sesekali terasa juga hendak marah dan geram tetapi sebagai pekerja tetap juga mesra alam.

    Pernah satu hari Maisarah jadi gelisah setiap pekerjaannya bagai tidak menjadi bila didapati guru muda itu tidak datang mengambil akhbar harian langanannya saban pagi. Malah wajah guru muda itu datang pula terbayang-bayang diruang matanya di kala sunyi.

    Akhirnya di satu hari Maisarah dapat juga mengenali siapa guru muda itu.. melalui seorang pelajar perempuan yang sering datang ke kedai buku Pustaka Abadi Abul Hassan. Kebetulan pula pelajar tu anak murid cingku muda itu.

    “Hari ini aku akan cuba menulis surat kepadanya,” bisik hati Maisarah dalam hatinya.

    JAM besar di tenag kota Mutiara menunjukan tepat pukul sembilan pagi. Sang mentari kian meninggi memanjat di dada langit. Angin sepoi bahasa dari laut sudah lama berhenti Maisarah masih dibuai lamunan yang memanjang , sesekali wajah cikgu muda itu
    bermain di ruang matanya.


    Tuk! Tuk! Tuk! Ada bunyi ketukkan di pintu kamar Maisarah. Lamunan Maisarah terhenti. Pintu kamar Maisarah itu ditolak perlahan-lahan dari luar, tidak berkunci.

    “Hai! Maisarah , belum bangun lagi ke? Boleh masuk?”

    Tegur Salmy , temannya yang telah pun tercegat di muka pintu. Dia berpkaian baju kurung berwarna biru laut pagi itu. Semacam mahu keluar atau temu janji.

    Maisarah pura-pura mengeliat seperti orang baru tersedar dari tidur.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SAEKOR SESUMPAH (B)

    Hidupnya
    saekor sesumpah,
    mempunyai warna berbagai
    mengikut situasi setiap tempat,
    pandai menari dan melompat
    mumutar lidahnya dengan cepat
    sesiapa melihat cara dangayanya
    pasti terpesona dan terpedaya
    itulah taktik saekor sesumpah
    mencari mangsa jadi habuannya.

    Oleh : Suara Pulau,
    Pulau Mutiara.
    2008/2009.

    BalasPadam
  3. AKAL SEMPIT

    akal masih sempit
    jalan masih terjingkit
    masih mahu membelit
    walau diri tersepit
    pantang nampak hidangan
    terus hulur tangan
    tangan penuh kuman
    tanpa kunyah terus telan
    pantang beri muka
    kaki terus di kepala
    kepala siapa pula
    kepala orang kita
    jalan lurus di hadapan
    jalan bengkok jadi pilihan
    semua lupa tuhan
    mata salut intan


    Orang Lama
    diberanda rumah
    9pagi

    BalasPadam
  4. ULASAN:


    Dua sajak hari ini Dari suara pulau
    masuk pintu belangkan. sajak SESUMPAH pernah dibaikod oleh en nuri dulu (B)kini nampak belang sesumpah banyak yang pecah, dibenarnyanya.x perlu ulasan.

    Sajak orang lama bercerita tentang mata kebendaan dan sikap mabuk kuasa sekor dua manusia yang biar berpatah arang kalah, asal jadi abu, biar mati bergalang tanah, tidak ada hati dekeras batu, kata jangan dikota, biar badan rosak binasa, selagi dendam kesumatnya belum tercapai, biar agama, biar bangsa, biar negara rosak binasa. Itulah luahan yang selayak tepat untuk Orang Lama meluah segala kata. Geram ada, marah pun ada. Kita cuma berdoa tunggu masa yang akan menentukannya.tak kan sampai nak baca yasim solat hajat minta tuhan tunjuk?

    ULASAN Oleh Qalam Mutiara

    BalasPadam
  5. aiseyh! siap pandang muka lama2 dulu bru ambik surat khbar tu?? hehe

    BalasPadam
  6. perghh!! romantik jgk cikgu muda tu kat maisarah klu dh ske masuk je la meminang trus...

    BalasPadam
  7. wah! jiwa2 btol cerpen en nuri kali ni? hahaha ni yg aku ske ni...

    BalasPadam
  8. eh! ni mcm perigi cari timba jer??? hehe

    BalasPadam
  9. MUNGKIN SALMY TU TUNANG CIKGU MUDA TU AGAKNYA?? SEBAB DAH TJUK PUN MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORG..

    BalasPadam
  10. eh! nmpknya maisarah dilamun cinta..

    BalasPadam
  11. eh! doktor tu x ngorat maisarah ker?

    BalasPadam
  12. mcm dh thu je kesudahan cerita ni? msti cikgu kacak tu dah kawin agaknya...

    BalasPadam
  13. maisarah dah angau la... hehehhe

    BalasPadam
  14. siap nk tulis surat lagi kat cikgu muda???? hehe

    BalasPadam
  15. cikgu muda xthu la minat ke x kat maisarah tu?

    BalasPadam
  16. sajak politik plak kali ni?? hehehe

    BalasPadam
  17. sajak ni berkenaan pasal apa???

    BalasPadam
  18. eh! sekali 3 bangsa kata dalam sajak ni??? hehe

    BalasPadam
  19. sajak ni en nuri tujukan kepada Menteri mana? sipolan tu ker???

    BalasPadam
  20. salmy ni sapa plak??? mngkin aku rasa nnt msti salmy pun ada hati kat cikgu muda tu...

    BalasPadam