Khamis, 8 Julai 2010

BILA KATA MESTI DIKOTA JANGAN BUAT DIAM SAJA



Pemerentah kini akan dipermainkan
jikalau apa yang dikata tidak dikota
bila ada peraturan tidak ditegaskan
jangan biar musuh banyak dalam selimut
mengapa budaya putarbelit dibiarkan
kelemahan inilah musuh curi kesempatan
sepatutnya perentah cuba untuk menekan
supaya tindakan tegas patut dikenakan.

Bila keadaan tidak mahu diseriuskan
musuh-musuh akan cuba mencari peluang
dengan mudah mempermainkan undang-udang
ada berita sebenar menjadi tidak benar
bila cerita dusta telah pun digemburkan
kita perlu mencari dimana kelemahannya
kerana ketiadaan satu tindakan ketegasan
pendusta fitnah akan hancurkan kerajaan.

Oleh ; Nurimanja
suara rakyat suara kita gen Suara Pulau lama x bersuara. 
Tanggal dua tiga hari Julai lalu 2010.





37 ulasan:

  1. ISRAK DAN MIKRAJ FASA 2.

    2.1. Setelah melalui lapisan langit yang ke tujuh, Nabi Muhamad saw melihat berbagai keajiaban
    sehingga nabi dibawa ke Sidratul muntaha . Disinilah nabi Muhamad saw dapat melihat akan wajah
    malaikan Jibrail yang sebenarnya

    2,2, Nabi juga dibawa melihat syuga yang lapan tingkat dan neraka tujuh tingkat. malah nabi juga diperlihat dengan penghuni masuk syurga dan penghuni masukneraka . Malah kebanyak penghuni orang masuk syurga ini terdiri daripa orang mikin dan penghuni masuk neraka pula kebanyakkannya wanita.

    2.3. Nabi juga dimikrajkan sehingga sampai i satu tempat yang dinamakan "Mustawa" sehinggalah
    telinga nabi terdengar Qalam yang menlis di Luhil Mahfuz. nabi naik lagi sehingga ke Arasy dan
    disinilah nabibermunajat dengan Allah swt.


    2.4. Makan kemuncak dari Israk dan Mikraj ini, adalah keperluan ibadat solat. Pada mulanya ibadat
    solat ini difardhukan seanyak 50 waktu. ttapi di atas nasihat nabi Allah Musa,nabi berulang alik
    meminta Alah mengurangkan sehingga menjadi lima waktu sahaja seperti yang dikerjakan pada hari ini.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. CERPENSIRI3 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
    ____________________________________________________________________


    Beberapa bulan yang lalu begitu juga Mail Gila hampir hendak berparang dengan Harun anak Haji Resad ,orang kaya yang banyak kebun nipah, kelapa dan kelapa sawit di kampong itu. Mungkin tuduhan liar agaknya, Bila Harun dapati pucuk nipahnya banyak yang hilang ditebang orang.

    Sememangnya Mail Gila ada menebang pucuk nipah, tetapi dia mengambil pucuk nipah liar yang tumbuh ditebing sungai, tanah rezab kerajaan bukan ada siapa yang punya, itu pun kalau dia sudah tidak ada wang dan kerja lain seperti upah menebas, kopek kelapa, atau kerja kontrak di estate, tidak ada lagi,

    Kalau musim potong padi dia ambil upah Ada sikit duit, kalau tidak pun dia pergi tikam udang galah di sungai musim air jernih , dapat juga sepuluh dua untuk belanja
    harian. Itulah kehidupan Mail Gila di kampong. Tetapi tidak ada siapa pun yang tahu, dia punya cita-cita untuk menjadi seorang tentera.

    Pagi esoknya beberapa orang pegawai polis telah datang ke rumah Mail Gila, mereka mengejutnya, Beberapa kali namanya dipanggil, tiada jawapan. Suasa juga nampak sunyi dan lengang.
    keputusan diambil, pintu rumah Mail Gila dipecah, tetapi Mail Gila sudah pun menghilangkan diri.

    Sejak peristiwa itu lebih lima tahun Mail Gila menghilangkan diri sehingga waran tangkapnya pun habis. Malah tidak ada seorang pun yang tahu kemana Mail Gila pergi. Ada khabar angin mengatakan dia bekerja sebagai buruk kontrak di bandaraya Singapore, Ada pula yang mengatakan dia diam di rumah kongsi pekerja pendatang haram Indonesia di bandaraya Kuala Lumpur.

    Setelah bertahun tidak pernah dengar khabar berita , tetiba ada orang mengatakan Mail Gila jadi tentera dilatihan tentera kem Kumunting Taiping Perak. Malah ramai daripada orang kampung tidak percaya, tetapi apabila bersua dengan beberapa orang budak kampungnya yang juga sama jadi tentera , barulah semunya percaya.

    Mail Gila pandai ambil hati dia begitu baik dengan pegawai atasan dan rajin membantu bila disuruh, hamper dia hendak dinaikan pangkat setelah beberapa bulan tamat latihan.

    Tetapi nasibnya malang, entah bagaimana setelah terima gaji, membayar duit motosikal dan belanja ibu dan adik-adiknya di kampong, dia naik berang di sebuah restoran, mukanya naik merah macam udang dibakar, dibelasahnya tauke restran dan pekerjanya, malah beberapa orang lagi kawan-kawa sekerja dalam tentera yang hendak mendamaikannya.Habis lebam dan bengkak dilanyaknya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. GEMBALA KERBAU

    gembala kerbau riuh menyanyi
    lagu merdu iringan pagi hari
    gelagat yang riang ceria sekali
    khabar apa ingin dikongsi
    apa agaknya berita dibawa
    mungkinkah khabar ria gembira
    atau khabar duka lara
    atau hanya mainan semata
    hati yang lara menjadi ceria
    melihat kepulangan teman bicara
    berbunga jiwa segera disapa
    jiwa merindu terubat segera
    duduk sejenak di bangku kayu
    melepas segala rindu bertamu
    bicara halus selembut baldu
    hilanglah rindu di angin lalu
    terima kasih gembala kerbau semua
    khabar gembira sudah diterima
    dua jiwa sudah bersama
    semoga kekal hinggal akhirnya


    Satria Juragan
    Kota Bharu

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sajak Satria Juragan dengan sajak Gembala Kerbau dengan khabar gembira, nyanyian lagu merdu,satu suasana yang mengembirakan , bila menerima berita yang mungkin menyenangkan hati rakyat buat keberuntungan bersama. Jika anak peneroka tunggu saja bulan ramadhan ini ada ganjaran duit raya berkat keuntungan pertanian.
    begitu juga posman dan anggota tentera, akan ada habuan rezeki Allah swt, semoga berkat kerja kuat dan muafakat yang dilakukan. Kalau di KB mungkin royalti minyak untuk diagihkan untuk kepentingan rakyat. Cuma andaian saja.

    BalasPadam
  5. panas baran btol mail ni smua org dia nak lanyak...

    BalasPadam
  6. eh! org gila pun jd tentera ker??? hehe

    BalasPadam
  7. eh! terus bilang mcm tu mail ni??? wah! pakai ilmu ghaib ke ape ni?

    BalasPadam
  8. patutnyer kalau dia x salah jgn la lari ni dia lari nmpk sgt dia salah..

    BalasPadam
  9. eh! senang2 je dia jd tentera??? pelik jgk...

    BalasPadam
  10. mail gila ni mmg panas baran terlampau! smua org dia nak lanyak...

    BalasPadam
  11. asyik dia je belasah org mail ni nk tgk jgk org belasah dia plak? hehe

    BalasPadam
  12. eh! mail gila ni lari mcm mne? tiba2 ada kat tentera plak?

    BalasPadam
  13. alamak! ganas giler mail ni! dasyat..

    BalasPadam
  14. sian dia org tuduh mcm2 sbb dia betol sgt...

    BalasPadam
  15. mail ni xde anak langsung ker??

    BalasPadam
  16. mail ni bila nk jd normal asyik gila jer...

    BalasPadam
  17. jd tentera pun masih nk belasah org jgk? gila mmg gila mail ni...

    BalasPadam
  18. alamak! biar btol penghuni neraka pmpuan ker????

    BalasPadam
  19. eh! menyeramkan penghuni neraka pmpuan plak?

    BalasPadam
  20. eh! org miskin masuk surga ker? alhamdullilah....

    BalasPadam
  21. nabi tgk muka malaikat jibril?? mcm mnelah agak2 muka jibril tu?

    BalasPadam
  22. wah! mcm2 nabi nmpk kt langit tu.

    BalasPadam
  23. nabi jmpa mustawa?? ape bnda tu mustawa?

    BalasPadam
  24. wah! nabi jmpa muastawa dan arasy dan terus bermunajat??? menarik...

    BalasPadam
  25. klu x 50??? klu 50 mampus org mcm ni... selamat skrg 5.. hehe

    BalasPadam
  26. 50 waktu??? mcm mne agaknyer nk tunaikan? leh patah lutut ni..

    BalasPadam
  27. rasa seronok plak ikut cerita israk mikraj ni sbb snang phm...

    BalasPadam
  28. menarik jgk cerita israk mikraj ni sambung lagi en nuri...

    BalasPadam
  29. kenapa surga ada 8 neraka ada 7??? pelik...

    BalasPadam
  30. mail ni umur berapa masa dia gila ni???

    BalasPadam
  31. kenapa dia lanyak org kt restoran tu?? sbb kata dia gila ker?

    BalasPadam
  32. msti dorg perli dia ni sbb tu dia mengamuk kat restoran tu...

    BalasPadam
  33. cerita mail ni cerita btol ke en nuri???

    BalasPadam
  34. mail ni pangkat apa dlm tentera? prebet ke?

    BalasPadam
  35. mail ni xde sedara mara ker??

    BalasPadam
  36. cerita ni mmg cerita pengajaran lain kali x boleh mengusik org gila..

    BalasPadam
  37. dalam pengembaraan nabi di siradul mutaha sehingga tempat tertinggi alam mustawa , setengah berpndapat
    tidak ada siapa yang boleh samapi
    ke situ, malaikan nabi termasuk malaikat Jibrail pun trhenti dipintu langit ke tujuh.Inimungkin sukar digambarkan melainkan dengan mata hati, kerana melewati alam ghaib,(luar kotak fikiran manusia) dan berbagai alam lagi, kita juga tahu alam barzah, alam roh, alam mimpi,alam akhirat tetapi terlalu sukar untuk digamarkannya, cuma dua tiga alam saja yang kita telah rasa. contoh alam rahim (dlm kandungan tetapi tidak sedar) alam fana (dunia) alam mimpi (kita yang tahu dan rasa) alam lain sedang menungg....

    BalasPadam