Sabtu, 3 Julai 2010

BICARA SEORANG ANAK KEMBARA PADA SKETSA DUNIA.



Bunga-bunga kecil
telah memperlihatkannya
tanda keruntuhan alam
banjir besar berlaku
gunung berapi meletup
pembenuhan berlaku
maksiat jadi biasa
tiada halal haram
perempuan hilang malu
lelaki tinggal sadikit
leluhur bukan ukuran
penyelewegan diutamakan

Anak seorang miskin
menjadi ketua Negara
manusia sudah bosan
mengejar kebendaan
sehingga yang hidup
membeli tapak kubur
kesal pada diri 
konon lewat mati
Ilmu dan agama
manusia sudah alpa
kini cuma hidup
bagai membabi buta.

Oleh; Nurimanja,
Rajang, Sarikei, Serawak.
Tanggal 2/10/1982.

18 ulasan:

  1. SEDIKIT BICARA TENTANG PENULISAN PUISI


    1.Puisi mutakhir atau kontemporari.

    tafsiran

    - Signifikasi
    - tersurat dan tersirat


    2. Dua kerja Pengkritik/Pengulas sajak.

    - membaca melihat bentuk pengucapan gaya dan bahasa
    - memberi makna pada perkataan kemudian cuba pula
    - mengeluarkan makna untuk menangkap isi dan maksud cerita.

    3,Aspek lain

    - Bentuk ( gaya - isi – bahasa – abstrak- simbolik)
    - Rima bunyi
    - Asonansi-Gaya bahasa yg membawa maksud pengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan
    yang berturutan dalam baris2 puisi. Contohnya :
    Merenung sepi leretan sejarah mereka pengulangan vokal e pada setiap perkataan
    - Aliterasi- pengulangan bunyi konsonan dalam baris-baris karya. Perlu ditegaskan bahawa
    aliterasi bukannya pengulangan HURUF konsonan, tapi BUNYI konsonan. Kedudukan konsonan itu
    boleh jadi diawal kata (contoh: segala sudah sedia) atau pada suku kata yang ditekankan
    (contoh: duka menjalar ke jantung). Hal ini lebih ketara apabila sajak itu dideklamasi
    (dari buku ‘Bimbingan Istilah Sastera’ oleh Rahman Shaari)
    - Semile -yang bermaksud satu ragam atau gaya bahasa perbandingan. Perbandingan sesuatu benda,
    keadaan atausuasana dengan jelas. Contah bahasa perbandingan ialah seperti, bagai, bak, umpama, laksana.
    - Contoh : Hidung mancung bak seludang Kau umpama puteri kayangan
    - Matofora-Gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Ia bersifat ringkas, padat dan tersusun rapi.
    Biasanya terdiri dr 2
    perkataan, satu bersifat nyata dan satu lagi bersifat abstrak.
    - Contoh :Lautan manusiaperahu waktu
    - Bombastik (kata ibarat) contoh guru umpama lilin. (BERSAMBUNG ESOK)

    ANDA INGIN JADI PENULIS?

    BalasPadam
  2. SATU DUA TIGA DAN EMPAT

    satu dua tiga empat
    pandu cermat jiwa selamat
    satu dua tiga empat
    cepat cepat nanti terlambat
    satu dua tiga empat
    biar lambat asal selamat

    satu dua tiga empat
    kalau sakit makanlah ubat
    satu dua tiga empat
    siapa cepat dia dapat
    satu dua tiga empat
    rezeki halal hidup berkat
    satu dua tiga empat
    cakap bohong tuhan laknat

    satu dua tiga empat
    ramai orang hidup merempat
    satu dua tiga empat
    jangan rembat wang rakyat
    satu dua tiga empat
    suara rakyat suara keramat
    satu dua tiga empat
    moga selamat dunia akhirat


    Bulan Terang
    Kelantan
    2ptg

    BalasPadam
  3. ULASAN :

    1,2,3, dan 4,Bulan Terang dengan puisi nasihatnya berbentuk gaya irama pantun yang mempunya persamaan bunyi dihujung baik Apa pun yang pentingnya masud yang terirat dan tersurat didalam puisi rengkas ini, Terlalu mudah untuk kalayak menangkapnya, tak perlu mencari maan perkataan untuk diterangkan maksud atau isinya. Sayabas! Siapa yang makan cili mungkin dia terasa pedasnya.

    BalasPadam
  4. sajak kembara ni mcm pnh baca je? dua2 mcm sajak lama sajak marah pun mcm pnh bca...

    BalasPadam
  5. sajak kembara ni mendalam maksud dia...

    BalasPadam
  6. eh! sajak ni mcm sajak bicara kembara kpd skesta dunia jer...

    BalasPadam
  7. sajak kali ni mmg x berapa nak paham sgt la.... hehe

    BalasPadam
  8. sajak kembara ni buat lagu best jgk ni? seni kata pun menarik...

    BalasPadam
  9. sajak kembara ni puitis ayat2 dia....

    BalasPadam
  10. sajak kembara ni psl apa??? pening jgk nk paham...

    BalasPadam
  11. qalam ni msti cikgu sastera sbb dia thu je psl bab2 puisi ni...

    BalasPadam
  12. wah! ade tips plak psl penulisan puisi? aku selama ni pakai bedal jer..

    BalasPadam
  13. wah! ade tips plak? best jgk ni...

    BalasPadam
  14. smoga lps ni org tulis sajak lebih menarik lps ade tips menulis sajak dari qalam ni...

    BalasPadam
  15. tulis sajak pun ada cara jgk ke? ingat boleh hemtam je mcm mne pun...

    BalasPadam
  16. eh! ade cara menulis puisi dgn btol plak? ingat boleh buat ikut suka jer...

    BalasPadam
  17. wa! terima ksih qalam kerana berkongsi ilmu...

    BalasPadam
  18. QALAM NI MSTI ADA MENGHADIRI KEM BENGKEL PENULISAN PUISI NI? SEBAB TU DIA PANDAI BAGI TIPS PASAL PENULISAN PUISI... TAHNIAH! KERANA BERKONGSI MAKLUMAT SAYA PUN ADA JUGA MENGHADIRI BENGKEL NI TAPI TAK BERAPA INGAT SANGAT,,,

    BalasPadam