Sabtu, 17 Julai 2010

ARAK ITU PENYAKIT.



Arak itu najis,
Ibu segala kejahatan
sangup melakukan perzinaan
Dengan ibu, makcik dan saudara sendiri
Jauhkanlah dari minum arak dan ketagih arak
Kerana tabiatnya sama dengan menyembah behala,
syirik, tenun nasib, berkata dusta, dari pekerjaan keji,

Peminum arak,
sukar minum air zamzam
Arak najis bagai air kencing syaitan
si penagih arak biasa hilang pertimbangan
Anak-anak disepak , isteri dipukul dan diterajang
Bercakap tanpa berfikir umpama hilang  kematangan
Sanggup melakukan apa saja yang diarah oleh  si syaitan,

Banyak minum,
mata jernih jadi merah
Pertimbangan badan tidak seimbang
Berjalan condong royong bagai hendak tumbang,
Kerana kewarasan hilang akibat peraman anggur merah
Yang telah membakar segala urat sarap menjadi mudah marah
Amat berbeza dengan rasa kemanisan minuman arak dalam syurga.

Oleh; Nurimanja,
Catatan  kuliah dari penceramah bebas,
Pada Tangal 2hb dua belas dua ribu sembilan.


19 ulasan:

  1. CERPEN KANAK-KANAK: SIRI 5. BERTAJUK: KERANA KAMPUNGKU
    ___________________________________

    “Itu dia tuan! Itu dia bot mereka,” kataku

    “Awas semua. Sarjan! Hamperi bot itu…” Perentah tuan Inspektor.

    Bila pihak pengganas komunis melihat saja marine kami. Mereka melepaskan tembakan yang bertalu talu ke arah mareni kami.
    “Balas tembakkk!!...”Pekek tuan inspektor.

    Aku menjadi cemas mendengar tembakkan itu. Beberapa orang pihak pengganas komunis itu telah terjun ke dalam air sungai. Darah mengalir merah di dalam sungai semak. Dadaku berdebar-debar.

    Tiba-tiba aku lihat orang gemok muka penyu itu. Berdiri di depan bot dalam keadaan mencemaskan.

    “Itu dia tuan ketua mereka. Orang gemok muka penyu ituu!” Kataku dengan kuat, sambil menunjukkan jari tangan kepada orang gemuk muka penyu itu yang aku angap sebagai ketua mereka.

    Belum pun sempat tuan Inspektor melepaskan tembakkan , orang gemuk muka penyu itu terlebih dahulu jatuh dan rebah ke dalam sungai. Rupanya dia sudah terkena puluru sesat anak buah sarjan Jugah.

    Tuan Inspektor memberi isyarat agar berhati-hati bila kami mendapati bot pihak pengganas mulai diam, tiada tembakkan balas lagi.

    Orang kampung ramai yang terkejut dengan kehadiran marine polis pagi itu semuanya bertempiaran lari mencari tempat perlindungan bila mereka terdengar bunyi tembakkan bertalu-talu dari tebing sungai.

    Hampir dua puluh minit lebih keadaan menjadi tenang sebagaimana tenangnya air sungai semak pagi itu yang telah mencorakan sadikit warna kemerahan bergaul dengan air keruh pekat seperti teh susu.

    Pelahan-lahan dan berhati-hati sarjan dan orang-orangnya menhampiri bot Pihak pengganas itu yang bagai tidak bergerak lagi, kebetulan air sungai juga sudah tenang untuk bertukar menjadi surut.

    Aku juga maseh tertunduk di tepi dindin disebelah tuan Ispektor di dalam marine polid itu. Bila keadaan didapati tenang semuanya, tuan Ispektor pun telah bangun, Aku pun cuba memanjangkan leherku, menjenguk ke arah luar tingkap
    Marine polis itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. wah! mcm dalam game plak berbalas tembakan?

    BalasPadam
  3. eh! dorg pura2 mati kot?? polis kena check btol2...

    BalasPadam
  4. anak buah muka penyu tu buat taktik agaknya? pura2 terjun sungai....

    BalasPadam
  5. xthu la apa jd kat panau tu klu anak2 buah muka penyu tu msih hidup...

    BalasPadam
  6. bahaya polis ni tkut nnt dorg buat2 terjun sungai tp dorg menyelam pasang bom kt bot polis tu..

    BalasPadam
  7. rasanya dorg hidup lagi la sbb cerpen ni xhbis lagi....

    BalasPadam
  8. polis sepatutnya baling trus bom kat bot muka penyu tu....

    BalasPadam
  9. eh! berapa org kuncu2 muka penyu tu? sekejab je smua dh mati???

    BalasPadam
  10. rasanya dorg x mati la mcm dlm tv org jahat ni byk taktik..

    BalasPadam
  11. rasanya dorg x mati la saja pura2 jtuh dari bot...

    BalasPadam
  12. bahaya budak panau tu tunjuk muka sepatutnya dia menyorok la...

    BalasPadam
  13. muka penyu tu mcm mna boleh mati? sedangkan sarjan tu x tembak pun???

    BalasPadam
  14. panau tu mmg cari pasal sepatutnya dia menyorok.. nnt dorg thu la...

    BalasPadam
  15. harap2 smua kuncu2 muka penyu mati klu x kantoi panau tu...

    BalasPadam
  16. wah! makin lama makin dramatik dan cemas.. eh! apa jd kt kmpung plak?

    BalasPadam
  17. semakin suspen plak cerpen ni siap ada tembak menenbak plak?

    BalasPadam
  18. BODOH SOMBONG

    alahai bila mahu sedar
    perangai tak pernah berubah
    kurang diajar agaknya
    mana sekolah kau belajar
    siapa pula yang mengajar
    atau kau sememangnya benak
    bengong bodoh sombong
    bapak kau tak ajar ke!
    supaya janganlah kau asyik
    memfitnah sesuka hati
    kelak diri sendiri yang susah
    apakah kau buta hati perasaan
    orang yang kau fitnah
    tak pernah memfitnah kau
    sedangkan kau pula rasanya
    sudah takut bayang-bayang sendiri


    Ustaz Nasarudin
    UiTM
    14.7.2010

    BalasPadam
  19. ULASAN:

    Orang bodoh sombong ini susah kira, cerdek tak dapat diikut, bodoh pula tak dapat diajor, biar begitu saja, lama-kelamaan dia jadi gila sasau macam itu saja. Akhirnya s kena akit jiwa. Sinosis dari sajak Ustaz Nasarudin dari UiTM.

    Orang bodoh sombong ini dia hidup dan Berjaya pun mungkin dengan hasil putar belit , gempar, saman.ugut, fitnah, tohmah. Sudah jadi mangli, malah jadi seronok pula. Tidaak kira dosa, cerita dekat orang lain pula, ini Pak long nak ajar, macam mana hendak memerentah negara, Dia tidak pula mahu cakap macam mana Pak Long hendak bagi kurang utang negara?

    Belum duduk sudah menlunjur, cakap pun banyak takbur, janji-janji pun banyak yang bertabur, dulu Nampak macam nak mati uzur, bila sudah lepas banyak pulah fitnah yang ditabur…….

    BalasPadam