Ahad, 27 Jun 2010

SOLIPUT SOLEH DENGAN TUKANG GUNTING



Masuk seorang soliput soleh dalam kedai gunting
ingin mengunting rambunya kerana beribadat
dilihat tanda harga lalu soliput soleh pun bertanya
tuan, tidakah boleh dikurangkan sadikit harganya?
jawab tukang gunting dengan selamba berkata,
janganlah berkira sangat dalam kerja ibadat ini,
setelah  masuk soliput solih terus duduk di kerusi
mengapa tidak mengadap qiblat bukankah sunat,
selepas membetulkan kedudukan soliput soleh diam
mengapa tidak berzikir dan bertasbih dapat juga pahala,
setelah selesai wang dibayar soliput soleh mahu pergi,
Ada baiknya solat dulu dua rakaat tanda kesyukuran,
Soliput soleh terus berkata kepada tukang gunting itu
tuan sepatutnya tidak layak menjadi  tukang gunting
ilmu tuan sebenarnya lebih tinggi daripada saya.

Oleh: Nurimanja,
Catatan caramah bebas,
di utara tanah air awal 2010.

29 ulasan:

  1. APALAH ADA

    apalah ada pada kata
    selain bicara penyampai makna
    terkadang tersasar dari erti
    bukan kerana dibuai mimpi
    tetapi kerana tersalah mengerti

    biarpun gambar tidak bicara
    namun memberi beribu makna
    hanya sesekala
    kita tersalah membuat tafsiran
    bahawa yang berenang itu
    bukan semuanya ikan.

    Karim Ghani
    Teluk Kumbar
    Kampong nelayan

    BalasPadam
  2. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 13 27/6/201(B)


    GAMBARAN 8.

    Nabi melihat kayu berduri mengait orang yang lalu lalang


    Lewat kebelangan ini, kita sering mendengar budaya lepak, anak muda duduk disimpang jalan menaang orang lalu lalang,di tangga flat, lepak berdengung di hadapan rumah tangga orang, apa saja yang dikira menghalang ketentraman dan ganggu orang ramai, termasuk, kacau anak dara perempuan orang, tunang orang, dan itri atau bini orang, yang seksi tak seksi , tertutup atau terdedah, semuanya, bila di hari akhirat nanti, ada sebatang pokok yang macam duri keman batangnya akan mengait tubuh badan kita sehinga calar dan berdarah, kerana amalan kita dahulu merenung dan menanggu anak bini orang lalu lalang.


    Iktibar daripada peristiwa ini;_


    1.Mereka yang suka mengganggu orang lain lalu lalang sama tujuan pergi kerja atau balik pasar
    atau memuat kerja kebajikan, mereka akan dibalas dengan seksaan yang pedih

    2.Islam menggalakkan setiap muslim supaya menjaga dan keadaan ketenteraman awan dan wujudkan
    kedamaian di etiap kampung , taman perumahan dan flat tempat tinggal kita.

    3.Isalam melarang anak muda membuag masa dengan menganggu lalu lintas orang ramai yang ada
    kerja-kerja kebajikan adalah perbuatan yang laghou atau sia-sia.

    Apa yang digalakkan Islam, semoga hari ini lebih baik daripada semalam,jika tidak laghou.



    Dalil ayat Al Quran , surah Hud, ayat 113; ertinya;.


    Dan jangan kamu cundug kepada orangorang yang suka melakukan kezaliman ( jika kamu lakukan juga)
    Api neraka akan membakar kamu , sedangkan kamu idak ada sebarang penolong kamu,yang lain daripada
    Allah.Kamu tidak akan dapat pertolongan.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. ULASAN:

    Pendatang baru dan ahli sdra Karim Ghani dengan sajaknya berkepalakan:APALAH ADA, maaf saya sekadar menceritakan tentang isi dan masudnya sahaja, tidak menyentuh tentang susurgalur teknik penulisan, begitu diarah
    oleh en nuri.Walau bagaimana pun saya sekadar membuat andaian yang saya dapat tangkap dari pengucapan sajak anda, mungkin jika orang lain rasa tangapan yang berbeza tentang pentafsirannya, saya rasa adalah satu kejayaan kerana sajak yang luas pengertian dan juga rasa pentafsirannya adalah yang terbaik.

    Pengucapan saja terasa berbau sebagai mempertikaikan kata-kata yang belum pasti ada kebenaran tafsiran atau maksudnya, kerana memang benar dalam air yang berenang itu bukan semuanya ikan, tetapi biasalah sudah difahamkan, jika acapkali apa yang kita lihat,
    sering mengajar kita, seperti sekilas ikan di air pak tua sudah pun dapat mengerti itu jantan
    atau betinanya. Begitulah kata rangtua-tua, bercakap biar benar dan di dalam hati biar ikhlas.
    untuk menjadi seorang insan yang mulia. Amin!

    BalasPadam
  4. Peranan keluarga bendung gejala luar nikah (UM)

    MUAR 26 Jun - Institusi keluarga perlu memainkan peranan penting dalam membendung masalah gadis bawah umur mengandung luar nikah yang didapati semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

    BalasPadam
  5. Kes remaja hamil serius (BH)
    MUAR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan isu remaja bawah umur hamil luar nikah sebagai membimbangkan dan mahu semua pihak terutama institusi keluarga, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti memainkan peranan penting bagi menangani isu itu. [+]

    BalasPadam
  6. israk mikraj kali ni sah! ni msti bdk2 flat aku akan kena! ske dok lepak2 sgt...

    BalasPadam
  7. harap2 lps ni xde budaya lepak lagi dikalangan anak muda...

    BalasPadam
  8. alamak! klu lepak kat jalan raya mcm mne plak? rasanya x gnggu sapa2?? hehe sbb sy selalu lepak dgn kwn2 kat bahu jalan jer....

    BalasPadam
  9. wah! mmg mcm2 seksaan yg ada di akhirat nnt seram plak dgr...

    BalasPadam
  10. israk mikraj kali ni mmg menarik! semoga dam catur dan kwn2 insaf... sbb dorg ska lepak2 ni...

    BalasPadam
  11. sufian ni bagai kerbau dicucuk hidung la nampknya

    BalasPadam
  12. qulbai ni berangan je lebih

    BalasPadam
  13. di akhirat nnt jawab la byk soalan lagi qulbai...

    BalasPadam
  14. qulabi dan koncu2 taubatlah anda sebelum anda di taubatkan,... hahaha

    BalasPadam
  15. qulbai kalau memerintah negara boleh lingkup ni

    BalasPadam
  16. mesti ramai yg sebut nama aku nnt? hahaha popular la kita sufian... hahaha

    BalasPadam
  17. esok ulasan agak2 kalau 50 pun cerita pasal kita 30 agaknya hehehe kita skrg smakin popular! Allahuakbar!!!

    BalasPadam
  18. nmpknya ulasan sy xde nk sekat sbb terlampau byk jd sy akan sumbangkan sedikit ulasan selebihnya di dalam sajak en nuri yg ulasan x sampai 50

    BalasPadam
  19. qulbai kalau x minta maaf org boleh buat santau kat dia ni

    BalasPadam
  20. eh! sajak lama sy pun ada jgk? hehe skrg sy ahli BN ni sajak lama dulu apa2pun sajak ni mmg ditujukan kt org tua tu... hehhehehehhehee

    BalasPadam
  21. cacing sajak yg ada mksud tersirat la

    BalasPadam
  22. sah msti politik sajak cacing ni

    BalasPadam
  23. agak2 bicara bulan tuju kpd siapa sajak cacing ni?

    BalasPadam
  24. cacing ni sajak agak simbolik jgk

    BalasPadam
  25. sajak yg agak sinis jgk cacing ni

    BalasPadam
  26. sajak ni mcm bunyi politik jer..

    BalasPadam
  27. sajak politik lagi nampknya

    BalasPadam
  28. sajak cacing ni bicara bulan tuju kat siapa plak? nmpk mcm tgh2

    BalasPadam
  29. kretif jgk sajak cacing dgn cacing bicara bulan buat sajak simbolik sah politik ni

    BalasPadam