Rabu, 16 Jun 2010

MENGENANG MELAYUKU WAKTU DULU



Melayuku waktu dahulu,
lebih mempercayai hantu syaitan
daripada mmprcayai ketetapan Tuhan
malah lebih percaya kepada untung nasib
daripada percaya sesuatu itu taqdir Ilahi.

Melayuku waktu dahulu,
Lebih banyak dipedaya dan tertipu
daripada menipu dan ingin rasa memperdaya
malah cuma ada hasad dengki dan tamak haloba
bagi memutar belitkan segala fakta yang direka.

Oleh : nurimanja,
Suara Bebas dari prasangka
dua tiga hari lalu jun, 2010
mengundi awal,baik untuk PM kini.

36 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 1 ;KEBALINYA SEORANG MUALLAF OLEH; NURIMANJA.


    MUSIM hujan turun renyai-renyai belum lagi berhenti sejak semalam. Kedinginan pagi kian mencucuk tubuh. Angin malam sesekali menyelenap masuk dari celah dinding atap nipah, menjadikan api pelita minyak meliuk lintuk menari ke kiri dan juga ke kanan.

    Kira-kira jam pukul enam setengah pagi. Pintu rumah Wak Jawa bagai hendak pecah diketuk orang.Wak Jawa bingkas bangun, walaupun dia terasa berat unuk melepaskan dakapan panas dari isteinya. Wak Jawa bergekas ke pintu, tangannya menolak salak pintu.

    Apa bila pintu dibuka, tercegat Fatimah di muka pintu,pakaiannya basah kuyup, bibirnya mengeletar kesejukkan, matanya jelas menunjukkan seperti orang bersedih,
    Dan wajahnya benar-benar muram, semuram cuaca pagi hujan renyai-renyai itu.

    “Ada apa Fatimah?”
    “Mahmood…”
    “Kenapa?”
    “Dia… Dia telah meninggal.”
    “Mahmood meninggal!!..”
    “Ya Wak!”
    “Innalillah. Hiwainna hilal hira jiunn…Sakit apa ?”.
    “Tak tahu..Tapi semalam dia ada cakap sakit dada,”
    “Sakit dada?”
    “Ya Wak!”
    “Dia masih minumka air tuak itu?’
    “Kalau musim hujan, dia minum juga Wak, untuk panas badan.”
    “Mahmood! Mahmood!!...”
    “Tolong Wak datang ke rumah cepat, saya hendak pergi ke estate,”
    “Ya! Ya! Wak akan datang !,”

    Setelah menrima pengakuan itu, Fatimah terus meninggalkan rumah Wak Jawa itu, dia berlari meredah hujan renyai-renyai yang masih belum berhenti. Isteri Wak Jawa tidak sempat menemuinya.

    Selepas memberi tahu isterinya. Wak Jawa segera mencapai payung di sebalik pintu, kemudian turun meredah hujan renyai-renyai yang enggan berhnti pagi itu.

    Wak Jawa tahu, Fatimah pergi ke estate, untuk memberi tahu Umai adik kepada Mahmood yang tinggal bersama di rumah Harban Sing. Hanya Umai sajalah adik kandung Mahmood , mereka berdua beradik ini anak kepada Mandor Ramlan yang bekerja di estate itu dahulu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SEPUCUK SURAT TENTANG SAJAK

    aku kembali mencari makna
    sepucuk surat sebuah sajak
    demikian ini kata hatimu
    tatkala mengungkap rindu
    namun segalanya hilang
    ditelan bayang kau tinggalkan,
    kata itu mainan bibirmu
    tetapi aku tetap
    menyimpan dalam dilubuk hati
    bila kita dilahirkan
    dipertemukan sekali lagi
    aku tetap menuntut janjimu,
    pergilah tanpa rasa resah
    aku tak menyimpan dendam
    cuma rinduku kupendam
    sedalam-dalamnya
    andai kau berbalik arah
    aku tetap disini,
    menanti dalam sepi
    suratmu kubaca
    perlahan kuulangi kata-katamu;


    Pak Awang
    Sungai Petani
    12.30mlm

    BalasPadam
  3. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 2


    BUKTI AL QURAN atau dalil tentang berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ini ada ayat di dalam
    Al Quran surah Al-Isra, ayat 1; Tuhan memuji Tuhan, Firmannya; atau kira ertinya berbunyi:

    Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari masjidil-Haram(A)
    ke Masjid- Aqsa(B) yang kami berkati disekelilinginya untuk kami memperlihatkan tanda-tanda
    (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dialah yang Maha mendengar dan Maha melihat.


    Dalam ayat di atas,Allah mempunyai kuasa untuk melakukan apa saja, Alah membenarkan nabi Muhamad
    SAW berjalan (ISRAK) dari Mekah(A) hingga ke Palestine(B). Dan diangkat atau dinaikan kelangit
    namanya (MIKRAJ)(C) semoga anda mengerti.

    Perjalanan antara (A) hingga ke (B) biasanya pergi dan balik makan masa lama, dua bulan lebih kurang.
    tetapi dengan izin Allah SWT cuma memakan masa yang singkat iaitu, satu malam sahaja. Masyaallah!
    Subehanallah!!.


    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  4. ULASAN;

    Sepucut Surat Tentang Sajak oleh Pak Awang, penceritakan tentang nostalgia Mungkin cerita lama, tentang pengucapan rindu yang cuma manis dibibir dan sekadar tinggal bayangan. Kini cuma tersimpan dalam hati, dan merelakan si dia pergi tanpa dendam, sikaranya taqdir bertemu kembali rela diterima. Dankini sesekali mengenang dan membaca sepucut surat berbentuk sajak yang diterimanya berulang kali.untuk menghayati isi puisi atau sajaknya

    BalasPadam
  5. eh! kjab cerita ni mula2 dh mahmod meninggal??? pelik jgk...

    BalasPadam
  6. mula2 dh suspen cerita ni...

    BalasPadam
  7. sapa yg mualaf dalam cerita ni semua nama mlyu???

    BalasPadam
  8. eh! mahmod??? tp minum tuak?? dia islam ker?

    BalasPadam
  9. ha! mmg bahaya klu minum tuak... dia lbih kurang itu sama araj juga,,

    BalasPadam
  10. eh! fatimah ni islam ke? sbb ayah dia minum tuak?

    BalasPadam
  11. sian mula2 dh sedih cerpen ni.......

    BalasPadam
  12. kenapa pegi umah wak plak? wak ni sapa? tok imam ke?

    BalasPadam
  13. eh! mula2 cerpen dh ada kematian??? mcm mne ni??

    BalasPadam
  14. wak ni keja apa? gaji kubur ker?

    BalasPadam
  15. mualaf??? sapa mualaf? mahmod ke?

    BalasPadam
  16. sapa mualaf dalam cerita ni semua nama mlyu je en nuri...

    BalasPadam
  17. mula2 dh sedih? lps ni apa plak terjd nnt...

    BalasPadam
  18. cerpen ni pasal estate ke? mcm cerpen yg org india dulu jer...

    BalasPadam
  19. wak sapa plak? misteri cerpen ni...

    BalasPadam
  20. mahmod ni iban ke??? setahu aku iban je kuat minum tuak..

    BalasPadam
  21. minum tuak?? patutlah.. bahaya tuak tu...

    BalasPadam
  22. aku rasa msti roh mahmod ni jd hantu nnt... hehehehhehehhe

    BalasPadam
  23. cerpen ni pasal hantu ke??? tetiba plak mahmod ni meningggal?

    BalasPadam
  24. sian wak sedap2 nk tido ada plak kaco daun? hehe

    BalasPadam
  25. eh! fatimah ni tinggal mayat mahmod sorg2 je? nnt datang kucing hitam langkah kang??? takut..

    BalasPadam
  26. wah! terima kasih en nuri bagi info psl israk mikraj...

    BalasPadam
  27. eh! ada smbungan lagi psl israk mikraj ke? patutlah semalam baca mcm tergantung jer...

    BalasPadam
  28. terima kasih berkongsi maklmat... sbb kdg2 org dh lupa..

    BalasPadam
  29. wah! dapat info lagi psl israk mikraj....

    BalasPadam
  30. trima ksih en nuri berkongsi ilmu tentang israk mikraj ni sbb sy pun dh lupa... hehe

    BalasPadam
  31. jiman pnya cerita dh hbis ker?

    BalasPadam
  32. eh! ada cerpen baru la plak? menarik jgk...

    BalasPadam
  33. eh! ingatkan cerpen pasal org india sbb cerita kat estate...

    BalasPadam
  34. eh! mula2 dh ada org mati lps ni wak plak yg mati ape??? hehe

    BalasPadam
  35. eh! ade cerpen baru plak? mcm cerpen pergi kepala rumah putih jer...

    BalasPadam
  36. menarik cerpen en nuri ni kalau buat buku msti jualan hebat...

    BalasPadam