Khamis, 20 Mei 2010

SEGERALAH DI ATAS LIMA PERKARA INI




Jika ada tetamu datang ke ruamh anda
layanilah dengan sebaik mungkin

Jika ada kematian di kampung anda
segeralah dikbumikan tanpa tangguh

jika ada anak perempuan muda anda
jangan tangguh bila sudah ada jodoh

jika berhutang bayar dengan segera
jangan bertangguh bila anda berduit

jika rasa berdosa segeralah bertaubat
jangan bertangguh dikhuatiri mati
tanpa sempat anda bertaubat...

Oleh ; Nurimanja,
sajak  lagenda dalam memori 1979
sewaktu berada di batu lintang kuching.

27 ulasan:

  1. CERPEN BERTAJUK ;CINTAGADISKENYALANG siri 3 OLEH : NURIMANJA



    Seorang murid lelaki yang duduk di bangku paling belakang sekali di darjah 5Merah itu melemparkan kertas yang telah diperonyok menjadi sebiji bola kepada seorang murid perempuan.Cikgu Kamsiah terpandang akan kelakuan murid kelakuan murid lelaki itu.

    “Haii! Apa kamu buat haa?” Dengan pantas cikgu kamsiah menyergah.. Budak lelaki itu tersengeh-sengeh senyum. Kemarahan cikgu Kamsiah kian menyinga.Darah panahnya meruap-ruap dirasakan.

    “Hey! Kamu senyum pula?” Tinggi suara cikgu Kamsiah memekek.
    “Tak ada apa cikgu,”
    “Jangan bohong…,” Suara cikgu Kamsiah kian bertambah tinggi lagi, seperti menengking bunyinya.

    Murid-murid yang sedang asyik menulis terhenti seketika, tetapi tidak ada eorang pun yang berani bersuara, mereka pura-pura tunduk menulis kerana takut dan kecut perut Jika mereka juga turut terlibat.

    Cikgu Kamsiah bangun meluru. Fikirannya yang berkecamuk dengan masalah Hamid Itu bertambah pula dengan masalah tugas harian yang kian membeban diri di bilik darjah, sering menjadikan dia mudah naik angin berang.

    Budak lelaki itu ditempelingnya sadikit, “ Saya memang marah, jika orang yang buat salah tak mahu mengaku kesalahannya,” Tegas cikgu Kamsiah lagi.seperti member amaran kepada murid-murid lain.

    Budak lelaki itu diam. Mukanya kelihatan merah, tetapi tidak berani bersuara sepatah kata. Cikgu Kamsiah berjalan kembali ke meja tulisnya, di sebelah papan hitam itu. Dia duduk semula, mukanya kelihatan merah rupanya.

    Cikgu Kamsiah sedar, sejak dia membawa Hamid dating ke quatesnya, orang-orang kampug bagai tidak mahu lagi menghormatinya,Pernah di satu petang , dia ke kedai di kampung itu, ada dua tiga orang kampung di dalam kedai itu, mereka segera berlalu,

    Kemudian mereka menjuehkan bibir bila melihat cikgu kamsiah masuk. Cikgu Kamsiah amat terasa penghinaan itu. Dia amat kesal. Lebih lagi sikap Hamid yang degil, Dia sudah beri tahu Hamid kalau hndak jumpa pun jangan di kampong tempat dia mengajar,kerana dia terlalu khuatir; jika orang-orang kampung tersalah angap.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KOTA GEMILANG

    Kota lambang kegemilangan
    kota berwajah kita
    mewarnai menghiasi
    mengharunkan kota kita.

    Kota lambang kegemilangan
    kota berwajah kita
    memerintah menjaga
    menjadikan kota gemilang.

    Kota lambang kegemilangan
    kota berwajah kita
    menjadi wajah cemerlang
    menjadi wajah terbilang
    sebagai lambing kota kegemilangan.


    Sukidin
    Kuala Lumpur
    12.5.2010

    BalasPadam
  3. ULASAN

    Sajak oleh Sdr Sukidin bertajuk KOTA GEMILANG agak menarik juga,
    menceritakan tentang identiti kota gemilang lahir hasil dicipta ikut
    citrarasa penduduk setempat dengan acuan dan adunan sendiri. Kita boleh lihat bentuk bangunan dan keinderaan sesuatu yang memang
    menarik yunit mengkagumkan dan mngasyihkan, inilah produk tempatan
    hasil ciptaan anak peribumi ini, semoga Allah menjadi tanah bumi ini,sebuah balladun taiyibatun warabbul ghafur...amin

    BalasPadam
  4. ISU SEMASA SUDUT PIDATO NAMPAK LESU
    _______________________________________________________________________


    Lewat kebelakangan ini, orang ramai dan warga IPTA di kampus
    Universiti pun bagai kurang keyakinan, kerana hasil daripada
    usaha ini, melahirkan insan berpidato untuk kepeningan diri
    dan tidak membayangkan apa yang mereka ucapkan selama ini.,


    Malah lebih banyak pekara dan isu-isu yang mereka bangkitkan
    merosakan dan mencelarukan minda jenderasi terkini,terlalu sedikit yang benar-benar ikhlas,bila sudah ada kedudukan pangkat mereka mempergunakan aura kepetahan bercakap yang Allah berikan,
    Selepas popilor mereka akan main berbagai cerita dan derama yang
    memeningkan kepala.membuatkan orang ramai muak dan meluat.


    Malah orang bukanbumi, mereka lebih berjaya dengan bekeja dalam
    diam, sehingga berkempen politik juga cara senyap dan diam. kita cuma kawal surau masjid,Ini tempat ibadat tak boleh cakap pasal politik,Inilah Pas marah kejayaan mereka dari sini, tetapi bagi gereja dan kuil bebas,berbagai pertubuhan lain yang kecil-
    kecil bebas, maka tidak hairanlah Sibu ditawan DAP jadinya.

    BalasPadam
  5. garang jgk ckgu kamsiah ni???

    BalasPadam
  6. cikgu ni lpskan geram kat murid2 ker??? uih!

    BalasPadam
  7. dh bwk laki bkn muhrim mne org kmpung x marah??

    BalasPadam
  8. isk! kena pegi khimat kaunseling cikgu ni...

    BalasPadam
  9. ape pnye cikgu marah2 x tentu psl? hal peribadi jgn bwk masuk dlm kelas...

    BalasPadam
  10. cikgu ni byk masalah ni sbb tu garang semacaam jer...

    BalasPadam
  11. patutlah org kmpung marah cikgu ni? mmg dia jahat pun ade bawak laki kt umah?

    BalasPadam
  12. cikgu ni klu nk daring pun pegilah tampat lain! adoi...

    BalasPadam
  13. x reti nk sorok2 ke?? ade ke bawak bf merata? adoi...

    BalasPadam
  14. cikgu ni mmg gatal! klu dh kemaruk sgt kwin je la...!! adoi...

    BalasPadam
  15. datinglah kat luar ni ade plak kat kmpung sendiri??

    BalasPadam
  16. spatutnya org kmpung buat serbuan! mne boleh berdua2an bkn muhrim

    BalasPadam
  17. bkd2 skrg mmg mcm tu buat salah tp xmngaku plak? adoi...

    BalasPadam
  18. bodo pnya murid tu! pnya kuang ajo mmg patut kena denda!

    BalasPadam
  19. sajak mmg menginsafkan aku? esok kena segerakan sgala hutang la..

    BalasPadam
  20. sajak pengajaran ni! best!

    BalasPadam
  21. sajak menarik! ape2pun lain kali x leh tangguh2...

    BalasPadam
  22. sokong geletek pagi!!! hehe

    BalasPadam
  23. aku sokong pedapat geletek pagi! hehe ape2pun tahniah! anda mengegak keadilan! hehe

    BalasPadam
  24. geletek pagi kaji semua hal2 politik ni?? hehe

    BalasPadam
  25. eh! hebat geletek pagi! BN kalah pun dikajinya? hehe

    BalasPadam
  26. ade sj isu yg dibangkitkan oleh geletek ni??/ hehe hebat!

    BalasPadam
  27. aku sokong je pendapat geletek nk ckp ap2e2 nnt takut kena saman? hehe

    BalasPadam