Sabtu, 8 Mei 2010

KEMATIAN



Satu kematian,
tidak boleh dinafikan
bila tiba waktu dan ketikanya.

Buatlah persedian,
menghadapi dengan tenang
sebelum malaikat maut dantang,

Banyakah amalan?
untuk dibawa bekalan
agar hidup sejatera disana nanti.

Oleh ; Nurimanja,
Jumaat jam 7.30 pagi,
6/5/2010 waktu Malaysia

21 ulasan:

  1. SAMBUNGAN SIRI 2 CERPEN BERTAJUK MARAH SEORANG NYONYA



    NYONYA trus merengkuh dayung sampan lopeknya, Dia melewati kampong melayu yang penghuninya hidup serba kekuranganitu. Rumah-rumah papan yang tidak bercat,Kelihatan tidak berapa diperdulikan oleh penghuninya.

    Budak-budak kecil berkeloncatan bermain di penkalan tebing sungai itu, Bila mereka melihat Nyonya sedang merengkuh dayung menentang air pasang petang. Mereka pun bertempek dan bersorak. Riuh rendah bunyinya.

    “Nyonya, Kiat panggil!”
    “Nyonya, Kiat panggil!”

    Hati Nyonya menjadi panas bila mendengar ejkkan budak-budak itu. Sampan lopek yang direngkuhnya mnentang air pasang petang rasanya bagai tidak bergerak.Nyonya tetap juga menggenggam kuat kedua belah dayungnya, kemudian Nyonya mencebak daun dayung ke permukaan air, relang sampan lopek berkerinyut lagi, sampan lopeknya teranjak sadikit ke hadapan.

    “Nyonya, Kiat panggil!”
    “Nyonya, Kiat panggil!”

    Budak-budak bertambah ramai berkerumn di tebing sungai itu. Semuanya memekek mengejek Nyonya di tengah arus sungai itu. Nyonya bertambah marah dan terkial-kial
    Melaan air pasang petang.

    Budak-budak di tebing pengkalan sungai itu memekek lagi.

    “Nyonya, Kiat panggil!”
    “Nyonya, Kiat panggil!”

    Suara itu datang menerjah ke lubang telinganya. Darahnya naik meuap. Dia Nampak wajah Kiat yang pernah menyakiti hatinya dulu.

    “Nyonya, Kiat panggil!”
    “Nyonya, Kiat panggil!”

    Pekek budak-budak kampung itu lagi.

    Darah tua lebih setengah abad di tubuhnya mengelegak, meruap-ruap naik bahang kemarahannya. Hati Nyonya terasa bagai dicarik-carik.

    BESAMBUNG.

    BalasPadam
  2. kenapa ade nama kiat plak?

    BalasPadam
  3. kiat sapa plak? kekasih lama nyonya ke?

    BalasPadam
  4. sapa kiat? kesian nyonya tua ni....

    BalasPadam
  5. huh! kiat sapa? kenapa bdk2 ejek dia dgn nama kiat?

    BalasPadam
  6. jahat bdk2 ni siap ejek org tua2...

    BalasPadam
  7. x reti hormay org tua2 la bdk2 ni...

    BalasPadam
  8. sape kiat ni? suami nyonya ke??

    BalasPadam
  9. kesian nyonya ni..... tua2 org ejek plak??? ape salah dia....

    BalasPadam
  10. nyonya ni kenapa kayuh sampan? mne laki dia???

    BalasPadam
  11. suspen jgk sapa kiat ni?????

    BalasPadam
  12. kesian nyonya ni dh la dia tua bdk2 plak mengejek dia? pelik aku....

    BalasPadam
  13. sapa kiat misteri la.... best gak cerpen ni...

    BalasPadam
  14. SEPULAU KASIH KITA

    Sepulau sekasih menjunjung cita
    menungkah langit menjulang hajat
    berkubu bertapak memacak adab
    memagar pertualang pembunuh minda
    semangat menjalar ke tulang sulbi
    menghembus sepoi meremuk sengketa
    kancah nestapa terlerai sudah.

    Sekasih menjalin untaian maruah
    dewasa diri memancar cahaya
    sirna dendam hasad kesumat
    menghempas hancur menepis duka
    tersemat janji menghakis derita
    bulat tekad terbelah tidak.

    Kita bersama kerana cinta
    subur mekar disimbah jasa
    terimbau igauan mutiara rasa
    bersatu mengumpul cebisan makna
    terlakar wajah ikhlas semata
    menyalur ibadah arah tujuan
    redha Pencipta rahmat dipinta.


    Puteri Bunga
    melaka
    1.5.2010

    BalasPadam
  15. teruk btol bdk2 ni x reti hormat org tua2 la!! adoi....

    BalasPadam
  16. insaf sy baca sajak ni....

    BalasPadam
  17. sedih dan menyayat hati sajak ni..

    BalasPadam
  18. xde isu semasa ke en nuri?

    BalasPadam
  19. slalu sajak psl sedih2 ni org lama slalu buat... hehe

    BalasPadam
  20. ULASAN
    Sajak daripada Puteri Bunga bertajuk Sepulau Kasih Kita. Mungkin bakat baru ada kekuatan dalam penciptaan kata-kata yang tersendiri. Membawa maksud mengerti,dan mencari kedamaian bersama. Penulis meminta agar kita akur dengan keadaan apa yang telah terjadi. Bersama kita semua untuk membina kembali budaya yang akhrab dalam satu kehidupan bangsa kita. Hindarkan kecemaran yang merugikan bangsa dan kembali pada usaha kejayaan bersama. Ikhlas hati beribadat kepada Allah semoga diberi rahmat dan keberkatan.

    BalasPadam