Isnin, 31 Mei 2010

DIANTARA DUA JENDELA


Di kampung,
buka saja jendela
kita pun melihat kabus
dan pokok bersama  haiwan
kicauwan ungas dan kokok ayam
rasa sunyi, damai, aman dan tenang.

Di Bandar,
buka saja jendela
nampak banyak rumah jiran
orang ramai yang berkeliaran
kebising keinderaan dan penjaja
suara riuh,kesebukan dan kekalutan.

Aku menilai,
Di antara dua jendela ini
telah pun aku alami puluhan tahun
mengajar aku menjadi seorang lebih dewasa.
hidup lebih berhati-hati dan bertimbang rasa
semoga perjalanan ini selamat ke penghujungannya.

Oleh; Nurimanja,
menjiwai erti kehidupan
sesekali melewati kampungku.
Mei, tiga empat bulan yang lalu 2010.

42 ulasan:

  1. CERPEN : SATU BATU TANDA siri 2cuk OLEH : NURIMANJA PERAK 1982.




    Man cukup layak dengan jawatan itu. Dan memang Allah menjadikan saseorang itu mengikut kemampuan dirinya. Walaupun kami lebih kurang sama tinggi, tetapi Man lebih tegap dan kental tubuhnya, berbanding dengan aku yang kurung kering melidi Kata oang kalau lembu, Cuma boleh buat sup sahaja.


    Man memang anak bendang dan kebun getah, guni padi senang saja dia tanggung, kalau aku pernah bawa beras lima gantang sahaja, naik basikal ayah, belum pun sampai di tengah jalan dengan aku, beras dan basikal sekali terjun masuk parit. Balik kena marah dengan ayah, mereka gelar aku puteri lilin.


    Cuma aku yang teruskan menyambung pelajaran tanpa Man di sisi aku, kiranya dahulu ada teman tempat berbincang dan bergurau senda. Aku begitu sayu ,aku terasa bagai kehilangan seuatu. Beitulah kami teman qarib. Bila cuti sekolah aku selalu ke dangau atau tempat rumah menunggu padi masak. Aku masih ingat;

    Man buat gulai
    Man akan mengajak aku memangcing ikan puyu di telaga depan dangai atau pondoknya, setelah dapat beberapa ekor ikan puyu,Nab akan buat gulai taruh belembing buluh, atau daun keman , Man akan masak nasi beras baru dituai dan kami makan berdua di waktu tengah hari bersama angin sepoi-sepoi bahasa.


    Dangau Man yang di kelilingi sawah padi, dan pokok kelapa bersama pinang dan mempelam bumban, cukup memberi suasana yang redup dan tenang, air telaga yang sejuk dan terasa mahu beredam jika tidak aku fikirkan soal pacat dan ular dan lintah. Itulah cerita yang tidak mudah aku lupakan.


    Dalam suatnya kepada aku, Man ada menulis;

    “Nur! Aku harap kau menghadapi pelajaran dengan tabah dan sabar, jangan jadi seperti aku Nur. Aku terpaksa meningalkan kelas, kerana keadaanku terpaksa,kau lebih faham dengan keluargaku, Ayahku sudah tua, dan adik-adikku pula ramai, aku terpaksa membantu mereka untuk meneruskan mendapatkan pelajaran,”

    Itulah surat yang pertama aku baca di antara isi kandungannya, Setelah sebulan dia berada dalam latihan tentera selama enam bulan di kem latihan tentera Sugai Udang
    Melaka.

    SAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Peniaga Thai jual gula subsidi


    BALING: Ketika peniaga dan pengguna di beberapa negeri di negara ini mengeluh kerana sukar
    mendapat bekalan gula,keadaan sebaliknya berlaku di selatan Thailand apabila gula pasir
    bersubsidi untuk kegunaan rakyat tempatan dijual secara bebas di negara itu. [+] petekan BH

    BalasPadam
  3. kesian nur? sapa nur tu? en nuri ker?

    BalasPadam
  4. sedih plak baca cerpen en nuri ni..

    BalasPadam
  5. sedapnye menu makanan nur dgn man! perghh!!!

    BalasPadam
  6. sedapnya ikan putu tu... teringat plak suasana kampung

    BalasPadam
  7. sedih cerpen ni cerita btol ka en nuri?

    BalasPadam
  8. man pegi jd tentera ker? wah! sedih2....

    BalasPadam
  9. x sabar nk tunggu sambungan cerpen ni...

    BalasPadam
  10. wah! mmg sayu je baca cerpen ni...

    BalasPadam
  11. eh! kawan karib nur ke man ni kesian nur...

    BalasPadam
  12. SURAT WANGI

    Ingin aku merintih tanpa suara
    Menangis tanpa air mata
    Bersedih tanpa rasa hiba
    Ingin seluruh alam ku kongsikan cebis-cebisan bahagia
    tersisa di hujung senyuman
    terukir di bibir
    Di sudut hati yang terpinggir....
    setiap insan ku curah sayang..
    Yang menebal segenap tubuh diri..
    Mendalam di kolam cinta misteri...
    Ingin malam baluti mimpi indah...
    Menyambut fajar kerdipan..
    lentaran cahayanya nan merah....
    Surat wangi Berpaling masa lalu.
    Ketika itu dia masih muda
    si kenit yang pemalu
    jarang bercakap menyimpan segala perihal lucu dan sedih sendirian.
    Sehingga satu petang yang redup
    melihat temanberutus surat wangi
    nampak comel dia mahu rasa begitu.
    Sambil mengulum senyum
    dia menunggu pilihan hati
    mungkin akan diberi surat wangi.
    Tiga minit,empat minit,lima minit.
    datang si pilihan hati
    tapi bukan membawa surat wangi
    hanya balang kaca dipenuhi guli.
    Malu-malulah dia sendiri
    terlalu berharap surat wangi.


    Pak Ngah But
    sajak lagenda 1990
    di rusila

    BalasPadam
  13. sajak perbandingan yg best!

    BalasPadam
  14. sy sokong sajak en nuri ni! hehe

    BalasPadam
  15. ape2pun di kampung lagi best.. hehe

    BalasPadam
  16. di kampung lebih tenang dr dibandar yg bising gila ni... hehe

    BalasPadam
  17. sajak menarik! eh! kat teluk kumbar ni bandar ke kmpung?? hehe

    BalasPadam
  18. wah! sajak lain dr yg lain! best!

    BalasPadam
  19. tempat tinggal pun en nuri buat perbandingan? menarik ni...

    BalasPadam
  20. sajak kali ni lain dari yg lain! tahniah en nuri!

    BalasPadam
  21. sajak en nuri mmg kepelbagaian btol... hehe

    BalasPadam
  22. ape2pun aku ske lagi dok bandar kt kmpung sunyi sgt... hehe

    BalasPadam
  23. dok bandar best! hehe dulu aku dok bandar jgk kat KL lsp tu pindah teluk kumbar jd kampung balik adoi? yg paling susah kt kmpung nk cari makanan la....

    BalasPadam
  24. rasanya dok kmpung best lagi? sunyi dn tenang...

    BalasPadam
  25. dok kmpung best! tenang dok bandar bising susah nk study...

    BalasPadam
  26. sy suka lagi dok kmpung tenang je fikiran....

    BalasPadam
  27. dok kmpung smua benda senang dapat dok bandar semua kena beli... adoi...

    BalasPadam
  28. dok bandar klu gaji 1000 ke atas bolehlah klu bawah 1000 baik dok kmpung,...

    BalasPadam
  29. dok bandar selesa sikit dok kmpung byk nyamuk? hehehe

    BalasPadam
  30. dok kmpung dn bandar ada baik dn buruk tp sy ske lagi dok kmpung... hehe

    BalasPadam
  31. dok bndar dan kmpung bg sy tiada beza sangat...

    BalasPadam
  32. dok bandar ok lagi kot? ssebab semua kemudahan ada... hehe

    BalasPadam
  33. kmpung dan bandar rasanya di bandar seronok lagi dok kmpung minda tak berkembang,,...

    BalasPadam
  34. aku ske lagi dok bandar tp nk buat mcm mne skrg aku dok kmpung? adoi terima je apa yg ada...

    BalasPadam
  35. bandar dan kmpung? kampung ada kebaikan dan bandar pun sma tp best lagi dok kmpung... hehe

    BalasPadam
  36. dok bandar lagi best kot? sbb minda terbuka sikit dok kmpung tercorok jer...

    BalasPadam
  37. kmpung best lagi kot? sbb aku ske lagi suasana tenang dr bising2...

    BalasPadam
  38. aku ske lagi dok bandar! hehe klu dok kmpung silap2 aku bunuh diri x tahan... hahaha

    BalasPadam
  39. best lagi kot dok bandar sbb semua kemudahan ada dr kmpung yg sbb nak mandi pun kena pegi luar? adoi..

    BalasPadam
  40. dok bandar lagi seronok kot? sbb banyak jiran dok kmpung semua sebiji2....

    BalasPadam
  41. aku ske dok dalam desa! eh! tu kampoung ke bandar?

    BalasPadam
  42. ULASAN

    Sajak ini seperti cerita memory masa muda, surat cinta (wangi kad jemputan khawin), Bagai cerita seorang yang mengharap, dia diberi harapan, tetapi cuma asyik menunggu, Akhirnya harapan itu tidak juga tiba sebagaimana harapan kawan-kawanya yang telah berjaya, dia mahu tetapi malu. Kesudahannya dia menerima botol kaca yang berisi guli (tabung derma ke?) dia terasa malu kerana bukan surat wangi yangdan nanti-nantikan diharapkannya, mungkin dia rasa kecewa. Harap maaf! Jika ulasan kurang tepat.

    BalasPadam