Sabtu, 3 April 2010

ZAMANKU TELAH BERLALU


Terasa lewat kebelakangan ini
zaman-zamanku telah pun berlalu
syukur kepada Allah aku telah melewatinya
zaman bayi, kanak, rumaja, dewasa dan warga emas.
Kini menunggu menjadi zaman atuk atau nenek moyang saja.

Zaman ini pergerakan perlahan,
Badan sendi dan urat tulang pun sakit
Makan dan minum tidak seberapa selera lagi
Jikalau terasa  suasana tidak menyenangkan dialami
Jiwa pun mudah tersentuh lalu merajuk dan menjauhkan hati.

Malam siang cuma mengira hari,
Mengenang usia yang sudah terlewat
Menghitung dsn menghimpun segala dosa lalu
Semoga diampun dan dipermudah kiraan Allah SWT
Dalam perjalanan menuju ke hujung zaman datuk moyang ini.

Oleh ; Nurimanja,
Air Itam, Pulau Pinang, 2010.
Bila mengenang teman-teman kembali

30 ulasan:

  1. BERSAMBUNG BAB 3 siri 1 BUDAK PONDOK - Nurimanja Perak.

    Dari cerita keturunan ini lah yang mebuat hati aku ingin menuntut ilmu keagamaan memang darah dari sebelah mak kuat cintakan agama , Mak selalu ceritakan tentang Tok Nyang Nina membelanya, menjaga seperti menatang minyak yang penuh, Aruah Tok Yah dengan Tok Din sudah bercerai, sejak umur mak dua bulan

    Tok Yah mememang tidak berkenan dengan Tok Din , maklumlah Tok Din seorang anak Jeragan yang menyelam di dalam laut untuk mengikat tali jeremai buat tempat ikan berteduh,.matanya pun merah, kulitnya pun hitam dibakar matahari, siapa yang mahu.

    Sedangkan Tok Yah anak orang dusun, kebun manggis , durian dan rambutannya luas, Haji Patah seorang beketurunan jawanis, kuat berkebun membuka tanah hutan, tentulah di hujung hayat hidupnya menjadi senang, malah haji Patah tidak mempunyai ramai anak tiga perempuan seorang lelaki ,bila besar panjang semuanya habis berkawin, tinggallah anak lelaki ini,malah yang lelaki itupun tak berapa pantas untuk membilang dua kali lima sepuluh.

    Masa mak umur dua bulan Tok Yah sangup masukkan Mak ke dalam lesung tumbuk padi, jika lambat Tok Nyang Nina datang pasti Mak dah lumat di dalam lesung padi itu,itulah darah keturunan jawanis Tok Yah bila lepas pantang Tok Yah hendak balik ke kampung Nenas Bandar Baru Kedah, Tok Din pula sengaja melewat-lewatkan hendak pulang ,maklumlah seorang Jeragan, musim ikan tengiri banyak pula dilaut.inilah peluangnya meangkap ikan.

    Tok Din tetap sabar seperti Pak Su Mat anak bungsunya yang aku lihat hari ini, sabar walaupun isterinya yang bernama Saodah meninggal dunia waktu melahirkan anak sulungnya. Pak Su Mat terus membujang puluhan tahun juga lamanya, sehingga dia bertemu jodoh dengan Mak Su Nah anak Pak Cu Yan, walaupun tidak seberapa cantik seperti Mak Su Saodah, tapi Pak Su Mat tetap sabar, kini Allah kurniakan mereka lima orang anak, malah kesemuanya pula perempaun, tidak seorang pun dapatmembantunya pergi ke laut.

    Tetapi Pak Su Mat tidak pernah lokek, sesekali bila aku megikut Mak pergi mengziarahinya di Kuala kurau, Perak waktu hari raya , Pak Su Mat sanggup memasukan seringgit dua di dalam poket baju aku. Inilah yang membuat aku suka pergi ke rumah Tok Minah isteri kedua Tok Din juga keturunan darah nelayan, Tok Minah juga cekal hatinya membela empat orang anaknya bila Tok Din meniggal waktu usia Pak Su Mat tidak tahu membaca dan menulis, sedangkan Mak Ngah Cebah ,Mak lang Cek Piah , dan Mak Cik Cek Pin belum jadi anak dara sunti. BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. ni cerita psl sapa plak en nuri?? mne en nuri???

    BalasPadam
  3. eh! pening plak cerita kali ni byk tok dgn mak plak?

    BalasPadam
  4. eh! ni cerita psl sapa plak? mne cerita pasal en nuri kecik2 dulu?

    BalasPadam
  5. ni cerita psl sapa plak ni? pening sy mne en nuri??

    BalasPadam
  6. ni cerita psl moyang en nuri plak ker?

    BalasPadam
  7. byk sgt flashback ni sy pun dh pening...

    BalasPadam
  8. eh! ni cerita psal sapa plak? semalam cerita psl en nuri xkn hari ni dh tukar cerita org lain?

    BalasPadam
  9. smpai sini pening plak saya baca... byk sgt keturunan,...

    BalasPadam
  10. ni cerita psal sapa? mak dan ayah en nuri plak ker?

    BalasPadam
  11. eh! semalam cerita psl en nuri pun x hbis lagi apesal ari cerita psl lain plak?

    BalasPadam
  12. alamak! peninglah plak saya baca cerita en nuri kali ni....

    BalasPadam
  13. ni cerita psl sapa plak? sy suka lagi cerita en nuri....

    BalasPadam
  14. tak brapa paham plak la salasiah keturunan ni..

    BalasPadam
  15. kenapa cerita pasal org lain? mne cerita tentang en nuri???

    BalasPadam
  16. mne en nuri??? ni cerita psal sapa plak? salasiah keturunan en nuri ker?

    BalasPadam
  17. er... er... peninglah cerita kali ni? maaf....

    BalasPadam
  18. en nuri langkau cerita ker? ni dh msuk cerita org lain dh ni..

    BalasPadam
  19. sukar utk di pahami sedikit tentang asal usul keturunan en nuri kt sini....

    BalasPadam
  20. sajak ni mcm sama jer mcm sajak semalam??? hehe

    BalasPadam
  21. sajak ni mcm sama je dgn sajak2 sebelum ni....

    BalasPadam
  22. sajak ni psl kehidupan manusia lagi ker??? letaklah sajak psl hantu plak? hehee

    BalasPadam
  23. sajak berbau ketuhanan jgk mcm sajak2 sebelum ni...

    BalasPadam
  24. sajak kali ni psl apa plak? qalam nnt ulas.....

    BalasPadam
  25. sajak menarik! sedih plak baca...

    BalasPadam
  26. en nuri ngat lagi keturunan en nuri yg atas2??? sy rasanya semua dh lupa....

    BalasPadam
  27. en nuri ni mcm2 keturunan ada? pening saya...

    BalasPadam
  28. GAM

    Selalu hati ini berkecai
    tapi setiap kali ada senyuman
    pujukan menjadi gam
    yang mencantumkan kembali
    kecaian-kecaian itu.
    Tapi gam yang aku pilih
    bukanlah Gam UHU atau Gam Gajah
    kerana gam-gam yang itu
    kukuh kuat kesan cantumannya.
    Untuk awak cantum hati saya,
    jadi saya pilih gam biasa.
    mudah terurai kembali cantumannya
    supaya hati ini tidak sukar berkecai di lain hari.
    Sebab sebenarnya rasa hati berkecai itu
    sedap, aku suka dan baik untuk kebahagiaan.


    Mawar harum
    11mlm
    kolej KLMU

    BalasPadam
  29. Ulasan

    Sajak Mawar Harum, GUM.pendatang baru dari kolej KLMU, meceritakan:

    Ada orang menganggap hati bagai gam, jika dia takut pada ikatan yang agak kuat, tinggalkan gam uhu atau gajah, jika hatinya sengaja ingin suka-suka pilihlah gam biasa saja.

    kekadang ada orang lebih suka dan main-main dalam cerita soal hati ini. Awas ditakuti makan diri.

    BalasPadam
  30. Harap maaf, cerita biodata ini, bukan
    anda saja pening, saya yang tulis pun
    dah naik penng, mana satu dulu dan kemudian.

    Agaknya lompat kut, kepala saya pun sakit tiga hari berturut, dah makan
    ubat bermacam, tapi sakit bagai nak
    pecah,cuaca panas melampau agaknya kebarangkalian.

    BalasPadam