Khamis, 15 April 2010

SERULAH AHLIMU PADA MENGERJAKAN SOLAH


Bersolatlah
pada waktu ditetapkan
kerana ia ubat bagi menenangkan jiwa
cuma lima  waktu sahaja sehari semalam
Berzikirlah
Pada waktu pagi petang
Kerana ia penawar bagi orang beriman
Selamat dari godaan  dan kemahuan dunia fana ini
Bersegeralah 
Pada mengerjakan solat
membersihkan diri sepenuhnya
menyerah diri serendah semut melata
membayangkan diri sehalus debu terbang
itulah perjanjian kita sebelum lahir dilulmahput
membiasakan diri dengan wuduk dan alunan azan
kerana nilai keagonganmu terlalu sukar untuk dibicarakan.
Oleh ;Nurimanja,
jumaat petang hari, 
Tanggal 26hb, Mach, 2010

35 ulasan:

  1. BAB 9 siri 2 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK.

    Cikgu Bakar ini banyak Roplah kata orang Pulau Pianag (masaalah)aku tak sangka dia kawin tiga, gaji dia kena potong melalui Mahkamah, setiap orang anaknya RM50.00 sara hidup, isteri pertama dan kedua, Isteri pertama tiga orang sudah dewasa dan berkahwin , anak isteri kedua Munah Hitam bercera, ada anak tiga empat orang maseh besekolah, Isteri muda andartu , tidak ada anak,

    Dia tinggal di kedah,cang lun atau Kubur Panjang setiap bulan dia akan datang minta duit dekat cikgu Bakar, dengar kata dia buka kedai runcit.orangnya gemok pendek dan seksi jua.Cikgu Bakar selalu mabuk, Anak perempua yang sulung Maslina , gilamohoyan , rambut kosot masai, pakai kain ikat sampai ke paras betis, jumpa orang minta duit atau minta rokok.

    Anak yang kedua Maslinda berkawin dengan Askar bergaduh nak bercerai ada anak tiga orang, pencen asakar berniaga pasar malam , pakai Van , aku tengok elok saja ,tinggal dengan mentua tiba-tiba cikgu Bakar kena pergi Ke Pejabat Agama kes Mahmkamah .

    Aku tak faham dengan cikgu Bakar , sudahlah utang keliling pinggang, nak kawin samapai tiga, biar papa asala bergaya, kekadang aku tegok dia sembahyang juga, di kaca TV buruk dia yang rosak di tulis dengan cat sprey hijau; OH Tuhan Keanapakah Nasibku begini?

    Waktu itu umur aku baru tiga puluh tiga tahun, masih bujang , belum berkawin, minat pada penulisan masih aku teruskan, beberapa cerpen dan derama pendek aku ada tersiar di RTM Pulau Pinang,tetapi tak dapat sagu hati aku jadi malas untuk menulis.

    BERSAMBUNG ESOK!

    BalasPadam
  2. Tiga jawaban untuk Kevin Chong

    1 Al hamdulillah bila kami semua mendengar berita ini. Agama Islam ini soal hati, jika Allah telah buka pintu hati anda, tidak ada siapa boleh menghalang anda untuk memeluk agama Islam (Agama Allah) kerana anda telah mendapat cahaya -nur Islam.

    2 Jika anda memeluk Islam sebaiknya beri tahu mereka dengan cara yang berhemah, jangan sekali menyakiti hati mereka, dan hormatilah mereka sepanjang hayat, dengn cara berlmbut mereka akan sedar dan terima.

    3 Soal nama ini terpulanglah, ikut sedap anda jika Kevin Chong Abdullah ,nama bapa nabi Muhamad pun Abullah.Dalam bahasa melayu (Hamba Allah) , kita semuanya ini hidup di dunia ini hamba Allah.

    Saya dan semua sahabat CR ucapkan selamat sejahtera selalu buat Kevin Chong Abdullah semoga Allah sentiasa pelihara diri anda dan memberkati perjalanan hidup anda di dunia dan akhirat. Amin!

    BalasPadam
  3. SAGU HATI; royalti atau honorarium
    masa itu pakai taipretter,aku beli
    rm 300 di serawak. sekurangnya ada bayarlah sikit. Harap gaji aku masa
    itu rm 440 . masa itu cikgu semua
    problum, hidup nyawa ikan, laki bini
    cikgu bolehlah menafas, kalau tak utang keliling pinggang.

    BalasPadam
  4. INFO TIP RENUNGAN MUHASABAH DIRI QALAM MUTIARA

    Kebanyakan hidup manusia di dunia melewati usia 60 tahun atau 70an,
    Ada setengah ahli pakar, malah kita sendiri pun boleh juga buat perhitongan sendiri, jika kita hidup 60 tahun, tidur kita lebih kurang 20 tahun.Tinggal 40 tahun baki, kita belajar lama masa sampai peringkat tinggi mungkin makan masa 20 tahun lagi, Bakinya tinggal 20 tahun sahaja lagi. Bekerja melayani anak bini 20 tahun , habis tak ada langsung baki umur lagi. Mana masa untuk kita beribadat kepada Allah SWT? sudah darap tolak campur kosong. Justruitu, Banyakanlah mencuri masa dari tidur yang banyak, kita ambil 5 tahun, curi lagi masa belajar itu, curi 5 tahun lagi dan masa bekerja dan bersama kaum keluarga, curi 5 tahun lagi. Campur ada 15 tahun ibadat Kita kepada Allah. Kalaulah tidak buat semacam ini , nescaya ibadat kita kosong.

    BalasPadam
  5. cikgu bakar ni gatal jgk ek? hahaha sekali 3 kwin..

    BalasPadam
  6. keje cikgu kwin 3? boleh ke nak sara anak bini mcm tu?

    BalasPadam
  7. smpai 3 cikgu bakar kwin! mmg mcm cte madu 3! haha

    BalasPadam
  8. kenapa byk sgt masalah cikgu bakar ni?? msti org x sembahyang ni..

    BalasPadam
  9. kesian cikgu bakar mcm2 masalah dia... anak pun jd gila...

    BalasPadam
  10. cikgu bakar ni dh gila agaknyer ade plak pi cat kat tv??? adoi..

    BalasPadam
  11. tu la nak kwin smpai 3 kan dh merana....

    BalasPadam
  12. smpai umur 33 x kwin2 lg ke en nuri?? lambatnyer....

    BalasPadam
  13. biar papa asal bergaya? adoi... kesian cikgu bakar ni mcm mne dia skrg en nuri?

    BalasPadam
  14. org kwin 1 pun x berurus ni sekali 3??? mmg cari penyakitlah cikgu bakar..

    BalasPadam
  15. AKU TERPAKSA PERGI

    yang pergi yang hilang
    hanyalah aku seorang
    engkau yang rasa
    kita tak sama
    aku terpaksa bukan kecewa
    apa yang terjadi bukan sekali
    senyum di ukir tanda kekuatan
    tapi hakikatnya hati tak tertahan

    bagai bintang bersinar petang
    bukannya aku seperti itu
    aku hanyalah sebutir pasir
    hilang bila di telan masa

    langsung tak terasa bila aku tiada
    tiada yang rugi bila aku pergi
    namun hakikatnya aku masih di sini
    pasti tiada yang bersedih hati
    ramai yang menanti menjadi ganti
    lebih bersinar dari kilau permata
    dapatkah aku bernafas lega
    rinduku pada di sana
    yang sepi yang hilang
    hanyalah aku seorang...


    Mawar Baiduri
    Koleh Mahsa
    10.4.2010

    BalasPadam
  16. eh! seksa jgak cikgu dulu2? tp skrg alhamdulilah dh ok dh...

    BalasPadam
  17. 300 typewriter!!! mahalnya....

    BalasPadam
  18. gaji en nuri 440!!! sikitnyer nak mkn ape mcm tu???

    BalasPadam
  19. honorarium ape benda en nuri?

    BalasPadam
  20. btol skrg klu keja laki bini bru leh hidup mewah kalau setakat sorg je keje? parah jgklah..

    BalasPadam
  21. 60an dan 70 je ke en nuri? seram sy dgr sbb sy dh msuk 68...

    BalasPadam
  22. 60 sampai 70 je ker? atok aku smpai 110! hehe

    BalasPadam
  23. wah! cekap math jgk qalam ni siap kira semua sekali..

    BalasPadam
  24. semua masa terbuang mcm tu jer.. pandai ko kira qalam...

    BalasPadam
  25. ko mmg cekap bidang kira2 la ko ni kerani ke qalam???

    BalasPadam
  26. Abdul Kareem Kramjit16 April 2010 pada 4:11 PTG

    eh! kevin chong masuk islam! selamat datang saudara bru...

    BalasPadam
  27. boleh buka kelab untuk saudara baru ni ramai saudara bru skrg..

    BalasPadam
  28. syabas kevin anda memilih agama yg benar!!!

    BalasPadam
  29. alhamdulilah semoga lps ni lebih ramai masuk islam...

    BalasPadam
  30. nama apa agaknye en nuri nak kasi kepada kevin ni....

    BalasPadam
  31. terima kasih en nuri tapi maaf en nuri wa sudah letak nama KEVIN KHAIRUDIN ABDULLAH nama ni wa pnya gf kasi dia kata ada nama melayu sikit... minta maaf en nuri.. dan terima ksih sbb beri pendapat pd saya... sy sudah memeluk islam sy talak tinggal sama papa mama dorg sudah buang saya? sy tnggal sama kwn sy melayu jgk dan lps hbis belaja ni saya mau kwin gf sy org melayu jgk... doakan en nuri....

    BalasPadam
  32. sajak solat? menarik jgk..

    BalasPadam
  33. en nuri letaklah sajak ketuhanan lagi moga2 ramai masuk islam nnt... insyaallah...

    BalasPadam
  34. sajak ketuhanan plak kali ni? wah! beraneka sajak2 en nuri skrg...

    BalasPadam
  35. ULASAN

    Mawar Baiduri dengan sajak aku tepaksa pergi,buat pertama kali, kumpulan mawar pun ramai juga , Tetapi kebanyakan sajak mawar ini rasa kekecewaan, barangkali si
    Mawar ini terlalu lembut, dan mudah menerima dan menjadi mainan sang kumbang, tetapi selalu menarik diri dan membawa diri dan pergi.Begitulah sikap mawar baiduri
    ini, sebelum hati terluka lebih parah dan berdarah berdarah..

    BalasPadam