Jumaat, 23 April 2010

KEMBARA BERSAMA KEGUNDAHAN



Satu kembara bersama kegundahan
menyeliputi zaman dan musim-musim
sesekali aku terasa penuh mencabar
dalam perjalanan yang penuh keharuan
membuat aku sesat dirimbun pemujaan.

Mengapa mesti ada lontaran suara hati
dari bibir mogel yang aku tidak mengerti
kerana berjalan dicelah rimbun pemujaan
sudah pastilah biasa membakar hatinurani
sewaktu kekalutan di denyut nadi jatungku

kalau esok atau lusa aku sering melupai diri
jangan biarkan saja  aku terus tersungkur
atau pun terbakar hangus dalam api bara
siramilah air semoga cerita ini menjadi abu
apabila kering biar terbang menjadi dedebu

aku sering takut pada keraguan yang sidikit
kerana dalam pegembaraan gundah gulana ini
sesiapa pun  terharu pada pumujaan dan pujian
apatah lagi aku sendiri tiada pernah mengenali
siapakah bersaniwara di dunia tidak abadi ini.

Oleh : Nurimanja,
sajak lahir jam 4 .00 sorey.
waktu Malaysia, 19hb, Mei, 1974

40 ulasan:

  1. KATA-KATA HIKMAT DAN PESANAN SEWAKTU DI KENYALANG


    1.Kalau mahu maju berniaga jauhkan tidak pekara ini. Kata seorang tua dari Terangganu yang berniaga kain baju sewaktu aku jumpa di Sarikei Serawak.

    Jangan jadi kaki main judi
    Jangan jadi kaki minum arak
    Jangan jadi kaki perempuan


    2.Kata pula seorang Thionghua yang aku temui berniaga kedai runcit di kampung Selalang Serawak.

    Kalau tak pandai senyum jangan berniaga
    Tidur meninggi hari hati kita menjadi keras.
    Dimana ada air di situ akan sampai orang cina

    BalasPadam
  2. CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.


    DI taman kanak-kanak inilah tempat Man menunggu, di sebuag bangku kayu yang tersorok di bawah sebatang pokok rambutan tua yang rending
    dan jarang-jarang pula daunya. Man tahu di situlah tempat abang muda duduk dan membaca akhbar setiap petang.

    Kawasan di pinggir kota ini memang banyak rumah-rumah didirikan secara haram dan rengkas dan sederhana, Setahu Man mereka sudah beberapa kali pindah randa bersama mamanya. Papanya pula seorang tidak ambil kisah dimana mamanya mahu menyewa.

    Setahu Man papanya jarang-jarang pulang ke rumah segala perbelanjaan harian dan hal ehwal akan dilakukan semua oleh mamanya yang uruskan,, papanysa cuma sekalisekala sahaja pulang ke rumah, papanya kerja sebagai seoarang pemandu teksi dan kereta sewa.

    Man tahu hidup mereka tidak seperti jiran-jiran yang berada di sekelilingi sebelah menyebelahi rumah mereka. Keluarga mereka sentiasa nampak riang, tidak seperti Man kadang-kadang Mama tidak benar langsung man keluar rumah.

    Man juga hairan kenapa jiran-jiran di perumahan haram ini tidak perlu ambil tahu di antara satu sama lain cuma bawa diri hal masing-masing,balik kerja tutup pintu buat hal sendiri. Tak perlu bertergur sapa atau tolong menolong, jangan perduli hal orang lain, hidup kita kerja kita .

    Malah Man pun hairan melihat rumahnya semua tingkap dan pintu selalu saja tertutup, mama tidak membenarkannya dibuka. Mama selalu saja kerja malam. Cuma hari minggu mama rehat.

    Mama pula selalu saja naik angina, Man buka tingkap sikit pun marah, Man selalu sahaja terkurung dalam rumah, kecual hari minggu begini, itu pun cuma sejam saja Man dibernarkan keluar rumah.

    Man telah pun diberi peringatan , jika Man pergi main jauh-jauh dari kawas rumah, dapat tahu mama , Man akan terima habuan, mama akan getu peha Man, mama akan sebat punggung man dengan tali pinggang papanya..

    Man masih ingat; Bagaimana mama pukul Man dengan tali pinggang papa waktu itu Man rasa bagai nak pengsan, Man tidak tahu berapa kali sebatan, yang Man tahu dia sudah terkencing dalam seluar.

    Waktu itu papa tiada, jiran-jiran sebelah menyebelah pun tidak berani hendak tolong. Itulah sikap mama yang amat Man takut. Bila Mama naik angina, muka mama nampak semacam singa lapar.
    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. TANGKAP MUAT

    ke sana ke mari
    mencari teman sejati
    mencecah sejuta jiwa
    aku tangkap muat sahaja
    tidak perlu banyak bicara
    temanmu temanku jua
    antara kita tiada beza

    kata kata di hujung jari
    tidak perlu kesana kemari
    aku berani hentam sahaja
    kalau silap keluar berita
    polis datang tanpa di sangka
    cubalah lari kemana sahaja
    asal selamat untuk seketika

    dalam selimut aku sembunyi
    seorang diri diam terkunci
    mata melilau mencari mangsa
    untuk ku hentam sesedap rasa
    jangan marah jangan terasa
    hidup ini hanya sementara
    kalau boleh maafkan saja
    tepuk amai amai belalang kupu kupu
    zaman sekarang ramai menipu...



    Diana Sanubari
    UUM
    20.4.2010

    BalasPadam
  4. ULASAN
    Bila UUM cuti? Diana Sanubari dengan sajak bertajuk TANGKAP MUAT.
    Pengucapan penulis ditujukan kea rah sesuatu yang terasa semacam agak tergesa-gesa, pilih di antara kawan atau yang lebih baik ada banyak rasa keberuntungan, lalu kerana hajat kepentingan diri lebih utama, kawan yang baik pernah berbudi pun diletakkan ketepi, soalnya boleh hidup dengan cara menipu.Apa yang amat penting tercapai hajat di hati.

    BalasPadam
  5. wah! nasihat yg berguna! patutlah en nuri pandai berniaga...

    BalasPadam
  6. wah! byk jgk pantang larang berniaga ni..

    BalasPadam
  7. bila baca pantang larang berniaga sah! aku x boleh jd peniaga smua tu kena kat aku jer?? hehe

    BalasPadam
  8. nk berniaga kena pandai senyum ker? alamak! patutlah perniagaan sy jarang jalan sy susah nk snyum...

    BalasPadam
  9. en nuri syarat2 berniaga 2 semua sy ada tp cuma sy x nsem jer? x nsem klu berniaga ok ker????

    BalasPadam
  10. org cina bg petua cara lain org melayu plak cara lain? wah! lain bangsa lain cara...

    BalasPadam
  11. wah! byk syarat nk jd peniaga yg berjaya ni? susah gak...

    BalasPadam
  12. alamak! rasanya klu sy jd peniaga x boleh kot? sy x pandai senyum... hehe yg lain2 smua dah pas...

    BalasPadam
  13. en mengamalkan 6 syarat ni ker? patutlah perniagaan en nuri maju!

    BalasPadam
  14. en nuri mmg baik hati boleh berkongsi ilmu klu sy rasanya simpan sorg kot? lagipun tips berguna ni.. ha ha

    BalasPadam
  15. tganu ckp lain? sarawak ckp lain plak? mcm2 cara plak...

    BalasPadam
  16. ni bru 6 petua en nuri amal dr 2 negeri dh berjaya blum lagi negeri2 lain kasi thu petua? klu en nuri kumpul semua rasanya en nuri dh jutawan...

    BalasPadam
  17. eh! mana biography en nuri?? pmpuan simpanan ni cerita pelacur ke en nuri???? hehe

    BalasPadam
  18. huh! mcm cerita pmpuan sundal jer??? ape2pun cerita biography en nuri lagi best...

    BalasPadam
  19. eh! cerita lain plak? hmm.. tajuk mcm 18 thn ke atas jer??? hahaha

    BalasPadam
  20. cerita ni psl apa plak? suspen jer episod 1 ni?

    BalasPadam
  21. eh! ni cerita penderaan kanak2 ker?? tp kenapa tjuk pmpuan simpanan??

    BalasPadam
  22. intro cerita ni pun mcm misteri jer/ cerita hantu ke ni?

    BalasPadam
  23. cerita pmpuan simpanan ni berdasarkan kisah benar ke en nuri???

    BalasPadam
  24. intro boleh tahan cerita pmpuan simpanan ni...

    BalasPadam
  25. eh! man ni sapa plak??? boleh tahan cerita ni... sambung cepat en nuri...

    BalasPadam
  26. cerita yg menarik ni msti cerita pmpuan sundal ni...

    BalasPadam
  27. cerita en nuri ni mcm pnh tgk dalam TV jer??? ape2pun menarik jgk...

    BalasPadam
  28. cte psl pelacur ke ni?? atau anak luar nikah?

    BalasPadam
  29. ni cerita masa en nuri kat sarawak dulu ker??? sbb kebayakan cerita en nuri berdasarkan kisah di sarawak..

    BalasPadam
  30. man pnya mak ni pmpuan simpanan ker?????

    BalasPadam
  31. mak man ni ibu ayam ker?? mcm cerita pelacur jer??

    BalasPadam
  32. cerpen ni cerita pasal masalah sosial ker?

    BalasPadam
  33. cerita mcm menarik x sabar nk tunggu sambungan seterusnya..

    BalasPadam
  34. sian man msti bila dia besar di balas dendam ni...

    BalasPadam
  35. sajak en nuri kali ni mmg puitis sungguh! sgt menarik....

    BalasPadam
  36. SAJAK EN NURI KALI INI SAYA SURENDER MMG SAYA X DAPAT MENANGKAP MAKSUDNYA KERANA SEMUA SASTERA EN NUR BEGITU TINGGI..SYABAS EN NURI MMG BERBAKAT!

    BalasPadam
  37. sajak en nuri best! tp bila baca x thu nk komen ape x phm sgt...ehhheeh

    BalasPadam
  38. sajak en nuri berkisar tentanga apa plak kali ni???

    BalasPadam
  39. sajak ni kalau saya nak pinjam buat lagu boleh en nuri??????? sbb seni kata mmg menarik dah........

    BalasPadam
  40. wow! sajak en nuri mmg tinggi sasteranya...mmg sy x phm walpn ayat2 dia sgt tersusun...

    BalasPadam