Selasa, 9 Mac 2010

SOLAT ITU SATU KETENANGAN


Solat itu membersihkan
cuma lima kali dalam sehari
menyerah diri kepada Allah
semoga hati menjadi tenang
dapat memantap kekuatan iman,

Solat itu mengarahkan kita
menjauhkan diri dari  mungkar
banyak mengerjakan yang makrup
kerana hati yang dsalut ketenangan
akan diredhai masuk ke syurga Allah.

Oleh ; Nurimanja,
catatan kuliah pagi hari,
dari penceramah bebas 2010.

26 ulasan:

  1. ALAM MESTRI CERITA KE 2/SIRI 2 BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA
    ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Sutimah sering memandang Wak Kardi sebagai seorang tua yang hendak mampus beberapa hari saja lagi. Bila Wak Kardi tiada di rumah , peluang ini di isi dengan menjemput Sukiman kekasihya yang tidak mempunyai pekerjaan itu.
    "Bagaimana dengan orang tua yang nak mampus itu?" Tanya Sukiman kepada Sutimah. Tangannya yang kasar itu merayap ke bahu Sutimah dan memicit-mecitnya. Sutimah sesekali kegelian.

    "Orang tua itu tidak mengganggu aku." Jawab Sutimah, membiarkan jari-jari Sukiman bermain-main di bahu dan tubuhnya.
    "Aku dah duga orang tua itu tidak bertenaga lagi. Kau akan jadi anak patong perhiasannya." Sukiman terus ketawa . Sutimah pun juga
    amat merasai kebenaran itu.


    "Sebab itulah aku memanggil kau.!" kata Sutimah, sambil menangkap lengan Sukiman yang keras dan kasar itu. Kemudian mereka ketawa bersama. kemudian menuju ke bilik tidur,lagak seperti sepasang suami isteri, yang baru melangsungkan perkhawinan.
    "Aku sentiasa menemanimu, jika kau dalam kesunyian," Sukiman terus ketawa terbahak-bahak.

    Sukiman menyangka kegagahan kelelakiannya dapat mengatasi kemampuan Wak Kardi yang telah tua terbongkok-bongkok itu. Sukiman
    senyum bangga, kemudian menelan air liurnya bila Sutimah menarik tangannya. Sutimah berasa bangga kerana suaminya Wak Kardi bagai patong bernyawa. Pertemuan yang acap kali mereka lakukan itu akhirnya diketahui juga oleh orang kampung.

    "Wak! Rumah Wak ada musing kepala hitam yang mencuri masuk di siang hari. Bagaimana dengan anak ayam dara Wak itu? tidak dibahamnya?" Tanya orang kampung sewaktu Wak Kardi pulang dari kebun.
    "Siang hari? Mana ada musang?" Sangah Wak Kardi , ingin menapikan tuduhan mereka itu.
    "Belum tentu Wak!" Jawab seorang daripada mereka. Bagi menyakinkan hati Wak Kardi.
    "Anak ayam dara Wak itu, sudah dididik," Wak Kardi masih ingin menolak sangkaan burut itu. Kemudian dia cepat berdar dari situ.

    Setibanya Wak Kardi di perkarangan rumahnya , dia lihat Sutimah tersenyum di muka pintu, hati Wak Kardi merasa senang. Wak Kardi
    menghulur barang-barang yang dibawa dari kebun, Sutimah segera menyambutnya dengan senang. Wak Kardi memandang telatah Sutimah.
    Masih anak-anak, bisik hati kecil Wak Kardi.

    Sutimah banyak berlari bila dia membuat kerja-kerja di rumah. Wak Kardi cuma suruh Sutimah memicik tubuhnya yang leteh selepas
    seharian bekerja di kebun. Untuk mengauli Sutimah dia terasa amat sayang. Masih keanak-anakkan. Bentak lagi hati kecil Wak Kardi.
    "Siang tadi, adakah musang datang ke rumah?" Tanya Wak Kardi kepada Sutimah.
    "Tak ada Wak." jawab Sutimah rengkas.

    "Kau jagalah baik-baik, jangan ada musang naik ke rumah, dibahamnya anak ayam dara kau?" Tambah Wak Kardi lagi.
    "Saya sentiasa jaga Wak!" jawab Sutimah lagi; Dalam hati dia terbayang bagaiman saekor tupai jantan telah menebuk buah kelapa
    mudanya di siang hari di halaman rumahnya sewaktu Wak Kardi tiada.

    Tetapi Wak Kardi cuma tersenyum dengan jawaban Sutimah itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. huh! sian wak tertipu...

    BalasPadam
  3. dh nmpk dh babak dramatik.. msti lps ni wak tu nmpk bini dia curang msti dia bunuh dorg dua...

    BalasPadam
  4. wah! jahat bini dia ni msti dorg berpakat nk bunuh wak ape....

    BalasPadam
  5. sian wak ni lurus bendul.....

    BalasPadam
  6. huh! bini dia mmg jahat! ape la wak ni tak selidik dulu...

    BalasPadam
  7. bini dia mcm keanak-anakan? berapa umo bini dia ni?>

    BalasPadam
  8. cerita ni dr cerita betol ker? mcm cte betol plak?

    BalasPadam
  9. huh! habislah dorg ni nnt klu wak tu tahu...

    BalasPadam
  10. eh! ni dari cerita sebenar ker? wak ni kwn en nuri sendiri ker?

    BalasPadam
  11. dorg ni berani la sekali kalau wak tu balik rumah awal? mampus dorg....

    BalasPadam
  12. tu la kwin dgn pmpuan yg tak matang? kan dh terkena...

    BalasPadam
  13. cari la sama baya dengan wak tu ni nk anak dara kan dah merana....

    BalasPadam
  14. klu sy jd sutimah pun sy wat mcm ni yela dh laki tua??? hahahaaha

    BalasPadam
  15. kali ini ana pula nak bercerita kalau en nuri benarkan...


    SUBUH:

    Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan,membuatkannya berasa takut sangat. Lalu apabila fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan solat dua rakaat.

    Rakaat pertama: Bersyukur terlepas dari kegelapan malam.
    Rakaat kedua: Bersyukur siang telah menjelma.


    ZOHOR:

    Orang pertama mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

    Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan.
    Rakaat kedua: Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya.
    Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah.
    Rakaat keempat: Bersyukur korbannya digantikan kibas.


    ASAR:

    Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:

    Rakaat pertama: Kelam kesalahan.
    Rakaat kedua: Kelam air laut.
    Rakaat ketiga: Kelam malam.
    Rakaat keempat: Kelam perut ikan.


    MAGHRIB:

    Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

    Rakaat pertama:menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
    Rakaat kedua:menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
    Rakaat ketiga:meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.


    ISYAK:

    Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:

    Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya.
    Rakaat kedua:terhadap saudaranya Nabi Harun.
    Rakaat ketiga:terhadap Firaun.
    Rakaat keempat:terhadap anak Firaun.


    itu cerita asal usul solat dari ana maaf anta juga bercerita...

    BalasPadam
  16. Semoga lebih ramai mengirim sebarang
    hasl penulisan berbagai untuk kita
    kongsi bersama buat sahabar CR dalam
    1 Malaysia!!

    Terima Kasih Syeikh Al Habib kerana
    beri sumbangan info agama, ana pun
    banyak tidak tahu tentang agama, ana
    cuma catat apa yang ana dengar ana
    juga susah hati takut salah. harap
    ada ustaz yang tolong berbetul, amin.

    BalasPadam
  17. mne syeikh al habib dpt info psl ni???

    BalasPadam
  18. lengkap syeikh ni cerita pasal asal usul..

    BalasPadam
  19. eh! hebat jgk ilmu syeikh habib ni...

    BalasPadam
  20. syeikh habib ni menuntut ilmu tnggi ni....

    BalasPadam
  21. mmg tinggi sungguh ilmu syeikh habib ni wlpn sy org lama pun tak tahu tentang asal usul ni...

    BalasPadam
  22. mana syeikh ni dpt? asal usul solat? terima kasih sbb sudi berkongsi.....

    BalasPadam
  23. kitab mana syeikh dapat tentang asal usul ni?????

    BalasPadam
  24. mmg menarik asal usul solat dr syeikh habib! semoga kita mengambil iktibar...

    BalasPadam
  25. KAMU YANG DIHUJUNG SANA

    Waktu bersahaja Duduk di jendela
    Dengar lagu Mengulit sendu
    Kain di ampaian Basah terkena hujan
    Bunga kecil Kelopak mungil
    Teringat kamu yang di hujung sana.

    Kata terpena Warkah berjela
    Rindu membuak Gelisah menyentak
    Aku dan sepi Kasih nan mati
    Bila kamu pergi Menangis lagi
    Teringat kamu yang di hujung sana.

    Bila bersua Siapa terlena
    Entah di mana Apa punca
    Kamu yang di hujung sana


    Dayang
    DI tempat kerja
    2.3.2010

    BalasPadam
  26. ULASAN


    Sesekali duduk termenung mengenang orang yang jauh , ada baik juga
    dari menceritakan sesuatu yang lebih sia-sia ataupun menyakitkan hati
    orang lain. Buat masa ini perpisahan menjadi perkara biasa, kecangihan
    teknologi kini membuatkan kita lebih dekat dan hari-hari boleh berbicara.

    BalasPadam