Selasa, 30 Mac 2010

SERULAH PADA SOLAT!


Serulah ahli kamu
pada mengerjakan solat
cuma 5 waktu sehari semalam
Bila bangun mengerjakan solat
membersihkan diri kita sepenuhnya
menyerah diri serendah semut melata
membayangkan diri sehalus debu terbang
itulah perjanjian kita sebelum lahir
membiasakan diri dengan penuh takwa
sebelum kita dipohon jemput kembali
kepangkuan yang maha esa rabbul izzati.

Oleh ;Nurimanja,
jumaat petang hari,
Tanggal 26hb, Mach, 2010.

32 ulasan:

  1. BUDAK PONDOK Siri ke 2 BAB 1
    Semasa abang-abang aku masuk jawi (bersunat) aku yang paling takut tengok Tok Mudin, ayah kata Tok mudin datang , aku yang lari dahulu.

    Memang aku ini penakut waktu kecil dahulu tengok orang India beragama Hindu pun takut, lari lentang pukang, Apa tah lagi mereka cerita hantu hantang kelopak jantung hantu dating aku sepak melambung dan macam-macam hantu,ada hantu sorok,hantu Cek mah hela,semuanya membuat hati aku jadi kecut.
    Ketika usia aku lima atau enam tahun ,mula kenal kawan sebaya dengan aku,kami mula main guli, gasing, tudung laminit, kotak rokok,ayam sabung, wau, senapang kayu.dan ikan pelaga.dalam keadaan aku semput
    Itu pun aku maseh suka bermain, Mak selalu panggil aku balik, waktu tengah hari rembang ,tejerit-jerit, biasanya hari sabtu dan ahad tidak ke sekola.,

    Dua orang kawan aku lagi teruk, Leman dan Awang, mereka sudahlah hidung behingnus, telinga pula bernanah, bau busuk ini yang buat aku tak tahan , orang lain semua lari, tapi aku tetap berkawan juga.

    kawan aku bernama Sulaiman, aku panggil ia Leman saja, dia ini semedang tarik siput beletong , berhingus dari darjah satu sampai dajah enam. Setiap hari aku bersekolah berjalan kaki,kecuali hujan ayah hantar dengan basikal buruknya. Dari darjah atu sampai darjah empat aku maseh belum boleh membaca.aku tidak tahu dimana silapnya.

    Waktu aku melengung di depan get Jin Seng Estate ke jalan masuk Ke kampungku, aku lihat beberapa orang budak permpuan berpakain baju kurung seragam sekolah Agama kayuh basikal mudar mandir dahulu kemudian, di tepi jalan raya Jalan Siakap .

    Aku mula tertarik dengan pakaian dan uniform Mereka berbaju putih dan kain biru tua, Aku pun berfikir-fikir di dalam benak hati, bolehkah aku masuk belajar bersama –sama, aku rasa umurku sudah melewati empat belas tahun, aku bercadang balik nanti hendak bertanya hal itu kepada ayah, semoga ayah dapat membantnya.

    Kata ayah sekolah Agama Rakyat itu tidak jauh, di Simpang Tiga, kira- kira setengah jam kayuh basikal. Aku mula berfikir dalam kepala, aku Ini tahi penyakit, suka semput, bolehkah aku kayuh basikal?

    Berbagai benak pertanyaan bermain dalam Kotak kepalaku, kerana tekat aku bulat aku berani mengatakan kepada ayah aku mampu,
    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  2. MENGENANG CERITA LAMA (LEGENDA 40 dan 50an ZAMAN P.RAMLE JADI CIKGU SHAARI)

    ______________________________________________________________________________________________


    Bila baca cerita en nuri darjah empat atau lima tak boleh mengeja, membaca dan menulis,ini mesti teruk punya sistem pendidikan, latar belakang keluarga,hidup dlam kemiskinan, ataupun persekitaran alam sekeliling.Tapi en nuri lulus juga ada dua tiga orang lagi masih dlam darjah satu nak masuk tiga tahun. Aduh seksa depa besar dari orang lain. Aduh mampus!

    Saya masih ingatlagi, gaji seorang guru pelatih baru (muda) rm 75,00 sebulam, bukan main melawa lagi, naik basikal,berderet dari Bagan Serai ke sk Matang Gerdu.kueh jam
    itu, seketul lima sen. Aku bawa tiap hari 15 sen, kalau hari Isnin bawa 20 sen,sebab ada pekan hari /sehari, beli kancang poi 5 sen tiga orang makan, en nuri dia semput, mana boleh makan banyak , dia beli aku makan , ha ha ha .

    Macamana nak pandai,pagi makan pulut tanak dengan ikan masin, masuk dlam kelas mula mengangtuk,
    cikgu masa itu semua problum,guru besar aku pun moflis, kuat main nombur ekor, cikgu yang muda ini, macam hidup segan mati pun tak mahu. kalau dulu jika ada kluarga cikgu anak cucu dia semua cikgu, main tumbuk rusuk.

    Satu guru besar aku lihat bukan main berlagak lagi,pakai seluar
    pendek putih, siap dengan paip bengkok, pakai tongkat lagi, dengan topi mat saleh, dia
    beli kat mana x tahu.cara dia berjalan pun kita tahu berlagak lebih dengan akhbar utusan melayu
    terkepit di celah ketiak. cakap melayu macam mat saleh sesat pula. Aduh sakit perut aku tengok gaya gelagat guru besar sekor ini.

    maaf x boleh nak cerita geli hati.

    BalasPadam
  3. BERAPA SUBJEK PEMBANTU PENSYARAH?

    Aku pembantu pensyarah...
    Melakukan yang di arah..
    Katanya satu subjek Rm20..
    Aku pilih 20 subjek berapa puluh?
    Dengan sangat spontan...
    Hasil 20 subjek bertukar rupa..
    Dalam masa yang tak seberapa...
    Baju..t-shirt...dan make-up muka..
    Menjadikan hasil 20 subjek
    kepada debu terbang di udara...
    Hati kini mencongak-congak...
    esok berapa subjek bakalku minta...
    esok berapa hasil subjek yang bakal terbang ke udara...
    Debu....jangan lupa!


    Olie Pajutdy
    Taiping
    10pagi

    BalasPadam
  4. GELETEK pagi ni sah!!! anak atau adik en nuri.... dia mcm thu2 je psl en nuri.....

    BalasPadam
  5. geletek pagi cte psl ape? aku pun x phm... ko cikgu macam en nuri jgk ker?

    BalasPadam
  6. geletek pagi msti org2 pencen ni sbb dia punya cerita pasal org dulu2 saja? mustahil geletek pagi bdk remaja sbb hanya org2 lama sj thu psl sejarah lama....

    BalasPadam
  7. geletek pagi d bdk ke org tua? kdg2 confius jgk aku... sbb dia thu psl cerita lama dan baru????

    BalasPadam
  8. geletek pagi ni pun cerita psl kenangan lama jgk ker? ape2 pun aku ske lagi cerita en nuri.... hehehe

    BalasPadam
  9. huh! dalam dok sakit2 pun sempat lagi nak main.... hhehehe

    BalasPadam
  10. wah! mcm2 en nuri main masa kecik2 dulu? hahahaha

    BalasPadam
  11. wah! mmg nakal en nuri dulu rupanya...

    BalasPadam
  12. en nuri tkut india??? wakakakkaka sbb apa plak? sbb hitam sgt ker? hahahahahhaa

    BalasPadam
  13. en nuri penakut ke dulu2??? heehe skrg mcm mne penakut lagi ker?

    BalasPadam
  14. takut dgn tok mudim!!! jgn kata en nuri saya pun takut jgk masa kecik2 dulu... takut tgk pisau tu...

    BalasPadam
  15. en nuri penakut masa kecik2 dulu? sy terfikir sejenak? mcm mana en nuri ngorat isteri en nuri??? atau dia yg ngorat en nuri?? hehehehe gurau saja...

    BalasPadam
  16. kawan2 en nuri leman dgn awang skrg masih berkawan dengan en nuri lagi ke?

    BalasPadam
  17. en nuri mmg baik btol msih kwn dgn mereka wlpn ada hingus dan nanah? klu sy sah! sy putus kwn... geli ....

    BalasPadam
  18. wah! mcm2 cerita en nuri masa kecik2 dulu.....

    BalasPadam
  19. eh! en nuri x pegi skola ke dulu2? ha! en nuri pun ske ponteng jgk ker? hehehe

    BalasPadam
  20. mmg lawak la bila baca kenangan en nuri dulu2 mcm2 kisah ada....

    BalasPadam
  21. en nuri dulu x skola ker? kenapa plak? kesempitan hidup ker?

    BalasPadam
  22. huH! en nuri nakal jgk masa kecik dulu? msti slalu kena rotan ni... hehe

    BalasPadam
  23. eh! en nuri mula menulis sajak bila? x cerita pun kt sini????

    BalasPadam
  24. eh! zaman kanak2 en sedih plak sy baca kecik2 dh slalu sakit....

    BalasPadam
  25. hahhahaa hingus meleleh dr darjah 1 sampai 6!!!!! wakakaka malang btol nasib kwn en nuri tu...

    BalasPadam
  26. cikgu masa kecik2 dulu tinggal di mana? penang jgk ker?

    BalasPadam
  27. en! nuri dh la semput mcm mne nk pergi skola?

    BalasPadam
  28. eh! en nuri tgk bdk pmpuan pakai bju skola trus rasa nk pergi skola? sedih plak sy bca....

    BalasPadam
  29. dulu2 mmg mcm2 cerita hantu dorg cerita mmg takut jgk dgr...

    BalasPadam
  30. eh! mmg setia kwn en nuri wlpn kwn pengotor en nuri tetap kwn dgn dia jgk....

    BalasPadam
  31. antara tok mudim dan hantu? saya tkut tok mudim lagi... hehhehe

    BalasPadam
  32. en nuri ni brapa adik bradik? anak tunggal ker?

    BalasPadam