Jumaat, 19 Mac 2010

KITA BANYAK MELAKUKAN DOSA


Dosa itu akan mematikan hati
rezekinya juga akan betambah jauh
sesiapa yang selalu bertawakkal
rezekinya akan datang tanpa dsedari.

Malah kalau dikehendak Allah
sebiji gandum diganti sebiji tamar
saekor kambing kurus susunya banyak
tdak habis untuk makan dan minuman.

Buat mereka yang ikut ajaran nabi
nescaya akan mendapat pembelaannya
ini bukanlah satu cerita main-mainan
tapi cerita buat keberkatan dunia akhirat.
 
Oleh : Nurimanja,
Bayan Lepas, Balik Pulau,
Sini Terlepas Sana Terperlau.
Tahun penuh cabaran kewangan 2010.

23 ulasan:

  1. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    SIRI SERAM ; OLEH NURIMANJA ; SIRI AKHIR BERTEMU ROH : MASYARAKAT INDIA 1 MALAYSIA
    __________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    SETELAH sampai di tanah perkuburan Limgam melompat turun, belum pun sempat Gunalan memberhentikan basikal itu. Gunalan menyandarkan basikal di pintu gerbang tepi jalan, mereka berdua meluru ke tempat persemadian Lakchmy itu. Lingam berlari mendahului Gunalan, saekor anjing tua yang sedang tidur di tepi batu terkejut melarikan diri, melihat mereka berdua datang.

    "Ini bang, Ini pusara kakak Lakchmy, lihat masih merah tanahnya. Rumah batu kecil ini juga, baru saja papa membinanya,"
    kata Lingam kepada Gunalan.

    Setelah Gunalan melihat pusara Lakchmy itu,segala tulang sendinya menjadi longgar, hampir tersungkur di atas pusara Lakchmy itu, dia melihat gambar kecil Lakchmy tenang menanti ketibaannya di pagi hening itu.
    "Lakchmyyy!!" Raung Gunalan, dia tertenduk di situ, air matanya berjujuran membasahi pusara, kesayuan terasa bagai merayap
    disekelilinginya.

    Lingam juga turut merasakan kesedihan dan kehibaan di pagi itu. Dia berpelukan dengan Gunalan, sambil menangis keduanya terisak-isah,seperti satu drama Tv di pagi hari. Limgam melihat wajah manis kakaknya yang berlesung pipit di pipi, semasa hayatnya dahulu, Lingam selalu aja mencubit pipi kakaknya, terlalu geram. maka berlakulah kejar mengejar di sekeliling rumah mereka.

    Akhirnya Gunalan tersembam lama di atas permukaan pusara itu, bila dia bangun mulutnya terkumat kamit memohon doa kepada tuhanmereka , mengampun dosanya yang telah mempersia-siakan Lakchmykekasihnya itu. Dia juga menyesali sikapnya yang lambat pulang dan tidak mengerim surat kepada Lakchmy, bermacam lagi penyesalannya yang diterangkan kepada gambar Lakchmy.
    tetapi gambar itu tetap tenang dan kaku.

    Sewaktu Gunalan hendak bangun mengangkatkan kepalanya dari pusara itu. Tiba-tiba dia terasa tangannya tergengam kembali rantai
    emas berloketkan cinta itu. Dia mengangkatnya perlahan-lahan, beberapa titisair matanya mengalir lagi. Di bawah matahari pagi yang terus bersinar merah itu, seperti luka parahnya hati Gunalan yang kecewa menanggung derita.

    Kini Gunalan mengerti, Lakchmy yang di temuinya malam tadi, adalah roh suci bekas kekasihnya. Gunalan dapat membayangkan kembali dalam ingatannya, tetang beberapa tempat yang sama, seperti kawasan yang cerah, rumah batu yang tidak berbumbung, dan pohon ara yang besar yang tidak jauh dari pusara Lakchmy, sudah cukup membuktikan tempat ini tidak boleh ditimpa air hujan.

    Gunalan cuba bangun perlahan-lahan, kemudian dia memegang bahu Lingam, lalu bangun dan memberi hormat, sebelum mereka beredar dari situ.Sewaktu Gunalan hendak mencapai basikal yang disandar di pintu gerbang, dari jauh dia ternampak seketul batu besar, tempat mula-mula dia menemui roh Lakchmy pada malam tadi.

    Sehinggalah Gunalan pulang kembali ke Singapora dengan pergi membawa bersama sekeping hati yang kecewa. Namun kisah petemuannya dengan roh Lakchmy masih tetap bersemati di dalam hatinya, dan tiada siapa pun yang mengetahuinya.

    S E L E S A I .
    sebab cerita seram ini berlaku di antara 1 malam hingga 7.00 pagi saya siarkan d antara waktu 4.00 dan 5.00 pagi. harap maklum!

    BalasPadam
  2. SU SEMASA DULU IT YANG MENAIKAN, KINI IT JUGA MENJATUHKAN,
    __________________________________________________________________________________________________________________________

    Bila Mantan Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan IT kepada rakyat Malaysia, kesempatan initelah pun
    diambil oleh penentang pihak pemerentah . Mereka telah guna sepenuhnya menghendam apa saja soal memburukkan pemerentah. Lalu rakyat terpengaruh, menyebabkan lima negeri bertukar tangan. Kini telah ramai rakyat telah celek IT pembohongan akan memakan tuan,
    pendedahan demi pendedahan akan turus membuka tembelang. Tunggu saja bila tiba masanya ,waktu akan menentu dan masa akan menceritakan.

    Baru ini saya pergi kenduriseorang hamba syaitan, menceritakan kepada saya tentang apa yang dia dengar sebelah saja. 10 minit dia asyik menerangkan pada saya, tentang tohmah dan fitnah katak , biawak
    yang keluar. Sekarang ulamak terkenal di dunia datang untuk laksanakan sumpah dusta konon ke
    atas saiful, najip pun takut kata dia. Akhir sekali saya kata pada dia , "kalau benar angkat saja
    sumpah laknat, secara tak langsung sumpah dusta tak payah pakai lagi. Kenapa saiful dan najib dah angkat sumpah laknat. kenapa si polan itu tak berani?"

    Dia senyap merah muka, saya ambil
    air suruh dia minum. akhirnya dia kata dua-dua tak boleh pakai putaq belit semua ................

    BalasPadam
  3. mmg sedih cerita gunalan ni...

    BalasPadam
  4. la..laksmi dh mati sebenarnyer??? sian gunalan,,,,

    BalasPadam
  5. sedih plak ending cerita ni....

    BalasPadam
  6. mmg menyayat hati cerita ni...

    BalasPadam
  7. sampai mati laksmi merana??? sayu betol...

    BalasPadam
  8. laksmi tu mkn hati la tu... sedih cerita ni...

    BalasPadam
  9. ape2 pun cerita ni mmg sedih gila! sebak hati membacanya....

    BalasPadam
  10. hbis gunalan x kwin lain ker? xkn membujang smpai mati kot?

    BalasPadam
  11. sedih cerita ni! syabas!!!

    BalasPadam
  12. akhir cerita ni mmg menarik! sedih dan seram.. hehe

    BalasPadam
  13. sob.. sob... sedih la cerita kali ni... ingatkan seram je sampai habis....

    BalasPadam
  14. besar sungguh cinta laksmi dgn gunalan! smpai mati pun roh dia jmpa gunalan....

    BalasPadam
  15. eh! laksmi ni mati bunuh diri ker? mati merana?

    BalasPadam
  16. sepatutnya sebelum pergi dulu gunalan kwinlah dgn laksmi terus...

    BalasPadam
  17. apalah psl cinta pun nk mati? ape susah kwin jer lain?

    BalasPadam
  18. eh! india pun ade doa2 kat kubur ker? aku ingat islam jer baca al-fatihah...

    BalasPadam
  19. eh! sajak ni psl politik lagi ker?

    BalasPadam
  20. ade mcm bunyi politik jer? hehe

    BalasPadam
  21. sajak aku x phm pening jgk.... hehe

    BalasPadam
  22. sajak ketuhanan yg menark...

    BalasPadam
  23. TETIPU

    Aku tertipu olehmu
    yang tiba-tiba berlalu
    menyatakan rindu
    sayangmu padaku
    kemudian pergi
    tak toleh ke belakang lagi.

    Aku tertipu olehmu
    yang menyatakan benci
    sedang aku tahu dalam hati
    kau tak pandai bohong
    rasa yang menggila
    membuak dalam dada.

    Aku tertipu olehmu
    bila kau diam
    di situ terpaku
    kaki pun terkaku.


    Dang Anum
    Di tempat kerja
    11pagi

    BalasPadam