Sabtu, 20 Mac 2010

JIKA KITA DIKUTUK ORANG



Jika ada orang mengutuk kita
cuba bersabar dan diam sahaja
kerana diam itu pahala buat kita
lagi bertambah banyak orang kutuk
kian bertambah pula pahala kita.

Jika ada orang yang mengutuk
sebenarnya itu satu ujian cuma
kalau berlawan menang dapat apa
jikalau kalah pun tidak dapat apa
baik saja berdiam diri banyak pahala.

Oleh : Nurimanja,
pagi hari, 10/3/2010.

26 ulasan:

  1. INFO AGAMA : SUAM YANG LEPAS TANGAN (TANGGUNGJAWAB) : OLEH : NURIMANJA
    ____________________________________________________________________________________________________________________________________________

    SEWAKTU nak berkhawin dulu bukanlah main hebat sekali, kemana pergi berduaan , sehati dan sejea kata orang, tapi apabila sudah berkhawin, sudah dapat pula anak seorang dua, dia mula buat ragam, kalau tidak si suami, si isteri pula buat hal, ada-ada saja iblis ini cari jalan siang dan malam bagi merosakkan rumah tangga orang. Bercerai sesuatu yang dibenarkan tetapi tuhan bencinya.

    Walaupun telah diberi kursus sebelum berkhawin, diberi sejil, kira sudah lulus dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga, tetapi satu kursus yang ustaz terlupa nak beri bagaimana rumah tangga boleh berkecai, siapa, sebab apa, kenapa.bagaimana , apa puncanya? Jarang kita dengar ada kursus. jastruitu banyak berlaku perceraian.

    Di Malaysia para suami yang tidak bertanggungjawab atau main lepas tangan meninggkat hampir 23 ribu lebih. ingat lepas di dunia, akhrat ada perbicaraan lagi. Sewaktu angkat lafaz nikah ijab dan bakul ada khutebah nikah dulu, lebih tiga bulan tidak diberi nafkah zahir dan batin, maka ......... Bila mak pa dah bercerai, anak-anak jadi mangsa, tertekan. masing-masing
    nak tunjuk ego. tak sedar anak sendiri jadi mangsa. fikirlah dulu. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri .......

    BalasPadam
  2. ape2 pun harap2 aku dgn isteri aku kekal sepanjang hayat amin....

    BalasPadam
  3. alamdulilah sy sama isteri saya bahagia bah.. doakan kami bahagia hingga akhir hayat bah...

    BalasPadam
  4. betol pendapat en nuri... ape2 pun syabas! hehe

    BalasPadam
  5. huh! alamak! psl topik rumah tangga plak! aku x boleh komen sbb aku msih bujang? hehe

    BalasPadam
  6. akal dan otak?

    Bagi saya, AKAL merupakan sesuatu yang maknawi dan abstrak manakala OTAK pula sesuatu yang material. Ada pendapat yang mentakrifkan akal itu sesuatu jauhar yang mudah dan pendapat mengatakan akal itu adalah jiwa atau pemikiran.

    Di mana letaknya akal dan otak? Ada yang mengatakan akal itu letaknya di kepala dan ada juga yang mengatakan letaknya di hati. Manakala otak pula letaknya di kepala. Kalau kita lihat dan renung, Allah Ta’ala memberikan otak kepada makhluknya yang bernyawa tetapi tidak semua yang berotak itu berakal. Sebagai contoh: ayam, ada otak tapi tidak berakal, tidak ada perhintungan dosa pahala, halal haram sesuatu perkara.

    Tetapi bagi makhluk yang bernama manusia, Allah Ta’ala kurniakan kepada kita akal sebagai ‘penapis’ untuk memastikan sesuatu perkara itu bertentangan ataupun tidak dengan syariat dan fitrah. Sebab itu pentaklifan hukum syara’ mementingkan akal dan bukannya otak sebagai misalan; solat, antara syarat sah solat ialah berakal dan begitulah seterusnya ibadat-ibadat lain.



    Otak hanya berfungsi untuk merealisasikan apa yang ‘ditapis’ oleh akal. Akal yang sihat akan melakukan perkara yang baik manakala akal yang tidak sihat akan melakukan perkara yang sebaliknya. Suatu elemen yang mampu mempengaruhi akal adalah nafsu. Nafsu jika ditemukan dengan akal yang sihat maka akan memberikan impak yang positif kepada manusia. Tetapi, nafsu jika ditemukan dengan akal yang sakit maka akan memberikan impak yang negatif kepada tuannya.

    Apakah formula untuk membina akal yang sihat? Setakat yang penulis tahu, terdapat ramai pakar motivasi memberikan tips untuk membina otak yang sihat dan jarang yang memberikan tips untuk membentuk akal yang sihat.

    BalasPadam
  7. btol! klu org kutuk kita diam jer...

    BalasPadam
  8. betol! sabar separuh dr imam!!! hehe

    BalasPadam
  9. eh! xkn nk diam je en nuri? nnt dia pijak kepala kita plak? klu sy org kutuk sy? sah! teruk sy kerjakan dia!!! haha

    BalasPadam
  10. klu sy org kutuk sy? sy kutuk dia balik! hehehehe

    BalasPadam
  11. yup! btol diam dpt pahala! hehe

    BalasPadam
  12. DALAM KELAS KECIL

    Dalam kelas kecilku
    Bayu bertiup lembut di samping
    tiba-tiba di kantin bau ayam
    ketika itu aku di penjuru kelas.
    melihat ragam budak nakal
    tatacara yang jelik

    Namun
    mesra mereka di sana
    bangku kaki pula bergesel
    ketawa lakonan entah apa.
    walaupun dilarang ada yang melarang
    semua diam padam saja semua.


    mohamad badawee
    di dalam kelas ketika tiada guru
    11pagi

    BalasPadam
  13. wah! terrer jgk sulaiman embong ni cerita pasal otak dan akal???

    BalasPadam
  14. sulaiman embong ni keja apa? mcm cikgu jer? hebat bab2 akal dan otak ni bkn calang2 org yg thu...

    BalasPadam
  15. ko cikgu sains ke sulaiman? setahu aku cikgu je thu bab2 ni....

    BalasPadam
  16. oh.. bru aku thu peegertian otak dengan akal... thnkz sulaiman embong!

    BalasPadam
  17. wo! byk gak tip2 menjaga akal oleh sulaiman! tima ksih!!!

    BalasPadam
  18. cerita pasal otak dan akal pun ade belaja dh kt kelas dulu...

    BalasPadam
  19. adakah sulaiman embong cikgu??? atau ahli politik? confius jgk sy...

    BalasPadam
  20. terima ksih sulaiman embong kerana berkongsi info tentang ni.......

    BalasPadam
  21. sulaiman embong ahli politik kan? hebat jgk pergertian sulaiman embong tentang akal dan otak ni...

    BalasPadam
  22. esok saya pula nak menyumbang info jika en nuri benarkan???

    BalasPadam
  23. السيد نورى ني الذين بالضبط؟ الشعر ، كما عشيقة الشعر جميلة جدا! هذه هي عشيقة الشاعر الشهير في ماليزيا؟

    BalasPadam
  24. Syabas! Pak Awang, orang lama mesti
    banyak pengelaman, beri saja info yg
    boleh kita renung bersama.

    Saya suka cara Pak Awang beri tahu
    awal, esok sahabat cr tunggu saja dan
    saya pun ada relax sikit , bila tak
    ada masa nak cari bahan.

    BalasPadam
  25. jazakallah hukhair!
    Ila Syeikh Al Mansori.Syukran laka!

    BalasPadam
  26. ULASAN?
    Apa cerita mohamad badawee? Dalam kelas kecil engkau biarkan sahaja hal jelik dalam kelas berlaku? Nanti kau juga dikira bersubahat oleh guru kelas, Pasti ada hukuman juga nanti. Jika ketua tidak menjalani amanah yang diberi guru kelasmu.

    BalasPadam