Sabtu, 6 Mac 2010

DARAH YANG TUMPAH


Di pasir ini darah merah yang tumpah
belum lagi berhenti rasa bau hanyer panasnya
bergelempang mayat para syuhada belum dipungut
malah aruah yang pergi masih  belum tenang bersemadi
kini kau mula cipta pula pesta tumpahan darah merah lagi
sudah berkurun anak cucu dibelenggu cengkaman ketakutan
atas dasar apakah kedegilan bangsa yang tidak mahu mengalah
menjadikan anak cucumu dan ekonomimu mengalami ribuan kerugian.

Dunia pun bisa tahu 877 tahun dulu,
Disini ada pesta tumpah darah yang panjang
bersama kuda panah tumbak lembing dan pedang
masih terdengar suara jerit pekik pengempur seruan
mereka adalah datuk nenek yang dikerah raja berjuang
cuma sekadar merebut kekuasaan  kedudukan pemerentah
kerana hidup mati demi mempertahankan negara yang tercinta
bukan kerana jihat pisabilillah, menegak bangsa negara dan agama
tetapi merebut satu kuasa tanah jajahan dibumi Tuhan sepanjang zaman.

Oleh : Nurimanja,
Tanjung Piandang Perak.
Tarikh waktu mengajar di smwtp  27/7/1977

27 ulasan:

  1. SIRI KE 2 ALAM MESTERI BERTAJUK : USTAZ GHANI DENGAN HANTU-HANTU BOTAK ; OLEH : NURIMANJA
    __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    KEMUDIAN Abdullah Sani mendengar seperti ada binatang mengaru-garu pondok bumbung pondoknya.Di antara melawan mata yang mengantuk, dia cuba mengamati bunyi itu dengan memasang telinganya sambil menekup tapak tangan kiri di sebelah telinga kirinya.

    Bunyi itu semakin kuat." Seruk! Serek!! Seruk! Serek!!" Abdullah Sani bercadang untuk melihat sendiri, jika benar ada makhluk hantu itu.
    "Ahh!! Jika kau benar anak jantan, kau datang depan aku, tunjukkan rupa kau yang sebenar!!" Abdullah Sani cuba mencabar. lalu senyap
    keketika.

    Abdullah Sani terus membaca kitabnya. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, bunyi itu telah turun ke dinding pondoknya pula. Bulu roma Abdullah Sani mula mengeremang dan kembang menengak di tengkok dan lengannya. Di antara berani dan takut, Abdullah sani menyeru,

    "Kalau kau benar anak jantan! Datang depan aku ini.!! Datang!!!"
    Selepas Abdullah Sani menyeru makhluk itu, dia terus membaca ayat Quran yang dia tahu,tiba-tiba pondoknya terasa bergoyang seperti
    dipanjat orang.

    Di atas bumbung pula dia terdengar seperti ada benda berkeloncatan seperti kera mengejar kawan-kawannya. Abdullah Sani kian kuat
    membaca ayat-ayat al Quran sekadar apa yang dia ketahui. Kerana perasaannya telah berbelah bagi di antara berani dan takut, ayat
    ayat al Quran yang dibacanya tidak tentu lagi hujung dan pangkalnya.

    Seketika kemudian Abdullah Sani melihat timbar layar bumbung pondoknya terbuka sadikit, kelihatan ada jari-jari kecil berbulu, kemudian cuba menolak timbar layar bumbung pondoknya. Abdullah Sani kian kuat membaca ayat-ayat al Quran yang tidak tentu lagi bunyi hujung atau pangkalnya, lembaga-lembaga itu telah pun mengangkat timbar layar bumbung pondoknya.

    Akhirnya muncul satu lembaga berupa orang hutan masuk bergayut melalui tulang bumbung pondonya, kemudian disusuli dua dan tiga
    lembaga lagi, lembaga yang pertama telah turun ke lantai, betul-betul di hadapan Abdullah Sani. Alangkah terkejutnya dia, bila melihat
    lembaga itu telah pun berada berhadapan dengannya.

    Muka lembaga itu berkerapu, penuh dengan boping, tubuhnya berbulu macam orang hutan, kepalanya botak dan lincing, mata sebesar telur ayam dan tersembul keluar, warnanya merah menyala, mulutnya terbuka nampak gigi jarangnya yang menyeremai, lidahnya pula terjelur keluar seperti anjing di dalam kepanasan, berbunyi pula nafasnya.

    BERSAMBUNG ESOK.
    cerita ini benar berlaku di negeri kelantan, tempat dan madrasah dirahsiakan.

    BalasPadam
  2. kt kelate ker? rasa mcm pnh dgr cte mcm ni... ade 1 madrasah ni byk kejadian aneh dilaporkan.....

    BalasPadam
  3. argh!!!!!!!!!!! seramnyer... xnk baca la lps ni.... takut!!!

    BalasPadam
  4. benda ni jgn dicabar nnt dtglah dia...

    BalasPadam
  5. huh! sekali di muncul depan mata!!! ustaz ghnai ni x lari plak?

    BalasPadam
  6. eh! benda ni x tkut plak bacaaan al quran??

    BalasPadam
  7. seram la cerita ni... botak plak benda tu???

    BalasPadam
  8. seram la plak? baca malam plak aku ni...

    BalasPadam
  9. eh! power benda ni kuat jgk x takut bacaan al quran...

    BalasPadam
  10. skrg pukul 3 pagi? sah aku x tido mlm ni...

    BalasPadam
  11. sy dulu sepanjang belajar skola pondok alhamdulilah xde plak cte psl hantu ni.. sy dulu kat kedah...

    BalasPadam
  12. sekali dia dtg ajak geng tu!!! seram...

    BalasPadam
  13. haiya!!!!! manyak silam lor.... ini celita sapa punya? en nuli dpt itu mana tempat?

    BalasPadam
  14. mmg seram lain kali klu aku terbau ape2 ke baik jgn ckp ape2...

    BalasPadam
  15. huh! biar betol benda tu datang la....

    BalasPadam
  16. mmg seram cerita ni.... x sabar nk tunggu sambungan seterusnya...

    BalasPadam
  17. ape benda tu? hantu raya ker?

    BalasPadam
  18. kat skola agama pun ade benda2 tu ker???? ingatkan skola agama benda tu xde....

    BalasPadam
  19. harap2 episod seterusnya en nuri kata bukan hantu tp monyet sbb en nuri suka buat suspen...

    BalasPadam
  20. huh! sekali di muncul tu la jgn cabar sgt skrg kan dh kecut....

    BalasPadam
  21. aku rasa lps ni msti benda tu panjat kat badan ustaz ghani... msti seram..

    BalasPadam
  22. seram mmg seram... ape2 pun jgn mulut celupar....

    BalasPadam
  23. cikgu! cerita ni cerita sapa? dlu masa cikgu mengajar saya cikgu tak pernah cerita pun....

    BalasPadam
  24. mmg menyeramkan lps ni xnklah tinggal rumah sorg2 dh takut...

    BalasPadam
  25. eh! cikgu najeri! seram la cerita ni cerita kwn cikgu dulu ka? cikgu dulu skola pondok jgk ka bah?

    BalasPadam
  26. JANGAN TANYA

    Pada suram senja,
    mentari torehkan cakrawala
    Begitu juga pada beku malam,
    Rembulan tak lelah damaikan mimpi
    Lantas pernahkah tersirat alasan?
    Oleh mentari… pun rembulan…?

    seperti juga saat ini
    Ketika murka kuasai nurani
    Kau mampu sejuk hari senyum merekah
    Melibas batas jurang usia
    Runtuhkan pagar pemisah gelora

    Tak juga mentari dan rembulan…
    Tak terlintas satu pun alasan
    Sebab cinta tak perlu alasan


    Srikandi Juwita
    Penang
    11mlm

    BalasPadam
  27. ULASAN?

    JANGAN TANYA? Sajak dari Srikandi Juwita ahli lama sajak baru agaknya, Terasa Srikandi Juwita bagai mencari sesuatu yang sering menjadi persoalan dibenak hati tentang kehidupan dan perjalanan kesudahannya. Dan sehingga kini masih mencari jawapan yang tidak terjawab dan kosong.kerana rasa hati itu datang sendiri bila keadaan menentukan.

    BalasPadam