Jumaat, 26 Mac 2010

DAILOG TANGAN KIRI DAN KANAN




Tangan kanan dan tangan kiri tidak pernah dialog,
Tentang hal  tangan kanan sering dibebani kerja berat
sedia melakukan kerja apa saja yang diarahkan oleh si hati
tidak pula membantah merasa cemburu, marah atau pun iri hati.

Tangan kiri tidak pula dibebani dengan tugas berat,
Malah lebih banyak diberi manja berlagak dan bergaya
Selalu saja cekak pinggang ada jam tangan dan cincing dijari
Malah lebih banyak menghayun tangan rasa relax dan tenang saja.

Tetapi satu yang tangan kanan engan membuatnya,
Kerja yang satu ini tangan kanan terpaksa juga menolak
Biar pun tangan kanan sering banyak kerja rengan dan berat
Membasuh anu, silakan tanagn kiri melaksanakannya dengan cermat.

Oleh : Nurimanja,
Petang hari kerja gotong  royong,
Semasa cuti am, hari diisi dengan kebersihan. 2010.

28 ulasan:

  1. SAMUNGAN SIRI 4 DIMATANYA ADA SINAR KEIMANAN.


    SEPANJANG malam utazah Salwa tidakdapat tidur, hatinya sedang memikirkan bagaimana hendak membuktikan kebenarnya itu.

    Esok dia terus megajar seperti biasa. Seskali dia cuba menguji hati murid-muridnya. Dengan sahaja mengatakan, tidak lama lagi ada ustaz atau ustazah yang baru akan datang untuk mengantikan tempatnya, kerana dia akan ditukar mengajar di sekolah lain.

    Seketika kemudian ramai anak muridnya yang mengalirkan air mata, dia tahu ramai lagi anak muridnya yang masih lagi menyayanginya. Dia tersenyum dalam hati.

    Dia menilai pegaulannya dengan masyarakat tempatan, mesra, malah ustazah Salwa terasa seperti berada di kampongnya sendiri. Di surau dia memberi ceramah kepada saudara baru. Di kuaternya pula dia mengadakan kelas bimbingan fardu ain secara percuma kepada murid-muridnya.

    Malah orang-orang kampung sering memberi buah-buahan, tebu, ubi, dan sayuran dari kebun mereka. Kadangkala udang dan ikan pun dihantar ke kuaters oleh anak
    muridnya. Dia cukup berasa senan.

    “Sudah cik!” kata seorang jururawat pembantu doctor yang sedang berdiri di tepi katil tempat pembaringannya itu.Ustazah Salwa pun tersadar dari lamunannya.

    Sejak daripada peitiwa itu, kelihatan guru besarnya begitu baik dan mesra sekali. Berbeza sewaktu dia mula menerima surat komplen dahulu. Malah isteri guru besarnya yang mengajar di kelas pra sekolah bersebelahan kelasnya, selalu sahaja mengajanya makan bersama di aktu rehat.

    Setelah seminggu belalu. Di satu petang yang tidak diduga. Datang seorang guru berketurunan orang asli ke kuatersnya. Dia menyambutnya dengan baik.

    “Sila masuk cikgu Bakhurei!”
    “Terima kasih ustazah,”
    cikgu Bakhurei cuma duduk dikerusi panjang di beranda kuaters itu. Mukanya agak muram bercampur sedih, seperti orang dalam penyesalan. Ustazah Salwa cuma memandangnya dengan penuh tanda tanya di dalam hati.

    “Saya dating ini hendak meminta maaf kepada ustazah,” tersekat-sekat suaranya terasa amat sedih, kemudian dia tunduk dan berhenti berkata.

    “Minta maaf?” Ustazah Salwa bertanya kehairanan dalam hatinya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SI BANGSAT NEGARA

    wabak hari ini sungguh nyata..
    dipolitikkan oleh si bangsat.
    yang dahinya tertera politk saja
    nada si bangsat yang mengejar matlamat busuk..
    berideologikan cita..
    gembira membutakan jiwa..
    jangan biarkan si bangsat itu hipnosis fikiran bawah sedar anda,
    jangan biarkan si bangsat itu megah mencipta diri sebagai tuhan
    bangsat si pemesong..
    ingat kita miliki langkah sendiri..
    jangan biarkan diri tergelincir,
    tercampak, dan terjatuh lagi..
    bangunlah anak-anak Adam.
    langkahlah pada jalan yang benar..
    ingatlah pesan En Nuri
    bpropanganda si bangsat tak berguna
    yang ingin mengucar kacir negara


    Ustaz Muda
    selepas masuk parti BEBAS
    20.3.2010

    BalasPadam
  3. wah! sajak psl tangan pun ada.....

    BalasPadam
  4. eh! kata tjuk dialog tp xde dialog pun???

    BalasPadam
  5. kretif en nuri tangan pun en buat sajak? wah!

    BalasPadam
  6. sajak tangan! hebat!!!!

    BalasPadam
  7. sajak psl tangan pun ade jgk! kuat jgk imaginasi en nuri ni...

    BalasPadam
  8. eh! ingatkan tangan kiri sembang dgn tangan kanan td? hehhee

    BalasPadam
  9. ape2 pun kesian tangan kiri! hahahaha

    BalasPadam
  10. kesian dengar rintihan tangan kiri... hehehe

    BalasPadam
  11. eh! sian plak tangan kiri lepas ni aku nk basuh berak tangan kanan biar tangan kanan rasa plak! hahahahha

    BalasPadam
  12. seronoklah tangan kiri? semua tangan kanan yg buat tp akhir sekali x leh tahan basuh tu tangan kiri yg buat! hahahaha

    BalasPadam
  13. ape2 pun hargailah tangan anda.. cuba bayangkan org xde tangan lagi kesian...

    BalasPadam
  14. apa2pun setiap anggota yg diberi oleh Allah ada tugas masing2......

    BalasPadam
  15. kalau en nuri buat tangan kiri sembang dengan tangan kanan lagi best... hehehe cuma pandangan....

    BalasPadam
  16. bg aku adil la lagipun semua keja tangan kanan dah buat? hehe

    BalasPadam
  17. ape2 pun tangan kanan lah paling kesian semua keja dia buat! tangan kiri bsuh berak jer la...

    BalasPadam
  18. tangan kiri dan kanan kena bersyukur sebab sama2 saling memerlukan...

    BalasPadam
  19. sajak kali ni best! psl tangan plak... anggota lain xde ker? hehehe

    BalasPadam
  20. tangan dah ada? bila nak buat sajak pasal kaki kanan dan kiri??? mata ker? telinga?

    BalasPadam
  21. minta maaf sbb apa plak??/ suspen ni...

    BalasPadam
  22. cikgu bakhurei sapa plak ni??? laki ke pmpuan?

    BalasPadam
  23. cikgu bakhurei mcm nama iban plak? islam ker?

    BalasPadam
  24. cerita en nuri kena baca byk kali bru paham sbb byk flash back....

    BalasPadam
  25. eh! td mula2 jururawat lps tu ade cikgu bakhurei plak? adoi.. pening disitu....

    BalasPadam
  26. ustazah ni dh kwin ke blum?? dia mengajar kt mana ni???

    BalasPadam
  27. saudara baru? ustazah ni dulu bkn islam ker???

    BalasPadam
  28. Si bangsat negara, oleh ustaz muda
    Penuh emosinol, rasa marah dan
    Kecewa,bila sesaorang yang diangap
    boleh dijadikan idola, tiba banyak
    pula melakkan peyelewengan dan
    bertnangan deangan syariat Islam.

    Lantas untuk mebebaskan diri
    Mengambil jalan tengah. Syabas!
    Semoga bebas dan merdeka bersama
    Sulaiman Embong , Bulan Terang.
    Buat masa ini, eloklah tunggu dan
    lihat jika ada masih berminat
    dengan politik, kalian masih muda!

    BalasPadam