Isnin, 29 Mac 2010

BERMESRALAH ANAKKU DENGAN BUKU KAMU


Bermesralah dengan buku kamu selalu
sudah pasti cinta kamu akan terbalas
jadikanlah dirimu itu ulat-ulat buku
bukan jadikan dirimu si kacang hantu.

Bila anak-anakku pergi ke kedai buku
carilah buku yang memberi isi munafaat
dan bacalah buku -buku yang munasabah
agar memberi pengetahuan bukan keharuan.

Buku sering kali menunjuk mengajar kita
mengenal erti kehidupan dunia dan akhirat
bukan buku yang cuma membakar hawa nafsu
dan boleh merosakkan jiwa alam remajamu.

Pilihlah buku-buku banyak pengajarannya
agar menghidupkan semangat dan cita-cita
berlandaskan ciri-ciri kehidupan Islam
bagi menentukan perjalanan masa hadapan.
 
Oleh ; Nurimanja,
catatan pagi hari jumaat 2010.
ketika matahari memanjat dikaki langt.

40 ulasan:

  1. BUDAK PONDOK
    Oleh Nurimanja PK..2002
    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ BAB 1

    Zaman kanak

    Aku tahu hari isnin malam selasa aku lahir ke dunia yang fana ini jam 4 pagi waktu aku lahir aku tak menangis kata mak.senyap,mak risau kalau-kalau aku cacat atau bisu.

    Kebetulan hari aku lahir datang pak saudara mak dari Tanjung Piandang tidur dirumah kami, Namanya Pak Lang Rasid. “betul hang beranak, aku duduk sini dah dua hari, aku tak dengar suara anak hang menangis/?”
    “Ada Pak Lang dia sedang isap jari, susu pula kering, tak tahulah Pak Lang , Anak yang penghabis agaknya”. kata mak ,senyum."Kata orang tua, dia akan menghadapi cabaran yang hebat dengan tenang di dunia ini,"kata Pak Lang’

    Waktu umur aku setahun dua, aku kena cacing, kepala selalu pening, kadang muntah keluar cacing ikut mulut,makan kurang selera, buang air besar tak menentu, silap hari bulan keluar cacing pula ikut dubur,badan kur uskering mata cengkung,berjalan tak bermaya,mak jaga aku macam puteri lilin,"kau ini kain sutera tak boleh buat lasah atau pelanyah." kata mak.

    Aku memang tak boleh kena panas atau hujan, asma pula menyerang, berhari pula aku tak minum tak makan, mana badan nak naik, kurus melidi macam gambar kartun tak siap,kepala lutut aku besar macam itu juga siku, tulang serangka nampa berdongkol-dongkol.punggung timpus kepala besar,macam ikan keli kena kurung dalam tempayan.

    Tapi aku ini berkulit puteh, urat kaki tangan nampak biru. Aku yang selalu berbogel di muka pintu ,datang Makcu Buruk yang selalu bersembunyi-sembunyi mulutnya pula selalu penuh dengan air sireh, dia akan sembur pipit aku dengan air sireh yang berwarnamerah itu. Ini yang membuat aku hot, aku lari lintang pukang, Mak kata cepat pakai seluar.

    Aku juga selalu saja jatuh tangga, benjul dahi, berdarah kening, bengkak kaki,terkeliat sana, dan terliuk sini, sudah lah aku ini kurus kering,hingus pula selalu terjelur keluar di kedua belah lubang hidung aku, sesekali aku sedut masuk kedalam , nanti dia tekeluar semula,sebab itu aku jadi penat dan semput,macam siput belitung panjat pokok nipah jalan slow.

    Aku berumur empat tahun ,aku cukup takut dan geli tengok anak-anak ayam.Bila aku turun saja ke tanah banyak anak-anak ayam yang datang berbagai warna memburu aku, aku takut lari naik atas pelapik batu tiang rumah, aku akan memeluk tiang rumah,aku cukup geli tengok makhluk anak-anak ayam itu ingin memetuk kaki aku.

    SAMBUNGAN.

    BalasPadam
  2. budak pondok ni kisah en nuri ker???

    BalasPadam
  3. BAGAIMANA MENCIPTA PUISI?

    Bagaimana mahu cipta puisi
    Kerana aku bukan orang pandai berpuisi
    adakah imbuhan perlu sama
    Di belakang serupa yang ini
    Kenapa Ia susah difahami
    Sebagai hati
    Apa iramanya
    Apa tonanya
    Apa lagunya
    Apa intonasinya
    Apa ceritanya
    Apa puisi ini umpama pantunkah
    Atau hanya sebuah cerita
    Apa perlu dilakar ke sekeping kertas
    Apa perlu aku susun baitnya indah-indah
    Puisi apa ni?


    Saizul Maizav
    Teluk Kumbar
    12mlm
    23.3.2010

    BalasPadam
  4. lahir x nangis!!! mmg bayi ajaib! hehee

    BalasPadam
  5. mcm mne x nangis plak? pelik la... misteri.....

    BalasPadam
  6. wo! lahir x menangis!!! magik! sedangkan anak saya pun lahir menangis x henti2... x pnh sy dgr bayi lahir x nangis???

    BalasPadam
  7. klu x nangis? bayi tu akan hadapi cabaran byk ker??? anak sy pun x nangis jgk? tp doctor cubit bg nangis sbb klu x doc kata bayi kami cacat....

    BalasPadam
  8. wah! en nuri x nangis ker!!!!!!!!!! woo!!!! mmg misteri..... patutlah en nuri hebat berpuisi sbb org kata bayi x nangis dia akan memiliki bakat istimewa

    BalasPadam
  9. ade cacing! eee.... geli plak sy dgr? hehe

    BalasPadam
  10. cacing! mcm mne leh jd mcm tu?/ sian en nuri...

    BalasPadam
  11. cacing keluar di merata-rata ker!!!! bahaya bdk2 ade cacing ni....

    BalasPadam
  12. smpai 2 ari dia duduk dia x dgr en nuri nangis ker! wah! mmg en nuri manusia 1 dalam 1000 sbb ni first time bayi lahir x nangis? sbb smua bayi lahir msti wajib nangis...

    BalasPadam
  13. wakakaka mak su sembur sireh!!!! hahhahaa lawak btol!!!

    BalasPadam
  14. aku paling ske part yang sembur sireh kat pipit! hahhhahahhaha lawak2 aku boleh bayangkan mcm mne... hahhahaha

    BalasPadam
  15. en nuri ni kulit putih ker? ade kacukan omputih ker? hehhee

    BalasPadam
  16. sedih pun ade baca cerita en nuri ni... mcm2 sakit kena???

    BalasPadam
  17. smpai skrg en nuri masih sakit jgk ka bah? apa2 pun sy doakan kesihatan en nuri semakin sihat... amin...

    BalasPadam
  18. anak ayam en nuri takut??? hahaha sy plak geram tgk anak2 ayam sbb anak ayam comel! hehehe

    BalasPadam
  19. ade lawak dan ade sedih cerita kali ni... hehehhe en nuri mmg versertil!

    BalasPadam
  20. xkan en nuri x ske anak ayam??? comel anak ayam tu... hehhehee

    BalasPadam
  21. lawak masa kena sembur sireh tu! hahahahhaha sian en nuri...

    BalasPadam
  22. sian kena sembur dgn sireh! msti pedih pipt en nuri... hahahhahahahaha

    BalasPadam
  23. celita kali ni en nuli ha mmg best lor! wa manyak kali sula gilak baca ini celita... hahaha

    BalasPadam
  24. lawaklah kena sembur sireh!! kejam btok makcik tu! hahahahaha

    BalasPadam
  25. eh! sian en nuri asyik sakit jer... en nuri x pergi hospital ker check masa tu?

    BalasPadam
  26. wah! best btol en nuri dulu org layan mcm puteri lilin jer... hehehhee

    BalasPadam
  27. kena cacing tu mcm mna??? ni pertama kali aku dgr....

    BalasPadam
  28. cerita ni psl en kecik2 dulu ker? wah! msti panjang cerita ni... ni yg best ni....

    BalasPadam
  29. cerpen ke cerita ni en nuri? best jgk... x sabar nk baca sambungan seterusnya...

    BalasPadam
  30. intro pun best! msti lps ni lagi best.....

    BalasPadam
  31. cerita psl kenangan en nuri dulu2 ker? en nuri ingat lagi? kalau saya banyak dh lupa....

    BalasPadam
  32. kenapa tjuk budak pondok? en nuri dulu skola pondok ker?

    BalasPadam
  33. baca-membaca amalan mulia.... hehehe

    BalasPadam
  34. lps ni aku kena slalu beli buku kt anak aku la lps ni....

    BalasPadam
  35. kita hrus menghidupkan amalan membaca semula..... skrg ni bdk2 ramai x ska membaca dh skrg....

    BalasPadam
  36. sajak membaca? mcm dalam iklan TV plak? hehehe

    BalasPadam
  37. lps ni kita kena slalu membaca.. sbb mambaca dpt byk ilmu.....

    BalasPadam
  38. sajak mmg best! sajak psl membaca plak? mmg menarik!

    BalasPadam
  39. Dua buah puisi kali ini telah menceritakan soal plagiat dan satu lagi bertanya Apa itu puisi sebenarnya?

    Penyair Agong dengan puisi bertajuk Plagiatnya.
    Rasa kecewa dengan segelinter manusia yang menciplak karya orang lain, Dan meletakkan namanya pula. Peristiwa ini rasa tidak senang dihatinya.

    Memang ada orang yang kurang senang, ada juga yang tak perlu diperdulikan. Kerana ilham itu dari Allah. Mungkin itukah budaya orang kita?.

    Sajak kedua , Dari penulis yang sering buat ulasan, Saizul Maizav mempersoalankan apa itu puisi, ringkasanya, cerita pendek, disusun dengan gaya, dan bahasa simboleknya,ada maksud dan punyai isi yang tersirat disebalik pengucapan. Perlu ada daya kreatif untuk menangkap maksud. Setelah dapat memahammi maananya.baru kita
    faham akan ceritanya sekian.

    BalasPadam
  40. Insyaallah, jika ada kesempatan, saya
    akan membacanya sajak-sajak yang belum diulas. Dan sesiapa yang boleh mngulas diantara sahbat kita, slakan
    ambil saja yang mana satu.

    saya akan ulas yang mana belum diulas
    sekadar yang termampu. Okey jmpa lagi.

    BalasPadam