Jumaat, 19 Februari 2010

JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT

 

Ketika kamu mengangkat kedua tangan untuk takbir
samalah seperti kamu menyerah diri mengaku kalah,
ketika kamu qiam berdiri tegak tidak bergerak
samalah seperti pokok nibong,pinang dan kelapa,
ketika kamu rukuk mendatar rasa tulang belakang
samalah seperti haiwan yang bejalan lembu dan unta,
ketika kamu duduk pula di antara dua sujud  itu
samalah seperti katak kera moyet lotong gorila,
ketika kamu sujud dan dahi ke tanah hinanya rasa
samalah seperti kekura ular cacing serangga melata.


Setelah kamu kenal akan nilai hikmah solat ini
berastaffarlah betapa hina dinanya kamu di sisi Allah
menjadikan dan mencipta segala petala langit dan bumi
betapa kita cuma dijadikan dari setitik air najis
percantuman di anatara binih lelaki dan perempuan
mengapa mesti angkoh, sombong, bongkak dan takabur
dari tanah asalnya kita dan kepadanya kita kembali
makan dan minumlah segala rezeki yang Allah berikan
mengapa mesti buat satu kerosakan di muka bumi  ini?
sesungguhnya hidup dan mati  kepadaNya juga kembali.

Oleh  : Nurimanja,
Balik kuliah Malam Telok Kumbar,
                                                                        15/2/2010

26 ulasan:

  1. BERSAMBUNG ESOK….

    CERPEN CR ; SIRI AKHIR : BETAJUK : PENGKALN BATU. NURIMANJA.
    ________________________________________________________________________

    Beberapa kali Lim Ah Hock mencuba sedaya upayanya untuk membantu Swee Lan,tetapi hempasan gelombang ganas itu bukanlah calang-calang tenaga manusia yang boleh menentangnya.

    Malah Lim Ah Hock sendiri lemas dihempas oleh gelombang ganas itu, namun dia tetap juga mencari Swee Lan di celah ombak dan gelombang ganas yang mengila itu.Tetapi
    wajah Swee Lan tidaklagi kelihatan,
    .
    Lim Ah Hock sendiri telah banyak kehilangan tenaga, akhirnya dia sendiri tidak sedarkan diri, dia terasa dirinya hilang begitu saja, setelah dia sedar.didapati dirinya terdampar di tebing sungai.

    Mujurlah ada orang kampong Melanau menolongnya, sehingalah dia dapat kembali pulih kesihatannya, berbulan mereka mencari mayat Swee Lan tidak juga ditemui, sehingga orang kampong bersepakat mengatakan Swee Lan telah pun bersemadi di tengah muara sungai.

    Lim Ah Hock mengesat air matanya. Dia merenung jauh di tengah muara sungai yang bergelombang itu. Dimatanya terbayang wajah Swee Lan, kini terlalu sukar untuknya mencari ganti..

    “Swee Lan , kini aku tidak lagi bekerja menebang pokok bakau di hutan, aku telah menjadi pembekal kayu arang k pekan kecil dan bandar,” keluh Lim dalam hatinya.

    Angin petang yang bertiup sesekali menerjah anak rambutnya yang tejuntai jatuh ke dahi mata Lim Ah Hock masih sayu merenung ambak, hatinya masih ingin membsikkan sesuatu pada mendiang isterinya Swee Lan .

    “Swee Lan! Wang derma orang ramai hamper dua ribu ringgit itu, aku telah buat modal untuk perniagaan kecil kayu arang. Keuntungannya telah aku kumpul, dan kini aku telah membina Pengkalann Batu untuk kemudahan orang ramai di kampong ini,” Kelok Lim sendirian, sambil berjalan meninggalkan matahari merah yang kian terbenam di kaki upuk langit.


    S E L E S A I .

    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIA CRSIRI 29 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : NABI MEMBAWA TETAMU
    _______________________________________________________________________________________________________________________


    Nabi Muhamad saw ada tetamu, para sahabat tidak sanggup menerima tetamu nabi itu, semuanya dalam kemiskinan,tetapi sorang sahabat sanggup menerimanya dan membawa tetamu nabi itu ke rumahnya untuk makan malam, isterinya terkejut kerana roti di rumahnya ada tiga keping sahaja, untuk anak, isteri dan suaminya.

    Waktu dijamukan makan mereka makan dalam gelam agar tetamu tidak melihat tuan rumah makan atau tidak,tetap nabi tahu hal keadaanya.Malam itu nabi dan tuan rumah berpuasa sepanjang malam ertinya tidur dengan perut kosong.
    Esok nabi memuji sikap sahabatnya itu kerana sudi memuliakan akan tetamunya.

    Pengajaran;
    -Muliakan tetamu adalah wajib, ada pun orang menziarahi rumah kita perlu dilayan biasanya membawa berkat,Allah
    akan menganti rezekinya dengan lipat ganda.tetapi kenalah iklas hati
    -Orang yang mengiratkan talisilaturrahim di antara saudara sesama Islam adik beradik dan sahabat handai akan
    panjang umur, murah rekezi, dan para malaikat menadah tangan mendoakan kesejahteraanya kepada Allah SWT.

    ___________________________________________________________________________________________________________________________

    BalasPadam
  3. __________________________________________________________________________________________

    TIP AGAMA ; Bila kita ditimpa musibah sakit atau deman
    _________________________________________________________________________________________


    Biasanya orang yang selalu sakit Allah sayang kepadanya,dan di akhirat akan dikurangkan sikit penyeksaannya, mengikut bagaimana kesabaran kita menerima ujian itu di dunia.

    Biasa seorang yang jatuh sakit, Allah akan menghapuskan dosanya, kemudian diambil selera makannya, selepas seminggu dua diangkat tenaga kita lalu kita menjadi lemah ,selepas itu pula diambilnya cahaya muka, sebab itu lihat,
    bila orang sakit mukanya tidak ada seri lagi.

    Dalam keadaan begitulah kita dinilai tahap kesabaran, para malaikat menimbang sudah sampaikah masanya untuk hamba Allah ini meninggalkan dunia ini? jika tidak, pelahan-lahan akan dipulangkan semula, selera makan, tenaga dan cahaya muka, lalu kita pun sihat kembali.......

    BalasPadam
  4. patutlah nama tjuk cerpen pengkalan batu sbb lim ni buta semperna memperingati bini dia..

    BalasPadam
  5. sedih btol cerpen kali ni... setia btol lim tu...

    BalasPadam
  6. haiya! manyak sidih oh.... wa sula ala telipas ini celita la...nanti wa baca dali siri 1... manyak sidih oh.. en nuli ar ini celiat betol ka?

    BalasPadam
  7. mcm taj mahal dia buat istana utk bini dia lim plak buat pengkalan batu utk bini dia... wah! sayang sungguh dia kat bini dia...

    BalasPadam
  8. lps ni aku xnk marah2 bini aku lah sedih plak aku baca cerpen en nuri ni...

    BalasPadam
  9. besar btol cinta lim ni kat bini dia...

    BalasPadam
  10. hilang mcm tu jer x jmpe mayat ker? slalu klu x jmpe mayat blum tentu dia mati.... mne thu org asli jmpe ker?

    BalasPadam
  11. wah! nabi snngup puasa sbb mknan xde!!! baik btol nabi klu aku x sggup....

    BalasPadam
  12. kenapa nabi muhamad tak baca doa yang bila kita hidang kt org makanan tetap banyak lagi.. doa apa aku x pasti plak?

    BalasPadam
  13. lps ni kna tnjuk kt bini aku sbb bini aku ni x ske org dtg umah.... hehe

    BalasPadam
  14. wah! mmg baik giler nabi... klu skrg ni mne ade org mcm ni klu xde makanan jgn harap dorg nk hidang ape2.... hehe

    BalasPadam
  15. oh klu sakit dosa di ampun.. lps ni harap2 aku slalu sakit sbb dosa aku byk....

    BalasPadam
  16. biar benar en nuri!!!! sy pun lps berhenti keja di pub slalu sakit ingatan buatan org? rupanya tuhan ampunkan dosa... alhamdulilah....

    BalasPadam
  17. lps ni klu ditimpa musibah aku xnk mengeluh lagi.....

    BalasPadam
  18. slama ni aku menderita sakit smpai sebulan ni byk la dosa aku di ampunkan!!!! alhamdulilah.... korg semua bila lagi? aku dh lps....

    BalasPadam
  19. slalu aku bila sakit msti nk marah tuhan rupanya aku silap..ape2 pun tima ksih en nuri sbb bgthu psl info ni...

    BalasPadam
  20. hebatlah en nuri!! bru aku taus etiap benda mengambarkan sesuatu la....

    BalasPadam
  21. mne en nuri dpt pasal hikmah solat ni? mmg menarik....

    BalasPadam
  22. byk mksud tersirat dlm solat rupanya....

    BalasPadam
  23. wah! mmg menarik info psl solat ni... sy nk pinjam boleh? nak letak kt surau sekolah...

    BalasPadam
  24. hikmah solat ni la sy cari2 selama ni sbb sy tok siak di masjid slalu ditugaskan mencari bahan2 yg boleh mengajak org ke masjid... sajak en nuri ni menarik sy nk pinjam tp tak boleh nk copy? tak apa sy akan tulis la sbb hikmah solat ni penting..

    BalasPadam
  25. PERCINTAAN KOSONG

    Kubaca ribuan kalimat kertas kosong
    Seperti menyayat kupukupu
    Menjelma hari tak terhitung
    Dalam rintihan tangisan patah

    masih bersisa harum
    masih melekat pada tongkat pendeta
    khotbah masih terngiang oleh bumi
    Tapi aku sendiri telah lenyap bercinta dengan kekosongan
    Kita telah berkhianat pada zaman

    Bau keringat percintaan
    Telah hilang tertiup angin
    kenikmatan telah hanyut
    Dan peziarah telah senyap
    Tapi aku di sini mendekap kosong


    Ku Dania
    semasa di pulau langkawi
    malam hari

    BalasPadam
  26. ULASAN (TU)

    Sajak Ku Dania Pencintaan kosong,satu andaian cuma , jika kita terlalu cubamengharap, mendengar bujukan ,mendengar kata manis bagaikan khutebah seorang wali. Tetapi bila semua itu tidak terlaksana, harapan sebuah hati jadi kosong, terasa amat sangat kesalahan dan juga kekesalannya sepanjang zaman.

    BalasPadam